Tuesday, December 13, 2016

Titik Hitam di Hati

Assalamualaikum.. 
Aku saja nak meluah disini. 
Tiba-tiba ternampak sorang hamba Allah ni komen di satu ruangan. Terus hati aku terdetik.  "Hurm ko ni lah.. ".

Aku ni jenis payah untuk tak suka kepada seseorang,  melainkan dia tu perangai tak serupa bikin. Kat Facebook ni ramai yang aku kenal dimana depan lain belakang lain.  Maksud aku,  aku tengok post di FB bukan main lagi,  gaya bukan main lagi. Tetapi realiti yang aku kenal di luar?  Hanya Allah dan aku je tahu. 

Kenapa la insan-insan jenis ni suka bermuka-muka?  Kasar kan maksud bermuka-muka tu.  Tapi tu la rialiti nya. Dalam facebook bapak lah alim nya.  Depan-depan sedih sangat perangai nya.  Depan-depan takda la kaya mana,  dalam facebook kemain update menda-menda mahal. 

Kenapa la taknak jadi diri yang sama di alam realiti dan juga media sosial?  Kan dah ada titik hitam kat hati aku ni sebab kurang gemar dengan insan-insan yang bermuka-muka ni. 

Friday, December 2, 2016

Aku yang duduk di over'the'sea.

Selamat malam.. 
Juna dah tidur.  Ada lah masa sikit nak merapu kat dalam ni kan.  Tadi pergi pasar malam ngan suami.  Turun sorang sebab malas nak bawak Juna malam-malam ramai orang ni.  Tujuan utama nak cari Durian.  Sebab tekak teringin nak makan masak tempoyak. 

Untuk makluman.  Aku duduk Langkawi ni nak dekat 3 bulan.  Tapi aku tak pernah jumpa orang jual tempoyak.  Maka nya..  Aku dengan tak mampu lagi untuk menahan gelodak nak makan tempoyak.  Terpaksa lah buat keputusan untuk buat tempoyak sendiri. 

Pergila ke pasar malam. Jalan hujung ke hujung pasar.  Bila tangan penuh dengan makanan.  Dah lupa nak beli apa yang utama tu.  Durian. Bila naik kereta baru cakap kat suami.  Then paksa la suami tolong turun belikan.  Hehehe. 

Then suami pon dapat beli 3 biji kata nya.  Orang tu bagi harga RM10.00. Okay lah not bad la.  Dengan yakin suami kata.. Orang tu kata kalau nak buat tempoyak ni okay sangat.. Makan pon boleh..  Untuk makluman..  Suami tak pilih durian u atas faktor harga dah murah dia bagi dan atas faktor kepercayaan kepada peniaga tu. 

Balik rumah.  Dengan seronok nya nak bukak durian sebab tak sabar nak buat tempoyak. Buka la plastik durian tu...

Allah..  Sampai hati.. 

Kat luar pon dah nampak tak elok.  Tapi aku positif kan diri supaya kata dalam hati..  Kat luar je ni..  Kat dalam ok ni..  Bukak la satu lapisan ke satu lapisan.. 

Nah!! 




Istifar aku bila tengok dalam durian ni.  Ini yang dia kata nak makan pon bolehhh tu?  Tak tau la kot dia memang makan durian macam ni.  Sedih aku tadi..  Dalam 3 biji tu,  hanya satu saja yg boleh dikira untuk buat tempoyak. Itu pun tak berapa elok juga.  Tapi masih boleh amik part yang elok tu la.  

Aku bukan nak marah.. Tali ini lah hakikat orang kita.  Meniaga nak kotor je.  Kenapa taknak meniaga elok-elok.  3 durian busuk awak bagi kat saya..  Patut nya jujur lah bila menjual.  Tak kira la kami beli yg murah pon.  Kalau murah sekalipun..  Takkan kami dapat durian yang tak boleh dipanggil durian.. 

Aku bertabah sungguh la tadi.  Tapi Alhamdulillah la..  Boleh la dapat sikit untuk dijadikan tempoyak.  Aku anggap Allah bagi takat tu je la rezeki tempoyak tu kan.. 

Kepada penjual tu.  Sila la berubah sikap.  Terap dalam hati tu..  Kalau awak bg 3 yang elok pada pelanggan.. Percayalah Allah bagi 30 orang untuk beli durian awak..  Tapi bila awak dah buat macam ni kat kami..  No wonder la durian awak tu tadi banyak tak surut-surut..  

Arjuna yang bertuah

Assalamualaikum.. 
Aku tengah lapar gila masa menulis ni.  Hihi
Saja nak share cerita kejadian sebentar tadi.. 

Anakku Arjuna... 

Aku duduk dalam bilik sambil relax dengan phone.  Juna datang lah dekat aku sambil muka reaksi yang aku tak mampu nak rungkai.. Aku pon biasa-biasa je la kan. Then tiba-tiba dia usap-usap rambut aku..  Aku senyum la.. Sebab fikir syok nya anak usap-usap sayang ni kan. 

Tiba-tiba!!! 

Aku bau sesuatu yang biasa aku bau.  

Najis!!! 

Aku tengok tangan dia..  Astarfirullahhhhhh... Anak oii..  Tangan dia ada kesan najis.  Mesti tadi dia nak garu bontot tapi tak sangka ada najis dalam tu. 😂😂😂

Anak... Anak...  Hai la anak.. 

Tak memasal awak kena mandi semula.  Tak memasal juga Mama kena shampoo rambut.  Kesian rambut Mama kena najis awak tu.  Hahahaha... 

Macam-macam karenah la anak bujang sorang ni.