Monday, September 21, 2015

Dilema Anak Taknak Makan

Assalamualaikum.

Sebelum nak siap mandi manda, aku nak share la luahan rasa seorang mama bernama aku, haha. Hai laaaa. Bukan nak mengeluh. Tapi tula. Aku dah hampir-hampir give up dengan diri sendiri. Arjuna. Anak bertuah aku sorang ni, payah sangat nak makan sekarang ni. Sangat payah. 

Bulan lepas Juna ada checkup dekat hospital Putrajaya. Checkup untuk follow up kes dia NICU dekat sana dulu. Cek punya cek, berat nya tak menggalakkan. Setahun 6 bulan. Berat 9.3kg saje. Doktor kata untuk Juna, berat minimum dia 10kg. Hai la.. mama pening. Apa yang buat aku risau dah stress until now, aku tak boleh lupa ayat doktor. " datang sini lg 2 bulan, kita tengok macam mana, kalau berat still xcantik, kita kena buat rawatan susulan, amik darah bagai". Dumm!! 

Aku bab lain boleh terima, bab rawatan susulan tu. Aku agak payah nak terima. Sebab doktor ada senaraikan penyakit-penyakit yang berkemungkinan dihadapi oleh baby-baby yang berat tak naik ni. Aku yang dengar ni bukan takat risau. Double triple 4pel 5pel risau. Hahaha. 

Yela, kita kalauboleh nak baik-baik saja untuk anak. Ni dah masuk 21 september. Next month appoinment dengab doktor. Until now, Juna tak menunjukkan peningkatan dalam makan sebarang makanan. Korang suggest la apa je makanan yang bolehtambahkan selera, semuaaaaaaa akudah try. Dari nasi, mee, spegeti, roti, kek, bubur and macam-macam lagi. Sampai satu masa aku geram sebab Juna makan je dia luah balik, aku nangis.Nangis sepuas hati. 

Baru tahu rasa dia bila anak tak nak makan. Jiwa tersiksa oo. Last choice selepasbagi makan apaaaa pon dia taknak. Kami belikan susu rumusan khas. Yang boleh bagi cukup nutrisi kat dia. Hopefully next month punya appoinment, result dia boleh lega kan aku. Tak gemuk takpa, aku nak dia naik berat je. 

Dulu aku tak kisah dia tak nak makan, sebab pada aku, jangan paksa anak makan, nanti dah besar tau la dia nak makan ke atau tak. Lagi satu, suami aku pon masa kecik dia, memangjenis tak makan. Je is minum susu. Badan kurus kering. After sunat badan jadi matang dan sihaatt sampai sekarang. Hahaha. So, aku pon tak heran la anak aku tak makan kan, mungkin keturunan. Bila aku cerita macam tu kat doktor, doktor iata takda kena mengena. Then, aku stress. Hahaha

Aku mungkin akan stress sampai aku tau result bulan depan. Hai laaaaa. Sebulan lagi nak tunggu. Doakan aku mampu naikkan berat anak aku okay. 

Bye.

Tuesday, September 15, 2015

Raya dah habis

Aku tak sangka, lama sangat aku tak update. Eh silap. Belum bagi salam.

Assalamualaikum

Korang apa khabar? Lama sangat aku tak update. Nasib aku ingat. Hahaha. Aku nak kata busy yang amat, memang tak dala busy  sangat. Boleh la kadang-kadang. Anak tidur tu, jadi time berehat aku la kan. Kalau tak, nak kena layan dia, nak kisah ke dia je la. Hahaha. 

Juna dah masuk setahun tujuh bulan. Reti jalan. Reti mengarut. Reti merajuk. Haha. Yang lain tu basic la, cuma makan je dia diet. Aku tak tahu la kenapa.

Aku sebenarnya banyak nak update pasal jualan yang aku buat. Korang kalau nak tengok apa yang aku jual. Mai la singgah


FACEBOOK: https://www.facebook.com/mijashop15
INSTAGRAM: https://instagram.com/elmieah

dua site ni aku selalu update barangan aku. Aku dah banyak kali cuba nak update kat blog. Asal nak update. Tak boleh upload picture la. Apa macam masalah la. Lastly, give up. Huhu. Okay la. Sat g aku rajin, aku update okay. Tq muoh.