Wednesday, April 22, 2015

Bandana Bib Murah

Asslamualaikum.
Hari ni aku ada upload bandana bib terbaru. Banyak design baru. Yang penting COMEL, BERGAYA & MURAH. 

So, now aku dah aktifkan balik blog meniaga aku. Sebab ada follower aku nak tengok design tapi takda IG dan Facebook. Aku malas nak serabut dekat blog ni, so aku serabutkan blog meniaga aku. 

Mai jemput tengok design dekat 
Blog meniaga aku - (klik sini)
Instagram aku - (klik sini)
Facebook aku - (klik sini)

Ni aku belanja sikit design yang aku baru upload baru ni. 
Kalaunak tengok banyak lagi. Klik la link-link yang aku bagi kat atas tu. Selamat cuci mata.

Bye.

Tuesday, April 14, 2015

Jangan dihina kejadian Allah

Assalamualaikum.
Pagi-pagi dah emo. Hahahaha.
Pagi-pagi layan FB. Macam ni la jadinya. Aku nak cite pasal sesuatu. Isu sensitif. 
Korang tau kan isu breasfeeding ni isu yang sensitif. Tapi orang keliling kita, yang konon nya hebat dalam memberi sokongan padu pasal breasfeed ni, tak perasan yang ayat-ayat diorang agak melampau. Diorang bajet, bila diorang buat ayat-ayat macam tu, mampu naikkan semangat mak-mak untuk breasfeed?

100% mission fail. 

Aku tak tau kenapa orang yang macam ni wujud. Cakap, kalau tak bagi susu badan, anak tu nanti besar jadi anak tak baik, degil, tak dengar kata, tak cerdik. Aku kadang nak je korang buktikan anak-anak korang yang bercakap gah ni, tunjuk depan aku. Anak-anak korang dengar kata sangat ke? Anak korang mudah dijaga sangat ke? 

Isu ni jadi bila, mereka kata, kalau tak breasfeed, anak jarang disentuh. Kalau breasfeed, anak kerap disentuh sebab direct breasfeed kan. Lawak la hai statement. Nampak sangat la awak tu yang jarang sentuh anak. Time breasfeed je peluk ke? Time lain layan FB? Kan? Sentuhan tak kira masa kak oi. Selagi boleh dipeluk, boleh dicium, buat setiap minit, setiap masa. Bukan tunggu breasfeed je.

Mentality orang kita. Ingat sikit, tak semua orang bertuah mampu susukan anak. Jangan dilekehkan anak-anak yang tak dapat menyusu badan lama macamanak korang yang hebat tu. Jangan di hina mak-mak yang tak mampu menyusukan, walaupun semua perempuan ada breast. Sama la macam isu mengandung. Tak semua bertuah boleh mengandung walaupun ada rahim. 

Nak masuk tahun 2020 dah. Mentality masih tahap bawah. Ingat Allah maha kaya. Allah memberi segala. Allah mencipta manusia macam ni. Jangan pertikaikan. Setiap berlaku ada lah hikmahnya. Jangan dihina setiap kejadian. Jangan terlalu bangga dengan kelebihan. Takut nanti Allah tarik balik, jangan waktu tu terpinga-pinga. 

Aku harap, aku tak jumpa la lagi orang yang suka bandingkan anak breasfeed dengan tak breasfeed ni. Anak tu macam kain putih, apa yang dia akan jadi tu, atas didikan korang. Baik didikan, baiklah jadinya. Jangan lah suka salahkan susu ibu la, susu haiwan la. Orang kita ni, bab menyalahkan sesuatu, memang excellent! Tak pernah pon nak salahkan diri sendiri dulu sebelum menunding jari pada yang lain.

Berubahlah. Cukup-cukuplah taksub sesuatu perkara. Pergilah muhasabah diri. Daripada kondem orang sana sini, baik korang pergi beramal. Huh. Sabar je la. 

Monday, April 13, 2015

Gosip Artis Seksi

Assalamualaikum.
Haaa, dah macam Melodi pulak nak cerita pasal artis kan. Ala, aku manusia biasa, yang hidup macam orang biasa, so mesti la aku sebagai perempuan akan ada sikap ingin bergosip a.k.a mengumpat. 

Aku ada follow satu artis ni, memang aku follow ramai artis, tapi aku nak cerita yang satu ni la. Tak tahu nak ungkap dia ni apa. Maksud aku, dia bodoh sangat ke pasal Islam. Itu soalan yang terlintas.

Korang bayangkan, kalau ada event, aku tengok, pakaian model/artis non muslim cukup kain. Tapi dia? Lobang sana sini. Aku perasa  sejak dia putus dengan pakwe tatu dia tu la. Dia suka pakai pakaian yang tunjuk bawah dada ke pinggang. Kadang six pack pon nampak la. Aku jadi malu pulak tengok.

Aku ni bukan lah mak-mak sangat kan. Nabila huda seksi juga. Tapi aku boleh terima. Bila artis yang sorang ni seksi begitu. Aku jadi malu. Lagi aku heran bila, kat ig post gamba seksi, dalam masa post gamba seksi, pos juga pasal islamic. Macam kat situ, nak tunjuk la Islam tu tak kisah hang pakai macam mana. Berdakwah dalam keadaan seksi. Hurm. Bijak sangat.

Ni tadi dia ada buat statement bodoh. Walaupun dia tak tutup kepala, dia jaga hati, jaga mulut. Maksudnya dia nak kata la, dia ni walaupun seksi, dia baik. Hurm. Tula, bila terlalu nak up, nak berfashion, sampai boleh sesuka hati cakap pelik-pelik. Aku boleh terima lagi kalau dia tak buka mulut pasal agama. Ni dia terlalu kerap cerita yang ibadat dia hanya dia dan Allah je tau. Dia jadi macam ni pun sebab takdir. Bla,,bla..bla.. 

Lawak. Aku boleh kata dia ni. Bodoh. Tu je. Lama dah aku tak tulis sesuatu yang meluat macam ni. Harap maaf la kalau post macam kureng hajeerr sikit. Hahaha. Yang penting, hope dia sedar la sebelum dia berlobang baju dari atas ke bawah. Dan cakap tu takdir dia sampai dia jadi macam tu. Hahaha. Okay la. 

Bye.

Tips Mendidik Anak

Assalamualaikum.
Haahaha. Mana ada tips! Aku tipu je. Saja nak share. Arjuna dah setahun 2 bulan. Masih manja nak berjalan walaupun mampu. Ikutlah anak, dah rajin nanti. Jalan la sepuas hati okay. Mama Papa tak paksa, janji awak bahagia. 

Okay, saja la nak borak-borak kosong. Semalam pergi potong rambut, aku and Arjuna sekali. Payah nya nak cari muslimah saloon kat sini. Last skali dapat jumpa kat Jitra. Nasibla service okay. Potong pon cantik. Arjuna pon cantik rambutnya. Potong di kedai cina. Laju betul cina tu buat kerja. Zap zap siap. Arjuna?? Laju nangis. Hahaha. 

Now, anak laki aku ni alhamdulillah, makin boleh bawak diri sendiri. Bila dia bosan je dia kacau aku. Sejak Papa dia kerap outstation, dia dah faham la yang dia kena juga jaga Mama dia. Kecik-kecik kena ajar dia, dia kan abang sulung. 

Kalau dulu nak buat apa pon kene tunggu dia tidur. Masak laju-laju, makan laju-laju, berak laju-laju, mandi asal basah. Semuanya singkat la. Tapi sekarang, semua nya boleh dibuat time dia berjaga. Mandi boleh, masak boleh, berak pon dah boleh. Hahaha. Apa yang aku buat, aku setiap kali nak pergi mana, buat apa, aku akan mention kat dia. Lama-lama dia faham. 

Aku nak solat pon takda masalah. Kadang-kadang dia dok depan kita, tarik telekung kita, tepuk kepala time sujud tu, biasala. Menda macam tu, tak jadi masalah la. Dia bosan, dia pergi la main jauh-jauh. Hihi.

Siapa rasa ada anak yang mengepit je selalu, especially mak yang fully housewife kan. Cuba la cara aku ni.

⚠bagitahu anak bila nak buat apa saja. Biar anak tu faham. Selalu bercakap dengan dia, lama-lama dia akan biasa.
⚠ jangan stress bila anak nak berkepit. Layan kan je. 
⚠ bila nak buat apa-apa, bawak dia. Letak kat bawah.Masak ke, solat ke, berak jangan la. Hihi

Tu tips sikitla. Nampak macam kita ajar dia berkepit, tapi percayala. Lama-lama diorang sendiri bosan. Haha. Aku masih lagi ber eksperimen untuk menambah baik service. Hahaha. Buat masa ni, banyak improvement bila aku layan kan aja kehendak dia tapi bersyarat. Kalau dulu, aku agak baran bila 24jam anak nak berkepit. Aku lansung tak boleh buat apa. Tapi bila aku buat macam tip kat atas, kami sama-sama boleh bekerjasama. Haahha. 

Anak ni bukan nak apa pun. Asal kita bagi perhatian kat dia, okay la dia. Tips kat atas kena amalkan selalu. Sebab anak kena diingatkan selalu, baru dia faham kan. No worries la, pengalaman anak mengepit ngn kita ni bukan selalu kan. Esok dia dah besar, korang pulak bosan dia takmo kepit ngan korang da. Haaa. Baru nyesal kan tak bagi dia mengepit  dulu. Hahaha.

Okay, tu je cite bosan nak tulis. Hihi. 

Bye!

Boleh Jadi Fitnah

Assalamualaikum.
Hehe. Aku bila duduk saja, mulalah otak ni ada saja topik nak fikir. Latest topik yang terlalu kat kepala ni adalah. "Apa pekerjaanjiran kiri kanan aku?".

Dah kenapa la soalan tu keluar kan kat kepala ni. Aku pun pelik. Mungkin sebab, dah nak masuk 4 bulan disini. Jiran kiri kanan aku amat misteri. 

Belah kanan aku, sat ada dirumah, sat sampai berminggu takda kat rumah. Sekarang, hari-hari ada dirumah. Siang ada, malam sampai subuh hilang. Pagi baru nampak kereta. Orang nya tak pernah nampak dah. Hihi.

Belah kiri pulak. Makpak nye pencen la. Anak menantu pun 24 jam dirumah. Musykil. Anak laki nya 24 jam ngadap kereta, ngadap burung. Sini burung memang popular. Jiran belah-belah sana pon ada bela. Dan yang paling musykil, ada je orang datang tiap-tiap hari jumpa anak laki tu. Sat ja mai, pastu balik. Aku pun musykil sampai sekarang. Apa business dia buat?

Okay, tu je yang terlintas di otak. Jiran lain belah kanan ke kanan, kiri ke kiri sana aku tak kisah sebab diorang pergi kerja macam biasa. So, pelik tu pada jiran kiri kanan aku ni je. Hahaha. 

Okayla. Aku bukan nya kepoh ke apa ke, saja nak la juga tahu kan. Tapi selagi diorang tak kacau kami, kami okay je. Hehehe.

Wednesday, April 8, 2015

Baby Barefoot Sandal

Assalamualaikum.
Hari ini aku nak update baby produk yang baru. Baby Barefoot Pearl Sandal. 

Apa menda la baby barefoot ni?

Bigfoot ke?
Fastfood ke?

Ha, salah tekaan tu. Baby barefoot ni adalah perhiasan kaki yang comel sangat. Selalunya dibuat untuk baby girl. Ada juga dibuat untuk boy. Okay, meh jamah mata sat.

Pernah nampak kan? Comel kan? Bukan bigfoot, bukan juga fastfoot. Tapi comel macam nak makan kan. Hihi. Aku pun ada jual macam ni. Tapi bukan design kat atas la. Design lebih kurang kat atas. 
Baby Barely Pearl Sandal

Size: 5-12 bulan (mengikut kesesuai baby)

-elastic string
-Korea pearl beads
-handmade flower

Harga: RM 20.00
Postage: 
RM 6.00 (SM)
RM 8.00 (SS)

Kalau nak tengok design lain, sila lihat di instagram elmieah dengan kadar segera sebelum stok habis okay. 

Untuk tempahan: 
Whatsapp/ Message: 013 294 5264

Thursday, April 2, 2015

Baby Bib Murah Oii!!!

Asslamualaikum.
Baby bib kembali lagi.
Dengan design baru, comel dan semestinya dibuat dengan kasih sayang. Hahaha. Dah macam iklan apa daaa.
Atas ni antara design yang aku dah upload di instagram aku. Ada banyak lagi design yang available. Yang penting sekali, ia handmade, boleh digunakan kedua-dua permukaan depan belakang dan murah.


HANDMADE BABY BIB
Material: Japanese Cotton
Price: RM10.00/piece
Postage: 
RM 6.00 (SM)
RM 8.00 (SS)

Jadi tunggu apa lagi? Mai singgah instagram elmieah. Dan grab banyak mana nak. Beli borong pon boleh! Cepat sebelum habis. 

Untuk order: 
Whatapps/Mesej: 013 294 5264