Thursday, January 14, 2016

Download Dilwale Malay Subtitle

Assalamualaikum
Aku sejak jadi mak orang ni, tak pernah tengok wayang okay!
Sedih dengar nye. Ini anak baru sorang, sok anak dah bederet, bertambah tahun lagi lah tak tengok wayang. hahahaha.

Orang dok cucuk kata Dilwale best la apa la. Aku pon jelous la kan. Nak tengok, tapi takkan nak tinggalkan anak teruna sorang ni jaga rumah kan. Hahaha. Takpe lah anak, ni lah pengorbanan Mama untuk awak. Acehh.

So, disebab kan aku tak boleh tengok wayang. Aku pon Download la. Maaf la kalau cara aku tak baik. tapi itu la cara paling baik sekali daripada aku melopong meleleh air liur nak tengok Dilwale kan. 

So, aku download la link macam kat bawah tu. Tekan je. Tapi nasihat aku, internet biar laju dan korang kena ada Player VLN. Sebab nanti mudah nak insert subtitle. 

Review aku pasal cerita ni.

Tak la sehebat mana seperti Kuch-Kuch Hota Hai dan Kabhi Kushi Kabie Gham. Cerita biasa, tak berat. Dia jadi sweet part Kajol dan SRK tu. Cerita tak sedih mana. Lawak tu okay la. Aksi biasa-biasa saja. Hahaha. Jadi aku pelik orang yang pergi tengok sampai 4 5 kali. Hahha. Tapi takda la teruk cerita ni. Sweet la. Berada diawangan bila part Kajol dan SRK tu. Gituu.

Siapa yang ada problem nak tengok wayang macam aku ni. Meh la dowload kat link yang aku bagi. Hopefully, link tu masih elok.


Adab Breastfeed

Assalamualaikum
La ni kecoh cerita pasal breastfeed Selfie ni.
Macam-macam orang kita ni. Nak sangat perjuangkan hak breasfeed di tempat awam. Tapi cara yang ditunjukkan agak tidak beradab. 

Selfie Semasa Menyusukan Anak

Itu yang di viral kan. Bukan nya Hak menyusukan anak di tempat awam dipertikaikan. Awak nak menyusukan anak di tempat awam, dipersilakan lah. Tapi yang jadi tak comel tu bila mana awak siap selfie dan upload di media sosial. Bila tersebar gambar tu, awak kata pula orang aib kan awak. Awak ni mesti mental kan.

Masa uplaod tu takda fikir apa-apa ke? 

Tapi bila ada kawan-kawan yang seangkatan pemikiran macam awak ni backup awak. Seronok la awak kan. Padahal yang backup tu pun 2 x 5 je dengan awak yang tak faham perbincangan sebenar nya. 

Awak menyusukan anak, mesti awak ada suami kan? Ada tanya pendapat suami tak sebelum nak upload dan berlagak pasal gambar tu? Takda kan? Saya yakin yang suami awak tak dayus kan. Tu la, lain kali nak buat apa-apa sila minta izin suami. Sebab apa? Sebab awak sedang tunjuk aurat awak tu, walaupun bukan secara nyata, tapi mata LELAKI ni ajaib. Awak tunjuk macam tu je, dia boleh fikir sampai tujuh lapis di dalam tu. Tolong lah malu awak oi.

Awak kata laki ni pervert? Tunduk je la bila tengok orang breastfeed. 

Hahaha. Awak bagi umpan depan mata. Takkan depa nak biarkan. Dan suruh tunduk tu kalau awak duduk di tempat awam, mungkin la depa akan tunduk pandangan. Ni awak bubuh kat Facebook. Gambar sebesar-besar lalu. Siapa yang sempat nak tunduk. Hahaha.

Macam-macam la awak ni. Awak saja buat kecoh, lepas tu awak marah orang tengok pulak. Macam-macam...

So, lepas ni tolong lah wahai kaum wanita Melayu Muslim. Buat apa-apa tu, fikir dulu. Fikir Suami, fikir keluarga, fikir anak-anak. Jangan syok sendiri je tau. Malu 7 keturunan.

Dan lagi satu, sudah-sudah lah riak dengan nikmat menyusu tu. Ingat orang lain yang tak dapat nikmat tu. Ingat oiii!


Thursday, January 7, 2016

Lama Mana Tak Update Oi!

Hai semua. hikhik.
Teruk sangat la aku ni. Anak baru sorang, dah lupa terus nak update blog.
Actually, busy jugak aku ni. Last update September ke November lepas. Lupa la mak ni. hehehe.

Lamanya tak pegang laptop. Lama sangat aih. Ni pon pegang sebab nak download filem Diwale. Opss. hehehe. 

Maaf ler, aku memang payah nak pergi wayang sebab ada anak kecik ni kan. walaupun bukan la kecik mana. hahaha.

Puas hati dapat download walaupun bukan lah HD kan. Janji gamba elok dan ada subtitle Melayu okay. Sapa nak bagi oi. hahaha.

Kalau siapa nak tau. Kot la nak bagitahu je. Aku still run business aku  macam biasa. Aktif kat Instagram dan Facebook page aku. Tu pun update laju-laju. Mana nak dan update sampai ke blog kan. 

Sekarang ni aku tengah latih Arjuna supaya elak dari guna Tab dan seangkatan dengan nya. So, aku tak boleh pegang Tab depan dia. Sebab nanti dia ingat balik Tab dia. Haaa gitu. 

So, waktu untuk aku pegang Tab sangat la terhad. Iaitu waktu dia tidur. Dpat pegang 3 4 jam jadi la kan. Tu yang mampu update dekat IG dan FB saja. heheh.

Okay la. Ni pon update sebab baru lepas update blog business skali. Bila lagi aku nak tulis blog ni pon aku tak tau la. Sat rajin sat tak rajin. Hahaha.

Okay lah. Bye