Wednesday, May 6, 2015

Rentetan hari ini

Assalamualaikum.
Sebelum tidur, aku nak mengarut sikit hari ni. Hihihi.
Dekat Kedah ni sekarang cuaca sangat la panas. Aku pon tak tahu la memang cuaca sekarang atau sini je. Sebab rumah aku ni dekat juga la dengan laut. Panas dia tahap, aku punya peluh tak sempat nak stop, datang lagi rombongan peluh yang lain. hahaha.

Hari ni aku dapat spek mata baru. Nanti aku cerita detail. Aku buat spek murah dekat GM Klang. So, dengan happy nya aku pakai spek baru hari ni. hihi.

Petang tadi, jiran aku buat hal balik. Dia pasang muzik kuat-kuat ya amat. Situasi dia sampai ko dengar muzik tu sampai cermin kereta nak pecah. Sebab cermin tak boleh terima muzik yang terlalu kuat. Sliding door aku pun bergegar. Tapi jiran aku selamba dek je dok dengar muzik kat situ. Dia lalok ke ape.huhu.

Okay la. Takda apa nak cerita. Kalau rajin, singgah la Mija Shop. Banyak produk baru. Yang penting comel dan sedap mata memandang. Macam aku.

Okay.bye.

Sunday, May 3, 2015

Bandana Bib & Romper Murah Aje.

Assalamualaikum. 
Malam-malam dok update story plak kan. hihi. 
nak update pantas-pantas ni. Ngantuk dah!
Aku dah update new stok untuk Romper baby dan juga Bandana Bib modern.

Romper

Modern Bandana Bib
Macam biasa. Kalau nak tengok banyak lagi design. Boleh lah singgah Instagram aku, dan juga MIJA SHOP. Kat situ semua ada. Nak dengan tak nak je tengok.

Instagram: elmieah
Facebook: Mija Shop
Blog Niaga: Mija Shop

Okay la. Nak tidur dah. Bye

Saturday, May 2, 2015

Midnight Story

Assalamualaikum.
Dah pukul 12 lebih dah. Laki aku dok lepak kat luar, malam minggu katanya. So, aku la yang tak boleh tidur. Anak seronok dah berguling-gulang kat sebelah aku ni. Feel sampai tonggek-tonggek tidur.(Hahaha).

Lama dah aku tak membebel,nak memebebel apa pon tak tahu. Aku sejak beberapa hari ni, agak tak berapa sihat. Kejap hujan selebat-lebatnya. Kejap lagi panas sepanas-panasnya. Dalam rumah tak payah ceritalah. Kalau tengahari tu, mak aihhhh, macam duduk dalam oven! Kipas banyak mana la pasang pon, tetap panas. Aku pon tak sure la panas cuaca atau panas sebab banyak sangat lemak dalam badan. (Hihi)

Okayla. Nak amik mood tidur. Geram pulak tengok budak sebelah ni menyempit-nyempit kat aku. Mana aci dia je tidur sedaP. Aku pon nak join. Okaylah. Selamat malam.

Bye.

Friday, May 1, 2015

Baju tidur baby murah oi.

Assalamualaikum.
Malam ni nak promote sikit sebelum nak lelap ni. Meh jengah MIJA SHOP, ada new update. Baju tidur baby yang comei-comei. Orang inggeris panggil sleepwear atau sleepsuit. Mana-mana la hampa suka. Janji hampa paham. Hihi.


Ni aku bagi antara design yang aku ada. Nak tengok banyak lagi, mai singgah MIJA SHOP. Confirm korang ternganga nak pilih mana satu nak amik. Sebab sumpah comel. Kalau ada size dewasa, aku rasa korang pon beli. Hahahaha.

Macam biasa,sebarang pertanyaan dan order. Whatapps/Telegram/Msg aku kat nombor 013 294 5264.

Bye.