Tuesday, December 13, 2016

Titik Hitam di Hati

Assalamualaikum.. 
Aku saja nak meluah disini. 
Tiba-tiba ternampak sorang hamba Allah ni komen di satu ruangan. Terus hati aku terdetik.  "Hurm ko ni lah.. ".

Aku ni jenis payah untuk tak suka kepada seseorang,  melainkan dia tu perangai tak serupa bikin. Kat Facebook ni ramai yang aku kenal dimana depan lain belakang lain.  Maksud aku,  aku tengok post di FB bukan main lagi,  gaya bukan main lagi. Tetapi realiti yang aku kenal di luar?  Hanya Allah dan aku je tahu. 

Kenapa la insan-insan jenis ni suka bermuka-muka?  Kasar kan maksud bermuka-muka tu.  Tapi tu la rialiti nya. Dalam facebook bapak lah alim nya.  Depan-depan sedih sangat perangai nya.  Depan-depan takda la kaya mana,  dalam facebook kemain update menda-menda mahal. 

Kenapa la taknak jadi diri yang sama di alam realiti dan juga media sosial?  Kan dah ada titik hitam kat hati aku ni sebab kurang gemar dengan insan-insan yang bermuka-muka ni. 

Friday, December 2, 2016

Aku yang duduk di over'the'sea.

Selamat malam.. 
Juna dah tidur.  Ada lah masa sikit nak merapu kat dalam ni kan.  Tadi pergi pasar malam ngan suami.  Turun sorang sebab malas nak bawak Juna malam-malam ramai orang ni.  Tujuan utama nak cari Durian.  Sebab tekak teringin nak makan masak tempoyak. 

Untuk makluman.  Aku duduk Langkawi ni nak dekat 3 bulan.  Tapi aku tak pernah jumpa orang jual tempoyak.  Maka nya..  Aku dengan tak mampu lagi untuk menahan gelodak nak makan tempoyak.  Terpaksa lah buat keputusan untuk buat tempoyak sendiri. 

Pergila ke pasar malam. Jalan hujung ke hujung pasar.  Bila tangan penuh dengan makanan.  Dah lupa nak beli apa yang utama tu.  Durian. Bila naik kereta baru cakap kat suami.  Then paksa la suami tolong turun belikan.  Hehehe. 

Then suami pon dapat beli 3 biji kata nya.  Orang tu bagi harga RM10.00. Okay lah not bad la.  Dengan yakin suami kata.. Orang tu kata kalau nak buat tempoyak ni okay sangat.. Makan pon boleh..  Untuk makluman..  Suami tak pilih durian u atas faktor harga dah murah dia bagi dan atas faktor kepercayaan kepada peniaga tu. 

Balik rumah.  Dengan seronok nya nak bukak durian sebab tak sabar nak buat tempoyak. Buka la plastik durian tu...

Allah..  Sampai hati.. 

Kat luar pon dah nampak tak elok.  Tapi aku positif kan diri supaya kata dalam hati..  Kat luar je ni..  Kat dalam ok ni..  Bukak la satu lapisan ke satu lapisan.. 

Nah!! 




Istifar aku bila tengok dalam durian ni.  Ini yang dia kata nak makan pon bolehhh tu?  Tak tau la kot dia memang makan durian macam ni.  Sedih aku tadi..  Dalam 3 biji tu,  hanya satu saja yg boleh dikira untuk buat tempoyak. Itu pun tak berapa elok juga.  Tapi masih boleh amik part yang elok tu la.  

Aku bukan nak marah.. Tali ini lah hakikat orang kita.  Meniaga nak kotor je.  Kenapa taknak meniaga elok-elok.  3 durian busuk awak bagi kat saya..  Patut nya jujur lah bila menjual.  Tak kira la kami beli yg murah pon.  Kalau murah sekalipun..  Takkan kami dapat durian yang tak boleh dipanggil durian.. 

Aku bertabah sungguh la tadi.  Tapi Alhamdulillah la..  Boleh la dapat sikit untuk dijadikan tempoyak.  Aku anggap Allah bagi takat tu je la rezeki tempoyak tu kan.. 

Kepada penjual tu.  Sila la berubah sikap.  Terap dalam hati tu..  Kalau awak bg 3 yang elok pada pelanggan.. Percayalah Allah bagi 30 orang untuk beli durian awak..  Tapi bila awak dah buat macam ni kat kami..  No wonder la durian awak tu tadi banyak tak surut-surut..  

Arjuna yang bertuah

Assalamualaikum.. 
Aku tengah lapar gila masa menulis ni.  Hihi
Saja nak share cerita kejadian sebentar tadi.. 

Anakku Arjuna... 

Aku duduk dalam bilik sambil relax dengan phone.  Juna datang lah dekat aku sambil muka reaksi yang aku tak mampu nak rungkai.. Aku pon biasa-biasa je la kan. Then tiba-tiba dia usap-usap rambut aku..  Aku senyum la.. Sebab fikir syok nya anak usap-usap sayang ni kan. 

Tiba-tiba!!! 

Aku bau sesuatu yang biasa aku bau.  

Najis!!! 

Aku tengok tangan dia..  Astarfirullahhhhhh... Anak oii..  Tangan dia ada kesan najis.  Mesti tadi dia nak garu bontot tapi tak sangka ada najis dalam tu. 😂😂😂

Anak... Anak...  Hai la anak.. 

Tak memasal awak kena mandi semula.  Tak memasal juga Mama kena shampoo rambut.  Kesian rambut Mama kena najis awak tu.  Hahahaha... 

Macam-macam karenah la anak bujang sorang ni. 


Sunday, November 20, 2016

Antara Perempuan Dan dot dot dot...

Assalamualaikum..petang-petang macam ni terasa nak meluah perasaan. Bukan perasaan jiwang... cuma perasaan kesian/terkilan/confius & banyak lagi la. Kes nya bila aku tengok gambar-gambar di Instagram.

Instagram ni medium yang bagus sebenarnya untuk share moment kehidupan ataupun business. Tapi tu la.. sekarang ni aku tengok, lagi-lagi budak generasi sekarang ni.. makin lama makin diluar kawalan. 

Aku suka klik pada button search. Then keluarlah gambar-gambar anon. Yang menjadi tak seronok dimata aku bila ramai sangat budak perempuan Melayu Islam yang seperti tak tahu malu. Menjadikan aset diorang sebagai point utama dalam instagram diorang. Breast & Bontot di tonjolkan tanpa limit. Semua macam berlumba-lumba nak tunjuk apa yang dalam baju yang sepatut nya di sembunyikan. 

Aku yang perempuan ni pon malu nak tengok. Kenapa diorang sekarang berani sangat ye? Parents diorang tak kata apa ke pakai macam tu? Sedara mara tengok tak rasa malu ke? Hurm..

Aku ni kesian tengok diorang tu. Jadi lauk pada pandangan lelako saja. Bila baca komen pon semua nak sex. Bangga sangat ke jadi simbol sex pada mata lelaki-lelaki buaya tu? Ish ish ish.. pakaian diorang tu, lagi barat dari orang barat. 

Bila aku tanya husband aku kenapa diorang berani sangat buat macam tu... husband aku kata, selalunya budak-budak yang buat ni sebab business. Diorang nak jual Instagram diorang. Tu sebab kena ada ramai followers. Dan iti juga yang menyebabkan diorang ni beraksi seperti itu.

Tapi pada aku, diorang ni memang saja nak tunjuk aset, sebab masing-masing nak tunjuk siapa lagi famous, siapa lagi ada bentuk badan yang mengancam, siapa lagi kaya. Thats it!

Zaman sekarang diorang makin berani. Semoga tak melebih-lebih la hendaknya. Aku ni mudah je sekarang. Kalau aku tengok orang yang tayang over sangat sampai nak terkeluar dah semua menda. Aku tak anggal dia perempuan. Aku anggap dia PONDAN!

Bye.bye... 

Friday, September 30, 2016

Barang Baby Murah (@mija_shop)

Asslamualaikum.

Ada yang bertanya. Kedai online aku tu still on ke? hehehe..

Masih...masih.. tak pernah pon off. hehehe. Yang aku ni je takda masa nak update blog niaga tu. bukan malas ke, cuma payah sikit nak fokus bila anak tengah lasak ni. Asyik-asyik guna alasan anak kan. Tak tipu.. memang pon. Nak update instagram je aku sempat amik masa. FB pon bila sempat aku update secara super fast. hahaha.

kalau ade yang lupa, boleh la search instagram aku @mija_shop

Makin banyak produk aku letak. Paling hot selling sekarang ni. Gajah besar dan beg diaper backpack dan juga beg shoulder.  

Kalau nak tau best ke tak produk aku juai. Rajin-rajin lah tengok ye. hehehe.
 
https://www.instagram.com/mija_shop/                             

Terlalu Lama

Assalamualaikum.

Rasa nak gelak je pada diri sendiri. Jenis setahun sekali update ni. Masih ade lagi ke orang buat blog ni? Aku ni jenis tak istiqomah ni. tu yang jadi macam ni. hahaha. 


aku rasa takda mende yang berubah sepanjang tahun ni. Yang berubah nya adalah, aku berpindah lagi dan lagi. Haih la. Rezeki berhijrah meluaskan pandangan dan ilmu pengetahuan. Tak jauh mana pon. Gaya tulisan macam la p sambung belajar over the sea kan. kihkihkih.

Langkawi saja. Walaupun Langkawi, aku tetap rasa macam aku duduk luar negara. Sebab nya, nak keluar ke darat tu bukan calang-calang duit nak kena kaluarkan. hehehe. SO, aku ni macam duduk oversea la juga, mahu setahun sekali je balik kampung halaman. 

Baru nak masuk sebulan duduk sini. Aku rasa aku dah lama duduk sini. Sebab semua tempat aku dah pergi. Eh tipu. Tak la semua. Tapi 60% tu dah pergi la kan. aku ni siap dah hafal semua jalan dah. hahahaha. Gaya macam hebat kan? Alaa, Langkawi ni pusing satu pulau je amik masa 45minit je. Mana la aku ni tak hafal jalan kan. 

Lainlah duduk Alor Setar hari tu. Nak masuk dua tahun duduk pon, masih buta jalan. Aku tahu jalan nak p shopping dan makan ja. hahahaha.

Okaylah. Nanti macam ada idea nak menulis, nanti aku share ye. tempat baru dan semangat baru. Doakan kami seronok disini sampai masa nya. Insyaallah..

Thursday, February 11, 2016

January 2016

Assalamualaikum.
Lama sangat aih. Kejap ada kejap hilang. 
Saja nak share. Pertengahan bulan January, aku dan family mendapat perkhabaran sedih dimana anak sedara aku meninggal dunia.
Dia anak sedara lelaki pertama dan juga cucu lelaki pertama keluarga Jamilin. Tersentak juga aku waktu dapat mesej ni. Yela, kami baru lagi jumpa dia Krismas hari tu. Tapi tu la, mungkin Allah nak tunjuk, dia balik, dia senyap je. Tak cakap apa pon. Tanya sepatah, jawab sepatah. 

Mungkin saja nak bagi kami Paksu dan Maksu yang jauh ni dapat tengok dia kali terakhir kat situ kan. Allah. 

Sedih. Memang sedih. Walaupun arwah ni nakal sikit. Tapi dia tetap anak sedara aku. Dah macam anak sendiri. Sepanjang perjalanan dari Kedah ke Raub. Aku tak boleh tahan air mata. Aku bayangkan kakak aku, abang ipar aku dan anak-anak sedara aku merangkak adik beradik arwah. Aku yang mak sedara ni pon tak boleh tahan sedih, inikan pula family kandung.

Sampai je kat Raub. Aku seboleh nya tak nak bertembung dengan kakak aku lagi. Sebab aku tak tahu nak sapa dia macam mana. Masuk je rumah, Allah je tahu. Rasa sangat sedih tu. Aku tahan. Lepas Subuh, kak kedua aku nak balik ke Klang. Masa balik tu, abang ipar (kedua) aku peluk abang long aku. Time tu Allah je tahu bila abang long aku peluk erat. Menangis. Allah...

Lepas tu aku nampak kak long aku keluar bilik. Allah. Bengkak muka dia. Aku tak kuat nak tengok menda-menda ni. Aku salam dia je. Lepas tu aku pergi sibukkan diri. 

Ada masa air mata mengalir gak. Cepat-cepat aku lari lap. Berat sangat rasa bila tengok muka kak dan abang long aku. 

Petang tu nak balik pon, aku sepanjang nak sampai Putrajaya, air mata tak berhenti. Bengkak-bengkak mata. Cuba tahan. Tapi tak boleh. Berat nya rasa. Sempat la ziarah kubur arwah sebelum balik. Aku terbayang-bayang, apa yang dia buat kat dalam. Allah.

Sepanjang seminggu tu aku agak emosi, asal duduk dalam bilik. Mengalirlah air mata. Aku doa banyak untuk tau camne la keadaan arwah. Dan mungkin doa aku termakbul atau hanya bayangan. Malam keberapa ada aku mimpi, aku nampak arwah. Berlalu pergi dengan pakai baju elok. Baju kemas cantik. Pergi tinggalkan aku.

Mungkin Allah nak bagitahu aku, arwah dah berada di tempat yang baik dan kekal selamanya disana serta melayari kehidupan yang baik disana. Lepas mimpi tu, aku terus lega, sebab aku dapat tengok dia. Cukup aku tau dia baik-baik saja disana. 

Semoga anak sedaraku berada dikalangan orang-orang yang beriman. Walau maksu dan paksu tak sempat hantar Jamal kat kubur hari tu, maksu dan paksu sentiasa doa yang baik-baik untuk awak. Alfatihah...

Thursday, January 14, 2016

Download Dilwale Malay Subtitle

Assalamualaikum
Aku sejak jadi mak orang ni, tak pernah tengok wayang okay!
Sedih dengar nye. Ini anak baru sorang, sok anak dah bederet, bertambah tahun lagi lah tak tengok wayang. hahahaha.

Orang dok cucuk kata Dilwale best la apa la. Aku pon jelous la kan. Nak tengok, tapi takkan nak tinggalkan anak teruna sorang ni jaga rumah kan. Hahaha. Takpe lah anak, ni lah pengorbanan Mama untuk awak. Acehh.

So, disebab kan aku tak boleh tengok wayang. Aku pon Download la. Maaf la kalau cara aku tak baik. tapi itu la cara paling baik sekali daripada aku melopong meleleh air liur nak tengok Dilwale kan. 

So, aku download la link macam kat bawah tu. Tekan je. Tapi nasihat aku, internet biar laju dan korang kena ada Player VLN. Sebab nanti mudah nak insert subtitle. 

Review aku pasal cerita ni.

Tak la sehebat mana seperti Kuch-Kuch Hota Hai dan Kabhi Kushi Kabie Gham. Cerita biasa, tak berat. Dia jadi sweet part Kajol dan SRK tu. Cerita tak sedih mana. Lawak tu okay la. Aksi biasa-biasa saja. Hahaha. Jadi aku pelik orang yang pergi tengok sampai 4 5 kali. Hahha. Tapi takda la teruk cerita ni. Sweet la. Berada diawangan bila part Kajol dan SRK tu. Gituu.

Siapa yang ada problem nak tengok wayang macam aku ni. Meh la dowload kat link yang aku bagi. Hopefully, link tu masih elok.


Adab Breastfeed

Assalamualaikum
La ni kecoh cerita pasal breastfeed Selfie ni.
Macam-macam orang kita ni. Nak sangat perjuangkan hak breasfeed di tempat awam. Tapi cara yang ditunjukkan agak tidak beradab. 

Selfie Semasa Menyusukan Anak

Itu yang di viral kan. Bukan nya Hak menyusukan anak di tempat awam dipertikaikan. Awak nak menyusukan anak di tempat awam, dipersilakan lah. Tapi yang jadi tak comel tu bila mana awak siap selfie dan upload di media sosial. Bila tersebar gambar tu, awak kata pula orang aib kan awak. Awak ni mesti mental kan.

Masa uplaod tu takda fikir apa-apa ke? 

Tapi bila ada kawan-kawan yang seangkatan pemikiran macam awak ni backup awak. Seronok la awak kan. Padahal yang backup tu pun 2 x 5 je dengan awak yang tak faham perbincangan sebenar nya. 

Awak menyusukan anak, mesti awak ada suami kan? Ada tanya pendapat suami tak sebelum nak upload dan berlagak pasal gambar tu? Takda kan? Saya yakin yang suami awak tak dayus kan. Tu la, lain kali nak buat apa-apa sila minta izin suami. Sebab apa? Sebab awak sedang tunjuk aurat awak tu, walaupun bukan secara nyata, tapi mata LELAKI ni ajaib. Awak tunjuk macam tu je, dia boleh fikir sampai tujuh lapis di dalam tu. Tolong lah malu awak oi.

Awak kata laki ni pervert? Tunduk je la bila tengok orang breastfeed. 

Hahaha. Awak bagi umpan depan mata. Takkan depa nak biarkan. Dan suruh tunduk tu kalau awak duduk di tempat awam, mungkin la depa akan tunduk pandangan. Ni awak bubuh kat Facebook. Gambar sebesar-besar lalu. Siapa yang sempat nak tunduk. Hahaha.

Macam-macam la awak ni. Awak saja buat kecoh, lepas tu awak marah orang tengok pulak. Macam-macam...

So, lepas ni tolong lah wahai kaum wanita Melayu Muslim. Buat apa-apa tu, fikir dulu. Fikir Suami, fikir keluarga, fikir anak-anak. Jangan syok sendiri je tau. Malu 7 keturunan.

Dan lagi satu, sudah-sudah lah riak dengan nikmat menyusu tu. Ingat orang lain yang tak dapat nikmat tu. Ingat oiii!


Thursday, January 7, 2016

Lama Mana Tak Update Oi!

Hai semua. hikhik.
Teruk sangat la aku ni. Anak baru sorang, dah lupa terus nak update blog.
Actually, busy jugak aku ni. Last update September ke November lepas. Lupa la mak ni. hehehe.

Lamanya tak pegang laptop. Lama sangat aih. Ni pon pegang sebab nak download filem Diwale. Opss. hehehe. 

Maaf ler, aku memang payah nak pergi wayang sebab ada anak kecik ni kan. walaupun bukan la kecik mana. hahaha.

Puas hati dapat download walaupun bukan lah HD kan. Janji gamba elok dan ada subtitle Melayu okay. Sapa nak bagi oi. hahaha.

Kalau siapa nak tau. Kot la nak bagitahu je. Aku still run business aku  macam biasa. Aktif kat Instagram dan Facebook page aku. Tu pun update laju-laju. Mana nak dan update sampai ke blog kan. 

Sekarang ni aku tengah latih Arjuna supaya elak dari guna Tab dan seangkatan dengan nya. So, aku tak boleh pegang Tab depan dia. Sebab nanti dia ingat balik Tab dia. Haaa gitu. 

So, waktu untuk aku pegang Tab sangat la terhad. Iaitu waktu dia tidur. Dpat pegang 3 4 jam jadi la kan. Tu yang mampu update dekat IG dan FB saja. heheh.

Okay la. Ni pon update sebab baru lepas update blog business skali. Bila lagi aku nak tulis blog ni pon aku tak tau la. Sat rajin sat tak rajin. Hahaha.

Okay lah. Bye