Saturday, July 4, 2015

Puasa 2015

Assalamualaikum.
Salam subuh.
Mata dok segar bugar sebab malam tadi tidur macam puas walaupun tidur lambat. Pukul 4.30 tadi bangun masak ikan bilis kicap untuk sahur. Simple but delicious. 

Puasa tahun ni, puasa yang macam complete pada aku. Bukan sebelum ni tak complete. Cuma jadi seronok sebab tahun ni kami puasa sendiri di beratus batu jauh dari family. Bila jauh macam ni, baru kita rasa sesuatu tu. Hahaha. 

Tahun 2013, aku puasa di Kelantan. Dengan bawak Arjuna dalam perut. Masa tu bukan tak complete, cuma rasa biasa-biasa sebab baru kawin and kerap juga balik Raub & Putrajaya untuk buka puasa. Kelantan KL tu dan macam sebelah rumah. Hahaha.

Tahun 2014, Arjuna dah keluar. Kami berpuasa di Putrajaya. Laki aku kerja kat KL. So ,kami menetap di rumah parent husband aku la. So, pengalaman puasa bersama family ni, lain la kan. Versi makan ramai-ramai meriah. Haaa gitu. Masak pon, kadang turn aku, kadang turn mak. Sahur memang aku tak masak. Harapkan lauk petang semalam tu je.Hahahaha. 

Tahun ni, 2015, puasa di Kedah. Dan insyaallah akan balik singgah KL untuk berbuka dan bedezup ke Raub untuk berbuka dan Raya terus. Tahun ni, puasa agak sunyi. Tapi aku jadi syok sebab, dapat merasa puasa tiga orang. One small family. Dengan gelagat Arjuna yangmakin membesar dan makin manja dan makin macam-macam perangai. Lepas tu, angan-angan konon zaman bujang dulu, berangan pasal bila aku da kawin, ada anak. Nanti nak puasa, aku bangun masak sahur, masak berbuka. Prepare untuk raya. Kalut kat dapur, kalut kat anak. Hahahah. Menjadi kenyataan. Alhamdulillah.

Bukan tak syok duduk dengan family besar, cuma bila kita hidup di perantauan macam ni, baru kita ada rasa nikmat sesuatu tu. Rindu pada family, rindu berbuka, rindu segala bagai. Dan bila duduk sendiri jauh macam ni, baru kita tahu macam mana nak belajar urus rumah tangga. Jaga anak sendiri, jaga makan pakai suami sendiri. Segalanya sendiri. Kat situ baru kita tahu, rasa macam mana parents kita dulu jaga kita membesarkan kita.

So, puasa tahun ni, dah masuk separuh perjalanan. Pada aku sangat best! Tak sabar nak kira-kira balik ke kampung. Seronok dengar lagu raya kat radio. Mood raya ON! Dah lama tak rasa excited nak raya, sebab maybe duduk dekat ngan family. Mungkin sebab tu excited tu kurang, hahahah, Bila dah duduk jauh, baru bedezupp ke dalam sanubari. Macam nak lari-lari anak je balik ke kampung. Hahaha.

Okayla. Selamat berpuasa.

Selamat semuanya. Bye