Monday, September 21, 2015

Dilema Anak Taknak Makan

Assalamualaikum.

Sebelum nak siap mandi manda, aku nak share la luahan rasa seorang mama bernama aku, haha. Hai laaaa. Bukan nak mengeluh. Tapi tula. Aku dah hampir-hampir give up dengan diri sendiri. Arjuna. Anak bertuah aku sorang ni, payah sangat nak makan sekarang ni. Sangat payah. 

Bulan lepas Juna ada checkup dekat hospital Putrajaya. Checkup untuk follow up kes dia NICU dekat sana dulu. Cek punya cek, berat nya tak menggalakkan. Setahun 6 bulan. Berat 9.3kg saje. Doktor kata untuk Juna, berat minimum dia 10kg. Hai la.. mama pening. Apa yang buat aku risau dah stress until now, aku tak boleh lupa ayat doktor. " datang sini lg 2 bulan, kita tengok macam mana, kalau berat still xcantik, kita kena buat rawatan susulan, amik darah bagai". Dumm!! 

Aku bab lain boleh terima, bab rawatan susulan tu. Aku agak payah nak terima. Sebab doktor ada senaraikan penyakit-penyakit yang berkemungkinan dihadapi oleh baby-baby yang berat tak naik ni. Aku yang dengar ni bukan takat risau. Double triple 4pel 5pel risau. Hahaha. 

Yela, kita kalauboleh nak baik-baik saja untuk anak. Ni dah masuk 21 september. Next month appoinment dengab doktor. Until now, Juna tak menunjukkan peningkatan dalam makan sebarang makanan. Korang suggest la apa je makanan yang bolehtambahkan selera, semuaaaaaaa akudah try. Dari nasi, mee, spegeti, roti, kek, bubur and macam-macam lagi. Sampai satu masa aku geram sebab Juna makan je dia luah balik, aku nangis.Nangis sepuas hati. 

Baru tahu rasa dia bila anak tak nak makan. Jiwa tersiksa oo. Last choice selepasbagi makan apaaaa pon dia taknak. Kami belikan susu rumusan khas. Yang boleh bagi cukup nutrisi kat dia. Hopefully next month punya appoinment, result dia boleh lega kan aku. Tak gemuk takpa, aku nak dia naik berat je. 

Dulu aku tak kisah dia tak nak makan, sebab pada aku, jangan paksa anak makan, nanti dah besar tau la dia nak makan ke atau tak. Lagi satu, suami aku pon masa kecik dia, memangjenis tak makan. Je is minum susu. Badan kurus kering. After sunat badan jadi matang dan sihaatt sampai sekarang. Hahaha. So, aku pon tak heran la anak aku tak makan kan, mungkin keturunan. Bila aku cerita macam tu kat doktor, doktor iata takda kena mengena. Then, aku stress. Hahaha

Aku mungkin akan stress sampai aku tau result bulan depan. Hai laaaaa. Sebulan lagi nak tunggu. Doakan aku mampu naikkan berat anak aku okay. 

Bye.

Tuesday, September 15, 2015

Raya dah habis

Aku tak sangka, lama sangat aku tak update. Eh silap. Belum bagi salam.

Assalamualaikum

Korang apa khabar? Lama sangat aku tak update. Nasib aku ingat. Hahaha. Aku nak kata busy yang amat, memang tak dala busy  sangat. Boleh la kadang-kadang. Anak tidur tu, jadi time berehat aku la kan. Kalau tak, nak kena layan dia, nak kisah ke dia je la. Hahaha. 

Juna dah masuk setahun tujuh bulan. Reti jalan. Reti mengarut. Reti merajuk. Haha. Yang lain tu basic la, cuma makan je dia diet. Aku tak tahu la kenapa.

Aku sebenarnya banyak nak update pasal jualan yang aku buat. Korang kalau nak tengok apa yang aku jual. Mai la singgah


FACEBOOK: https://www.facebook.com/mijashop15
INSTAGRAM: https://instagram.com/elmieah

dua site ni aku selalu update barangan aku. Aku dah banyak kali cuba nak update kat blog. Asal nak update. Tak boleh upload picture la. Apa macam masalah la. Lastly, give up. Huhu. Okay la. Sat g aku rajin, aku update okay. Tq muoh.

Saturday, July 4, 2015

Puasa 2015

Assalamualaikum.
Salam subuh.
Mata dok segar bugar sebab malam tadi tidur macam puas walaupun tidur lambat. Pukul 4.30 tadi bangun masak ikan bilis kicap untuk sahur. Simple but delicious. 

Puasa tahun ni, puasa yang macam complete pada aku. Bukan sebelum ni tak complete. Cuma jadi seronok sebab tahun ni kami puasa sendiri di beratus batu jauh dari family. Bila jauh macam ni, baru kita rasa sesuatu tu. Hahaha. 

Tahun 2013, aku puasa di Kelantan. Dengan bawak Arjuna dalam perut. Masa tu bukan tak complete, cuma rasa biasa-biasa sebab baru kawin and kerap juga balik Raub & Putrajaya untuk buka puasa. Kelantan KL tu dan macam sebelah rumah. Hahaha.

Tahun 2014, Arjuna dah keluar. Kami berpuasa di Putrajaya. Laki aku kerja kat KL. So ,kami menetap di rumah parent husband aku la. So, pengalaman puasa bersama family ni, lain la kan. Versi makan ramai-ramai meriah. Haaa gitu. Masak pon, kadang turn aku, kadang turn mak. Sahur memang aku tak masak. Harapkan lauk petang semalam tu je.Hahahaha. 

Tahun ni, 2015, puasa di Kedah. Dan insyaallah akan balik singgah KL untuk berbuka dan bedezup ke Raub untuk berbuka dan Raya terus. Tahun ni, puasa agak sunyi. Tapi aku jadi syok sebab, dapat merasa puasa tiga orang. One small family. Dengan gelagat Arjuna yangmakin membesar dan makin manja dan makin macam-macam perangai. Lepas tu, angan-angan konon zaman bujang dulu, berangan pasal bila aku da kawin, ada anak. Nanti nak puasa, aku bangun masak sahur, masak berbuka. Prepare untuk raya. Kalut kat dapur, kalut kat anak. Hahahah. Menjadi kenyataan. Alhamdulillah.

Bukan tak syok duduk dengan family besar, cuma bila kita hidup di perantauan macam ni, baru kita ada rasa nikmat sesuatu tu. Rindu pada family, rindu berbuka, rindu segala bagai. Dan bila duduk sendiri jauh macam ni, baru kita tahu macam mana nak belajar urus rumah tangga. Jaga anak sendiri, jaga makan pakai suami sendiri. Segalanya sendiri. Kat situ baru kita tahu, rasa macam mana parents kita dulu jaga kita membesarkan kita.

So, puasa tahun ni, dah masuk separuh perjalanan. Pada aku sangat best! Tak sabar nak kira-kira balik ke kampung. Seronok dengar lagu raya kat radio. Mood raya ON! Dah lama tak rasa excited nak raya, sebab maybe duduk dekat ngan family. Mungkin sebab tu excited tu kurang, hahahah, Bila dah duduk jauh, baru bedezupp ke dalam sanubari. Macam nak lari-lari anak je balik ke kampung. Hahaha.

Okayla. Selamat berpuasa.

Selamat semuanya. Bye

Thursday, June 25, 2015

Dasyat-MOJO

Asslamualaikum.
Dasyat. By Mojo 

Lagu ni la aku selalu menyanyi dekat laki aku. Lagu wajib dalam kereta. Hahaha. Lagu bagi semangat kat dia supaya bawak kereta molek-molek. Hahaha.

Sapa suka lagu ni?? Okay . Kita geng! Jom layan lirik dia nak.

Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku punya cinta
Paling terindah di dunia

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohhh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu
Ohh.. Wohooohh…
Tetap cinta selama-lamanya

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohhhh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu

Okayla.dah layan kan. Lomentik tak? Syahdu kan.

bye.

Tuesday, June 16, 2015

Sekadar Saja

Assalamualaikum.
Lama sungguh tak update. 
Internet ni cepat sangat habis. Guna broadband mcm ni la kan. Esok nak kena amik line jugak la. Baru puas hati.hihi.

Rindu nak menulis menda mengarut. Minggu lepas Arjuna demam panas. Nak dekat seminggu juga la. Huru hara aku kejap. Hahaha. Lama sangat dah dia tak demam. Bila demam. Habis semua sekali datang. Selsema, demam dan batuk. Cabaran sungguh la.

Tengok punya tengok. Dia demam sebab tumbuh gigi geraham. Memang super duper sakit la kan. Nangis tiba-tiba. Kejap panas, kejap sejuk. Batuk dan selsema tu penambah la kesakitan. Hahaha.

Now, macam dah elok la sikit. Dia boleh main, boleh makan. Kira okay la tu kan. Ni baru tadi aku jadi teruja. For the first time,aku nampak Arjuna membuang dengan mencangkung. Aku perati je dia kat tempat main dia. Tiba-tiba nampak dia ubah gaya duduk. Dia mencangkung. Lepas tu dengar la keluh kesah dia kan. Last, dia mai kat aku. Mintak basuh buangan dia. 

Aku sumpah teruja. Hahaha. Anak membuang mencangkung pon teruja kan. Yela, budak-budak selalu kalau membuang. Berdiri pon jadi kan. Kebanyakan nye aku tengok berdiri dan pegang dinding. Ni aku teruja sebab dia boleh membuang duduk. 

Tula orang kata. Bila jadi mak ni, anak kentut pon kita teruja. Hahaha. Macam-macam la hai. Makin meningkat usia Arjuna, makin banyak progres. Walaupun dah setahun 4 bulan, dan tak nak berjalan lagi. Tapi aku tetap bersyukur. Janji dia banyak progres untuk menda lain. Biarlah dia nak merangkak lama. Dia nak jadi abang sado la aku rasa. Hurm. Hahahaha.

Okaylah. Takda apa nak mengarut dah. Macam biasa, sapa nak beli bib comel, baju baby yang comel. Singgah la kat ig aku (elmieah), atau kat facebook aku (mija shop). Kompem korang sakit mata tengok.





Okay lah. Bye

Wednesday, May 6, 2015

Rentetan hari ini

Assalamualaikum.
Sebelum tidur, aku nak mengarut sikit hari ni. Hihihi.
Dekat Kedah ni sekarang cuaca sangat la panas. Aku pon tak tahu la memang cuaca sekarang atau sini je. Sebab rumah aku ni dekat juga la dengan laut. Panas dia tahap, aku punya peluh tak sempat nak stop, datang lagi rombongan peluh yang lain. hahaha.

Hari ni aku dapat spek mata baru. Nanti aku cerita detail. Aku buat spek murah dekat GM Klang. So, dengan happy nya aku pakai spek baru hari ni. hihi.

Petang tadi, jiran aku buat hal balik. Dia pasang muzik kuat-kuat ya amat. Situasi dia sampai ko dengar muzik tu sampai cermin kereta nak pecah. Sebab cermin tak boleh terima muzik yang terlalu kuat. Sliding door aku pun bergegar. Tapi jiran aku selamba dek je dok dengar muzik kat situ. Dia lalok ke ape.huhu.

Okay la. Takda apa nak cerita. Kalau rajin, singgah la Mija Shop. Banyak produk baru. Yang penting comel dan sedap mata memandang. Macam aku.

Okay.bye.

Sunday, May 3, 2015

Bandana Bib & Romper Murah Aje.

Assalamualaikum. 
Malam-malam dok update story plak kan. hihi. 
nak update pantas-pantas ni. Ngantuk dah!
Aku dah update new stok untuk Romper baby dan juga Bandana Bib modern.

Romper

Modern Bandana Bib
Macam biasa. Kalau nak tengok banyak lagi design. Boleh lah singgah Instagram aku, dan juga MIJA SHOP. Kat situ semua ada. Nak dengan tak nak je tengok.

Instagram: elmieah
Facebook: Mija Shop
Blog Niaga: Mija Shop

Okay la. Nak tidur dah. Bye

Saturday, May 2, 2015

Midnight Story

Assalamualaikum.
Dah pukul 12 lebih dah. Laki aku dok lepak kat luar, malam minggu katanya. So, aku la yang tak boleh tidur. Anak seronok dah berguling-gulang kat sebelah aku ni. Feel sampai tonggek-tonggek tidur.(Hahaha).

Lama dah aku tak membebel,nak memebebel apa pon tak tahu. Aku sejak beberapa hari ni, agak tak berapa sihat. Kejap hujan selebat-lebatnya. Kejap lagi panas sepanas-panasnya. Dalam rumah tak payah ceritalah. Kalau tengahari tu, mak aihhhh, macam duduk dalam oven! Kipas banyak mana la pasang pon, tetap panas. Aku pon tak sure la panas cuaca atau panas sebab banyak sangat lemak dalam badan. (Hihi)

Okayla. Nak amik mood tidur. Geram pulak tengok budak sebelah ni menyempit-nyempit kat aku. Mana aci dia je tidur sedaP. Aku pon nak join. Okaylah. Selamat malam.

Bye.

Friday, May 1, 2015

Baju tidur baby murah oi.

Assalamualaikum.
Malam ni nak promote sikit sebelum nak lelap ni. Meh jengah MIJA SHOP, ada new update. Baju tidur baby yang comei-comei. Orang inggeris panggil sleepwear atau sleepsuit. Mana-mana la hampa suka. Janji hampa paham. Hihi.


Ni aku bagi antara design yang aku ada. Nak tengok banyak lagi, mai singgah MIJA SHOP. Confirm korang ternganga nak pilih mana satu nak amik. Sebab sumpah comel. Kalau ada size dewasa, aku rasa korang pon beli. Hahahaha.

Macam biasa,sebarang pertanyaan dan order. Whatapps/Telegram/Msg aku kat nombor 013 294 5264.

Bye.

Wednesday, April 22, 2015

Bandana Bib Murah

Asslamualaikum.
Hari ni aku ada upload bandana bib terbaru. Banyak design baru. Yang penting COMEL, BERGAYA & MURAH. 

So, now aku dah aktifkan balik blog meniaga aku. Sebab ada follower aku nak tengok design tapi takda IG dan Facebook. Aku malas nak serabut dekat blog ni, so aku serabutkan blog meniaga aku. 

Mai jemput tengok design dekat 
Blog meniaga aku - (klik sini)
Instagram aku - (klik sini)
Facebook aku - (klik sini)

Ni aku belanja sikit design yang aku baru upload baru ni. 
Kalaunak tengok banyak lagi. Klik la link-link yang aku bagi kat atas tu. Selamat cuci mata.

Bye.

Tuesday, April 14, 2015

Jangan dihina kejadian Allah

Assalamualaikum.
Pagi-pagi dah emo. Hahahaha.
Pagi-pagi layan FB. Macam ni la jadinya. Aku nak cite pasal sesuatu. Isu sensitif. 
Korang tau kan isu breasfeeding ni isu yang sensitif. Tapi orang keliling kita, yang konon nya hebat dalam memberi sokongan padu pasal breasfeed ni, tak perasan yang ayat-ayat diorang agak melampau. Diorang bajet, bila diorang buat ayat-ayat macam tu, mampu naikkan semangat mak-mak untuk breasfeed?

100% mission fail. 

Aku tak tau kenapa orang yang macam ni wujud. Cakap, kalau tak bagi susu badan, anak tu nanti besar jadi anak tak baik, degil, tak dengar kata, tak cerdik. Aku kadang nak je korang buktikan anak-anak korang yang bercakap gah ni, tunjuk depan aku. Anak-anak korang dengar kata sangat ke? Anak korang mudah dijaga sangat ke? 

Isu ni jadi bila, mereka kata, kalau tak breasfeed, anak jarang disentuh. Kalau breasfeed, anak kerap disentuh sebab direct breasfeed kan. Lawak la hai statement. Nampak sangat la awak tu yang jarang sentuh anak. Time breasfeed je peluk ke? Time lain layan FB? Kan? Sentuhan tak kira masa kak oi. Selagi boleh dipeluk, boleh dicium, buat setiap minit, setiap masa. Bukan tunggu breasfeed je.

Mentality orang kita. Ingat sikit, tak semua orang bertuah mampu susukan anak. Jangan dilekehkan anak-anak yang tak dapat menyusu badan lama macamanak korang yang hebat tu. Jangan di hina mak-mak yang tak mampu menyusukan, walaupun semua perempuan ada breast. Sama la macam isu mengandung. Tak semua bertuah boleh mengandung walaupun ada rahim. 

Nak masuk tahun 2020 dah. Mentality masih tahap bawah. Ingat Allah maha kaya. Allah memberi segala. Allah mencipta manusia macam ni. Jangan pertikaikan. Setiap berlaku ada lah hikmahnya. Jangan dihina setiap kejadian. Jangan terlalu bangga dengan kelebihan. Takut nanti Allah tarik balik, jangan waktu tu terpinga-pinga. 

Aku harap, aku tak jumpa la lagi orang yang suka bandingkan anak breasfeed dengan tak breasfeed ni. Anak tu macam kain putih, apa yang dia akan jadi tu, atas didikan korang. Baik didikan, baiklah jadinya. Jangan lah suka salahkan susu ibu la, susu haiwan la. Orang kita ni, bab menyalahkan sesuatu, memang excellent! Tak pernah pon nak salahkan diri sendiri dulu sebelum menunding jari pada yang lain.

Berubahlah. Cukup-cukuplah taksub sesuatu perkara. Pergilah muhasabah diri. Daripada kondem orang sana sini, baik korang pergi beramal. Huh. Sabar je la. 

Monday, April 13, 2015

Gosip Artis Seksi

Assalamualaikum.
Haaa, dah macam Melodi pulak nak cerita pasal artis kan. Ala, aku manusia biasa, yang hidup macam orang biasa, so mesti la aku sebagai perempuan akan ada sikap ingin bergosip a.k.a mengumpat. 

Aku ada follow satu artis ni, memang aku follow ramai artis, tapi aku nak cerita yang satu ni la. Tak tahu nak ungkap dia ni apa. Maksud aku, dia bodoh sangat ke pasal Islam. Itu soalan yang terlintas.

Korang bayangkan, kalau ada event, aku tengok, pakaian model/artis non muslim cukup kain. Tapi dia? Lobang sana sini. Aku perasa  sejak dia putus dengan pakwe tatu dia tu la. Dia suka pakai pakaian yang tunjuk bawah dada ke pinggang. Kadang six pack pon nampak la. Aku jadi malu pulak tengok.

Aku ni bukan lah mak-mak sangat kan. Nabila huda seksi juga. Tapi aku boleh terima. Bila artis yang sorang ni seksi begitu. Aku jadi malu. Lagi aku heran bila, kat ig post gamba seksi, dalam masa post gamba seksi, pos juga pasal islamic. Macam kat situ, nak tunjuk la Islam tu tak kisah hang pakai macam mana. Berdakwah dalam keadaan seksi. Hurm. Bijak sangat.

Ni tadi dia ada buat statement bodoh. Walaupun dia tak tutup kepala, dia jaga hati, jaga mulut. Maksudnya dia nak kata la, dia ni walaupun seksi, dia baik. Hurm. Tula, bila terlalu nak up, nak berfashion, sampai boleh sesuka hati cakap pelik-pelik. Aku boleh terima lagi kalau dia tak buka mulut pasal agama. Ni dia terlalu kerap cerita yang ibadat dia hanya dia dan Allah je tau. Dia jadi macam ni pun sebab takdir. Bla,,bla..bla.. 

Lawak. Aku boleh kata dia ni. Bodoh. Tu je. Lama dah aku tak tulis sesuatu yang meluat macam ni. Harap maaf la kalau post macam kureng hajeerr sikit. Hahaha. Yang penting, hope dia sedar la sebelum dia berlobang baju dari atas ke bawah. Dan cakap tu takdir dia sampai dia jadi macam tu. Hahaha. Okay la. 

Bye.

Tips Mendidik Anak

Assalamualaikum.
Haahaha. Mana ada tips! Aku tipu je. Saja nak share. Arjuna dah setahun 2 bulan. Masih manja nak berjalan walaupun mampu. Ikutlah anak, dah rajin nanti. Jalan la sepuas hati okay. Mama Papa tak paksa, janji awak bahagia. 

Okay, saja la nak borak-borak kosong. Semalam pergi potong rambut, aku and Arjuna sekali. Payah nya nak cari muslimah saloon kat sini. Last skali dapat jumpa kat Jitra. Nasibla service okay. Potong pon cantik. Arjuna pon cantik rambutnya. Potong di kedai cina. Laju betul cina tu buat kerja. Zap zap siap. Arjuna?? Laju nangis. Hahaha. 

Now, anak laki aku ni alhamdulillah, makin boleh bawak diri sendiri. Bila dia bosan je dia kacau aku. Sejak Papa dia kerap outstation, dia dah faham la yang dia kena juga jaga Mama dia. Kecik-kecik kena ajar dia, dia kan abang sulung. 

Kalau dulu nak buat apa pon kene tunggu dia tidur. Masak laju-laju, makan laju-laju, berak laju-laju, mandi asal basah. Semuanya singkat la. Tapi sekarang, semua nya boleh dibuat time dia berjaga. Mandi boleh, masak boleh, berak pon dah boleh. Hahaha. Apa yang aku buat, aku setiap kali nak pergi mana, buat apa, aku akan mention kat dia. Lama-lama dia faham. 

Aku nak solat pon takda masalah. Kadang-kadang dia dok depan kita, tarik telekung kita, tepuk kepala time sujud tu, biasala. Menda macam tu, tak jadi masalah la. Dia bosan, dia pergi la main jauh-jauh. Hihi.

Siapa rasa ada anak yang mengepit je selalu, especially mak yang fully housewife kan. Cuba la cara aku ni.

⚠bagitahu anak bila nak buat apa saja. Biar anak tu faham. Selalu bercakap dengan dia, lama-lama dia akan biasa.
⚠ jangan stress bila anak nak berkepit. Layan kan je. 
⚠ bila nak buat apa-apa, bawak dia. Letak kat bawah.Masak ke, solat ke, berak jangan la. Hihi

Tu tips sikitla. Nampak macam kita ajar dia berkepit, tapi percayala. Lama-lama diorang sendiri bosan. Haha. Aku masih lagi ber eksperimen untuk menambah baik service. Hahaha. Buat masa ni, banyak improvement bila aku layan kan aja kehendak dia tapi bersyarat. Kalau dulu, aku agak baran bila 24jam anak nak berkepit. Aku lansung tak boleh buat apa. Tapi bila aku buat macam tip kat atas, kami sama-sama boleh bekerjasama. Haahha. 

Anak ni bukan nak apa pun. Asal kita bagi perhatian kat dia, okay la dia. Tips kat atas kena amalkan selalu. Sebab anak kena diingatkan selalu, baru dia faham kan. No worries la, pengalaman anak mengepit ngn kita ni bukan selalu kan. Esok dia dah besar, korang pulak bosan dia takmo kepit ngan korang da. Haaa. Baru nyesal kan tak bagi dia mengepit  dulu. Hahaha.

Okay, tu je cite bosan nak tulis. Hihi. 

Bye!

Boleh Jadi Fitnah

Assalamualaikum.
Hehe. Aku bila duduk saja, mulalah otak ni ada saja topik nak fikir. Latest topik yang terlalu kat kepala ni adalah. "Apa pekerjaanjiran kiri kanan aku?".

Dah kenapa la soalan tu keluar kan kat kepala ni. Aku pun pelik. Mungkin sebab, dah nak masuk 4 bulan disini. Jiran kiri kanan aku amat misteri. 

Belah kanan aku, sat ada dirumah, sat sampai berminggu takda kat rumah. Sekarang, hari-hari ada dirumah. Siang ada, malam sampai subuh hilang. Pagi baru nampak kereta. Orang nya tak pernah nampak dah. Hihi.

Belah kiri pulak. Makpak nye pencen la. Anak menantu pun 24 jam dirumah. Musykil. Anak laki nya 24 jam ngadap kereta, ngadap burung. Sini burung memang popular. Jiran belah-belah sana pon ada bela. Dan yang paling musykil, ada je orang datang tiap-tiap hari jumpa anak laki tu. Sat ja mai, pastu balik. Aku pun musykil sampai sekarang. Apa business dia buat?

Okay, tu je yang terlintas di otak. Jiran lain belah kanan ke kanan, kiri ke kiri sana aku tak kisah sebab diorang pergi kerja macam biasa. So, pelik tu pada jiran kiri kanan aku ni je. Hahaha. 

Okayla. Aku bukan nya kepoh ke apa ke, saja nak la juga tahu kan. Tapi selagi diorang tak kacau kami, kami okay je. Hehehe.

Wednesday, April 8, 2015

Baby Barefoot Sandal

Assalamualaikum.
Hari ini aku nak update baby produk yang baru. Baby Barefoot Pearl Sandal. 

Apa menda la baby barefoot ni?

Bigfoot ke?
Fastfood ke?

Ha, salah tekaan tu. Baby barefoot ni adalah perhiasan kaki yang comel sangat. Selalunya dibuat untuk baby girl. Ada juga dibuat untuk boy. Okay, meh jamah mata sat.

Pernah nampak kan? Comel kan? Bukan bigfoot, bukan juga fastfoot. Tapi comel macam nak makan kan. Hihi. Aku pun ada jual macam ni. Tapi bukan design kat atas la. Design lebih kurang kat atas. 
Baby Barely Pearl Sandal

Size: 5-12 bulan (mengikut kesesuai baby)

-elastic string
-Korea pearl beads
-handmade flower

Harga: RM 20.00
Postage: 
RM 6.00 (SM)
RM 8.00 (SS)

Kalau nak tengok design lain, sila lihat di instagram elmieah dengan kadar segera sebelum stok habis okay. 

Untuk tempahan: 
Whatsapp/ Message: 013 294 5264

Thursday, April 2, 2015

Baby Bib Murah Oii!!!

Asslamualaikum.
Baby bib kembali lagi.
Dengan design baru, comel dan semestinya dibuat dengan kasih sayang. Hahaha. Dah macam iklan apa daaa.
Atas ni antara design yang aku dah upload di instagram aku. Ada banyak lagi design yang available. Yang penting sekali, ia handmade, boleh digunakan kedua-dua permukaan depan belakang dan murah.


HANDMADE BABY BIB
Material: Japanese Cotton
Price: RM10.00/piece
Postage: 
RM 6.00 (SM)
RM 8.00 (SS)

Jadi tunggu apa lagi? Mai singgah instagram elmieah. Dan grab banyak mana nak. Beli borong pon boleh! Cepat sebelum habis. 

Untuk order: 
Whatapps/Mesej: 013 294 5264

Friday, March 27, 2015

Bandana bib murah

Assalamualaikum.
Meh nak buat iklan sikit ni ha. Aku ada produk nak tunjuk. 



 BANDANA BABY BIB
Material: Japanese Cotton
Design: Kedua-dua permukaan boleh digunakan
Harga: RM 10.00/ sehelai
RM 30.00/set (4 helai)

Postage: RM 6.00 (SM)
RM 8.00 (SS)

Bagi mak-mak yang ada anak meleleh air liur atau nak bergaya. Bolehlah dapatkannya. Tak rugi sebab beli sehelai tapi ada 2 design! Mana nak dapat oi. Yang penting, product adalah handmade okay! Dibuat dengan penuh kasih sayang. So, bila anak-anak pakai, diorang mesti suka. Hihi.

Jika berminat. Bolehlah mesej/whatssup kat nombor ni ye: 013 294 5264

Dijamin 100% produk yang memuaskan!

Bye...

Mencegah Anai-anai

Assalamualaikum.
Anai-anai.
Selama hidup aku nak masuk 27 tahun, aku tak pernah langsung tau rupa anai-anai tu macam mana, sehinggalah hari ini sejarah tercipta. Aku nampak anai-anai bersarang di dalam bilik nombor 2. Haiyoyo. Geli geleman aku nengoknya. Dengan bunyi krip krip dia makan. Eyyy.

Aku apa lagi! Amik bygon dan sembor. Beribu-ribu anai-anai menjadi arwah. Aku jakun sangat tengok anai-anai tu. Hahaha. So, aku tanya mak mertua aku, macam mana nak bunuh anai-anai? Dia bagi tips:

Cuka
Garam

Okay. Tu je. Campurkan, then letak dalam penyembur. Lepas tu, sembur. Mak mertua aku kata, guna kaedah ni lambat sikit la anai-anai naik semula berbanding beli penyembur kat kedai.

Keberkesanan dia aku tak tahu lagi. Sebab aku tak buat lagi. Nanti dah buat aku review okay.

Bye anai-anai.

Wednesday, March 25, 2015

Bila Suamiku Outstation

Assalamualaikum.
Sebelum nak tidur ni, saja nak bagi mengantuk. Tulis la apa nak tulis. Kisah jiran kita hold dulu, walaupun tadi boleh pulak dia memekak time malam-malam ni. Sabar jela.

Okay.
Kisahnya bila laki aku pergi kerja luar. Dalam erti kata lain outstation. Selalu dia akan pergi dalam 3 hari ke atas. Lama gila okay. Aku tak dapat jumpa dia 8 jam pon aku dah rasa nak pergi amik dia kat tempat kerja. Hahaha. So, bila dia takda, Arjuna lah yang menjadi peneman setia aku. 

Aku paling risau bila dia tak sihat. Pernah 2 kali jugak laki aku outstation, Arjuna tak sihat. Makanya, sepanjang laki aku takda, aku bersilat dengan Arjuna dekat rumah. Ada anak orang yang kalau tak sihat dia diam kan? haaaaa. Arjuna bukan begitu sifatnya. Hahahaha.Bila dia tak sihat, aku pun tak boleh pergi mana. 

Pernah kejadian dimana, laki aku outstation, then Arjuna dok cari-cari pak dia. Alaaaahai. Bangun panggil papa. Nak tidur panggil papa. Siap pergi jenguk kat tempat-tempat yang papa dia selalu duduk. Time tu memang syahdu la. Aku pon pakat nangis la bila anak pun dok rindu pak dia. Waaaaaaaa...

So, sekali tu je aku buat. Laki aku outstation Langkawi, dari hari pertama dia tinggalkan kami, Arjuna dah meragam. Dengan tak berapa sihat nya, dengan merengek pergi cari papa dia merata. So, aku dengan cekal dan tawakal, buat keputusan pagi-pagi subuh. Nak bawa anak aku rentas lautan jumpa papa dia. Haaa. Romantik tak? hahaha

First time in my life naik feri sendiri pergi ke Langkawi yang juga first time aku jejak! Bila fikir balik, gagah jugak aku jadi backpackers. Arjuna aku gendong. Beg galas. Beg tarik. Haaa. Gagah tak aku? Dalam feri aku doa banyak-banyak supaya Arjuna tak meragam. Alhamdulillah, dia tak meragam, tapi dia buat jakun. Hahahaha. Habis semua dia nak usik. Sampai brother sebelah aku pon dia kacau. Haruuu la anak teruna aku ni. Hahaha. Sesampai je destinasi, aku longlai tangan dan badan. Maka, bertemulah Arjuna dan papa nya dengan seronoknya.

So, takda la setiap kali laki aku outstion aku ikut. Kena ajar anak aku juga supaya biasakan diri. Aku pun termasuk sekali la. Ni, bila kena tinggal lagi, Arjuna Alhamdulillah, well behave. Aku pernah termenangis dekat dia bila papa dia takda. Hahahha. Mama Arjuna terlebih emo. Kot dari situ dia kesian kat mama dia agaknya, tu yang dia agak behave. Time paling syok bila tido malam, dia lekat je kat sebelah aku. Walaupun kawasan tidur dia sangaaaaaaat la luas. Aku lah yang hujung tanduk. Tapi bila tengok dia dah makin bijak menyesuaikan diri, aku syukur sangat. 

Aku harap dia boleh lah biasakan diri selalu bila pak dia kerja luar. Sebab aku pun perlukan kekuatan untuk menghadapi ketiadaan laki aku untuk beberapa hati kan. Aku yakin, semua isteri paling tak suka bila suami kena kerja luar berhari-hari. Tapi apakan daya, demi mencari rezeki untuk kami sekeluarga, aku kena redha. 

Setiap kali laki aku kena kerja luar, dia takkan lupa pesan arjuna supaya jaga aku. Hihihi. Yela, anak laki kan, kenalah jaga mama, walaupun realitinyaaku yang jaga dia. Yela, kecik-kecik ni la kena ajar. Anak lelaki kan tanggungjawab kat mak lagi utama. Apa yang laki aku buat kat mak dia, macam tu la kami nak dia jadi bila besar nanti. Apa-apa pon, mak nombor 1. 

Ok, cukup cerita merapu tentang outstation. Share gambar bosan kami bila tiada papa disisi. 



okay. Bye!

Wednesday, March 18, 2015

Jiran Yang Baik Hati

Jiran.
Lagi-lagi cerita pasal jiran.
Muak kan?
Aku yang menghadapi ni lagi muak. Sangat muak. Sampai rasa meluat dan hilang minat dengan apa yang jiran ni buat. 

Jiran belah kiri aku ni, aku dah hilang minat nak marah. Hilang segala nya. Nampak tak betapa aku malas da nak amik kisah pasal kebebalan jiran ni. Bising. Bising sangat! 

Yang aku peliknya, 24 jam dia repair kereta dia. Bukan kereta rosak terbengkalai. Ini kereta yang dia bawak hari-hari. Aku tak tahu la apa yang dia repair. Dari pagi sampai malam. Malam sampai pagi. Life dia mengadap bonet enjin kereta dia. 

Yang penting, muzik kuat-kuat tu wajib. Sebelum ni aku syak diorang ni duduk dalam hutan la. Aku yakin. Sebab diorang takda perasaan langsung bila buat bising macam tu. Kereta da sedia mengaum. Bunyi kereta dia dari ujung dunia pon boleh dengar. Habis macho la kot kan. Hihi

Aku sekarang kesian kat jiran ni je. Kesian dia takda life lain. Memang la dia suka. Tapj kesian la sebab dia sia-sia kan hidup dia untuk kereta yang tak bagi apa pon kat dia. Kesian dia sebab hari-hari orang kata tak baik kat dia. Kesian dia sebab dia buangkan waktu muda dia buat satu perkara ni je. Sampai kadang-kadang aku perasan, solat jumaat pon buat-buat tak perasan. Kesian kat dia kan.

Aku sampai naik meluat la dengan perangai dia. Aku harap lah dia dapat petunjuk. Tak pun aku doakan dia dapat zuriat cepat. Semoga kalau ada zuriat tu nanti, dia boleh berubah. 

Monday, March 16, 2015

Sakitnya Tuh Disini -Cita Citata

Assalamualaikum.
Siapa tak pernah dengar tajuk kat atas? Mesti korang menipu. Hahaha. 

Aku pernah dengar tajuk. Pernah dengar orang cerita pasal lagu ni. Tapi tak pernah dengar lagu nya. Baru-baru ni la laki aku seronok sungguh la pasang lagu ni. Sampai anak teruna aku pon terjebak sekali. Amboooiii. Tau la pompuan tu lagi lawa dari mama! Hahaha. 
Layan la ye lagu ni. Syok jugak. Takda la meluat sangat lagu dia. Boleh layan laaa. hihihi. 

Sekian.

Tuesday, March 10, 2015

Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum.
Tengah duduk-duduk menantikan orang service Coway datang, aku pun layan la facebook. Sementara anak pun tengah tidur. Time ni la pun nak goyang kaki kejap. Hihi. Dalam syok layan facebook, nampak la kawan-kawan yang post pasal baru bersalin. Dan-dan tu juga la aku teringat time bersalin aku dulu.

Aku kan masuk wad awal. 33 minngu da masuk. Air ketuban pecah. Aku taknak la cerita pasal ketuban pecah tu. Aku just teringat pasal contraction. Aku takkan lupa sampai bila-bila pasal tu. Sakitnya tu, Allah je yang tahu. 

Bila siang ada juga mak metua and laki aku datang lawat. Ok la boleh cool down sikit sakit. Bila malam, duduk sorang-sorang, Allahuakhbar. Rasa tak terperi. Aku solat pon duduk. Dah tak larat nak bongkok badan bagai. Bila contraction, jem satu badan aku rasa. 2 malam aku nangis senyap-senyap. Hahaha.

Malam finaL sebelum esok petang nya nak beranak, aku call laki aku mintak tips. Sakit melampau sampai nak putus nafas tau. Lastly, laki aku bagitahu, cuba baca Fatihah 100 kali. Aku gigih la baca, hihi. Alhamdulillah. Tidur aku lena malam tu. 

Esok nya,  contraction yang terakhir sebelum keluarnya Arjuna Abid. Selepas keluarkan dia, hilanglah segala sakit bagai. PUAS. hahaha. Okay. Itu je nak cerita, just teringat pasal sakit contraction. Sakit itu indah...

Sunday, March 8, 2015

Harun Salim Bachik meninggal dunia

Assalamualaikum.
Petang tadi duk layan Arjuna tidur atas katil. Lepas tu bosan-bosan layan la FB. Last-last, tengok satu berita yang buat aku tekejut. 

Harun Salim Bachik meninggal dunia.

Tekejut aku. Sebab apa aku tekejut pon aku tak tahu. Meninggal di R&R Bukit Merah. Aku baru lalu semalam. Kalau dah ajal, dimana saja ia boleh berlaku. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. 

Perginya seorang lagi penghibur tanah air kita. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Insyaallah. Amin.

Alfatihah.

Friday, March 6, 2015

Janji Allah Tu Pasti

Assalamualaikum.
Solat Jumaat dah ke wahai kaum adam? 

Esok dah nak balik Kuala Kedah. Bermula lah semula kisah kami keluarga kecil. Hihi.

Bila duduk-duduk saja macam ni, tiba-tiba teringat tentang satu kejadian ni. Tajuk utama dia, KERJA. 

Ada makcik sorang ni, dia tiba-tiba tanya,
'Taknak kerja ke'?

Aku jawab lah. 
'Nak, tunggu la nanti. Bagi Arjuna besar sikit.'

Makcik tu pun cakap lagi.
'Bila'??
'anak kamu pun dah besar, bila lagi nak kerja, rugilah belajar tinggi-tinggi taknak kerja.'

Aku senyum.

'Kerja! Kamu kena kerja. Nanti jadi apa-apa kemudian hari. Macamana"?

Time tu, aku nampak makcik tu, aku jadi menyampah. Siapa dia nak cakap macam-macam kat aku. Aku tak pernah sekali pun usik duit dia. Apatah lagi kacau anak-anak dia. Dia bising kat anak orang lain, padahal anak dia pon dia tak 'ajar' betul-betul. 

Aku bersyukur, walaupun aku macam ni, tak kerja, at least aku ada adab, ada budi bahasa sikit bila begaul dengan orang. Macam makcik, belajar tinggi-tinggi, kerja hebat, tapi kalau anak-anak makcik pon makcik tak reti nak jaga, makcik takda hak nak bising kat aku.

Aku memang la dah lali bila orang tanya pasal kerja ni. Tapi tula, aku tiba-tiba jadi sensitif bila makcik ni tegur aku. Teguran dia agak kasar. Aku pun tak ingat la ayat dia 100%. Sebab aku tak suka nak ingat.

Tula susah bila kaya, kerja tinggi, hidup nak berlagak. Lupa pandang bawah. Asyik nampak nak kerja kekayaan dunia je. Usia dah meningkat. Cuba ubah diri sendiri dulu dari sibuk amik tahu perihal anak orang lain.

Sebelum nak sibuk hal anak orang lain, elok kan dulu family sendiri. Makan pakai suami pon tak terjaga. Anak-anak apatah lagi. Aku mampu senyum sinis je bila dia banyak sangat cakap pasal ruginya tak bekerja!

Makcik. Walaupun aku ni tak kerja hebat macam makcik. Tapi insyaallah, kerja aku sebagai surirumahtangga ni hebat di mata Allah. At least aku berpeluang jaga makan pakai suami dan anak aku. Aku bersyukur walaupun sekarang kerja aku hanya membantu suami aku menjaga rumahtangga. 

Bila aku akan bekerja cari duit/makan gaji? Tunggula. Allah je ada jawapan tu. Pergilah tanya Allah ye makcik.

Nasihat aku, jangan la menghina sangat orang yang tak bekerja ni. Janganlah ingat awak kerja bagus, awak ada hak nak komen macam-macam. Ingat. Kalau buat apa-apa tu, bawak cermin. Cerminkan diro diri sebelum komen macam-macam.

Kalau adik beradik aku yang tanya pasal menda ni aku tak kisah. Lagi-lagi mak pak aku, lagi aku tak kisah. Tapi bila orang luar masuk campur hal rezeki ni, aku akan automatik blacklist dia. Hahaha.

INGAT!!! rezeki Allah ada dimana-mana.


Suamiku Encik Perfect 10!

Assalamualaikum.
Siapa dah tengok cerita ni?
Best ke cerita ni?
Syok ke cerita ni?

Haaa.. aku balik Putrajaya, Mak Metua aku dok racun aku suruh langgan Astro Shaw. Aku gelak je la kan. Sebab dia kata anak sedara dia tengok kat wayang, then katanya sedap cerita ni. Hihi. Aku pon dengan baik hati, langgan la cerita ni. 

Astro Shaw - channel 486
Harga - RM 15.00 + 6% tax
Duration - 2 hari

Okay la tu kan. Bukan aku yang bayar nanti. Hahaha. Aku jalankan tugas aku untuk melanggan je. Better la dar bayar RM 10.00 untuk sekali tengok kat wayang. Hihi.

Pada pandangan aku, cerita ni tak boleh la bagi 10 star. 5 star pon tak dapat kot. Cerita dia ringan sangat. Boleh tahu apa jadi. Cerita ni adaptasi novel jugak ke?? Aku bukan kaki novel, so aku tak tahu la kan. Hihi.

Okay la cerita dia, sweet-sweet gitu. Tak berat tak ringan. Haaa, hebat tak aku timbang? haha. Apa yang syok nya bila tok mak (normah damanhuri) dan ibu ( jasmin hamid) cakap utara. Itu yang buat cerita ni layan. Hihi.

Part lawak bagi aku, part yang baju dalam besi dan tak besi. Pada aku part tu betol-betol buat aku geli segala. Lawak okay.
Part sedih tu banyak la. Cuma takda la aku nangis beria. Sekadar touching-touching tu ada la. Hihi.

So, pada sesiapa yang nak tengok, recommended la. Cerita okay, tak la rasa teruk pon. Yang penting, ada Aaron Aziz sama Lisa Surihani oiii. Hihi.

Hati separuh-separuh

Assalamualaikum.
Hati aku sekarang bukan nya seronok sangat sebenarnya. Rasa sebu je. Haaa. Macam perut sebu tu. Macam tu la rasa dia. 

Aku sekarang ada kat KL. Minggu lepas balik Raub. Lepak la dengan parents aku. Aktiviti biasa balik kampung adalah, mengumpat meluah perasaan kat mak. Banyak la cerita, almaklumla, simpan sebulan punya cerita. Hambur semua sekali. Hihihi. 

Aku anak bongsu. Perkara biasa la kan ank bongsu manja mak lebih sikit. Biarpun tak selalu contact, tapi aku harap mak faham situasi kehidupan aku. Hihihi. Aku ngan Apak(ayah) aku bukan tak rapat, cuma biasalah. Ayah ni ada ego dia sikit kan. Hihihi. So, aku lagi selesa la bercerita ngan mak. Cerita kat Apak cerita yang dia tanya je. Yang lain tak cerita. Hahaha. Bukan apa, tak baik terjebakkan apak ngan gosip. Tak sesuai. Hahaha.

Okay, beralih ke perkara hati aku yang sebu. Apak aku sekarang kerap tak berapa sihat. Aku ni bila tengok dia macam penat, macam tak bermaya, muka kadang nampak tak happy, dada aku jadi sebak. Tapi aku tahan je. Mak aku cerita, banyak kali dah Apak semput, nak pensan bagai. Allahu. Anak mana yang tak terdetik kan bila tau Apak macam tu. 

Lagi aku rasa sebak bila nak balik hari tu, muka Apak lain sangat. Dia macam sedih je kami nak balik. Bukan tak sedih selama ni kami balik, cuma yang ni lain. Nampak la sedih campur tahan sakit. Allahu. 

Aku kat sini tak berapa senang duduk. Dengan Arjuna makin aktif nak berjalan. Dalam penat aku layan Arjuna, otak masih nampak Apak. 

Aku harap sangat Apak sentiasa dilindungi Allah dan diberi kesihatan yang baik. Hati aku Allah je tau. Semoga segalanya okay saja. 

Wednesday, March 4, 2015

Motherhood Journey

Assalamualaikum.
Amik masa sikit. Sesak nafas. Mintak nyawa. Hahaahha. Over sangat haih. Orang lain pon ada anak juga, macam la aku sorang je kan. Hihi.

Arjuna Abid. 
Fuhh. Berpeluh dahi ketiak semua bila fikir pasal dia. Hahaha. Baru kita tahu betapa aktifnya budak-budak bila masuk fasa nak berjalan ni. Allahu. Aku layan anak 24 jam. Sendiri. So, bila macam tu, kita tahu la macam mana perangai dia, apa yang dia suka apa yang dia tak suka and macam-macam lagi. 

Bila rumah sendiri, dia behave sikit. Sebab mama dia duduk dengan dia je. Takda orang lain. Tapi bila dia balik rumah tok dia, rumah embah dia, Masyaallah. Kentut pon aku tak sempat lepas. Hahaha.

Kadang-kadang hilang juga pedoman ni. Banyak kali juga nak angkat tangan kat dia. Tapi bila fikir balik, istifar dalam hati. Astarafirullah. 

Pengalaman menjaga anak sendiri ni memang syok. Banyak menda yang aku belajar. Sifat sabar la banyak aku tanam kat dalam diri ni. Aku bukan orang yang penyabar sangat. Tapi bila dah ada anak, Allah bagi dugaan anak aktif macam ni. So, automatik la sifat sabar tu jadi tebal sedikit demi sedikit. Semoga aku maki sabr mengharungi detik pembesaran anak aku ni. Insyaallah. 


Tuesday, February 24, 2015

Caca Marba Blog's: Mama sepenuh masa

Caca Marba Blog's: Mama sepenuh masa: Assalamualaikum. Tajuk macam tajuk lagu. Hahaha. Saja nak share pengalaman sikit bila jadi mak-mak ni. Bila difikirkan balik, penat betul ...

Caca Marba Blog's: Jiran Membawa Berkat

Caca Marba Blog's: Jiran Membawa Berkat: Assalamualaikum. Petang yang agak redup. Tak berapa panas macam semalam. Hopefully redup tu lama lah. Hihi. Jiran. Jiran ni orang yang d...

Jiran Membawa Berkat

Assalamualaikum.
Petang yang agak redup. Tak berapa panas macam semalam. Hopefully redup tu lama lah. Hihi.

Jiran.
Jiran ni orang yang duduk berdekatan dengan rumah kita. Tak kiralah sebelah kanan, kiri, atas, bawah, belakang atau depan. Semua tu boleh dikategorikan sebagai jiran.

Masa mula-mula pindah sini, aku sangat mendapat kejutan budaya. Kejutan sungguh. Hahaahah. Almaklumlah. Bila bertahun duduk Putrajaya, aku jadi awkward dengan persekitaran yang bising.

Jiran aku kiri dan kanan. Kiri suka buat bising, kanan kadan-kadang suka gaduh laki bini. Fuhh.

Bayangkan, sepanjang bulan January hari tu, jiran belah kiri aku ni memanjang bising. Tak kira lah siang malam pagi ataupun petang. Pattern modifide kereta ni. Kejap dia vroomm sana, kejap vroom sini. Buka muzik kuat-kuat macam nak pecah jantung. Arjuna nak tidur pon tak boleh. Tidur kejap bangun kejap bangun. Aku memang memaki je la dalam hati. Hahaha.

Jiran kanan baru lagi pindah. Tapi masa bulan January, jiran aku ada 3 orang anak lelaki. Lelaki kan, sangat-sangat lasak la jadinya. Kejap jerit sana, kejap menangis sini. Fuhh. Jiran baru ni, laki bini. Baru-baru ni dengar dia bergaduh laki bini. Hahahah. First time wooiii ada pengalaman dengar laki bini bergaduh tanpa segan silu. Jerit macam histeria. Haahah. Paling kepoh laki aku la. Siap duduk kat pintu sebab nak dengar. Hahahaha. Tapi takpela, lantak la laki bini ni nak bergaduh pon, janji jangan kacau kami anak beranak. Hihi.

Sejak dua menjak ni, jiran kiri macam dah behave sikit. Agaknya dia dapat hidayah kot. Yela, aku sambil memaki dalam hati, aku berdoa gak supaya jiran aku ni berubah dan menghormati jiran lain. Hihi. 

Baru dua bulan duduk sini, banyak lagi pengalaman yang aku bakal tempuh. Aku dah makin boleh biasakan diri dengan negeri kedah ni. Insyaallah makin terbiasa la lepas ni. Arjuna pon dah back to normal. Alhamdulillah. 

Itu saja cerita jiran kiri kanan aku. Hopefully mereka bertambah baik dan baik la lepas ni supaya aku yang duduk tengah-tengah ni boleh hidup dengan aman dan damai.

Bye.

Monday, February 23, 2015

Mama sepenuh masa

Assalamualaikum.
Tajuk macam tajuk lagu. Hahaha.
Saja nak share pengalaman sikit bila jadi mak-mak ni. Bila difikirkan balik, penat betul rupanya jadi mak sepenuh masa ni. Hihihi. Bukan merungut. Just nak cerita. Sekarang baru kita tahu betapa payah nya bila kita dah berumahtangga dan mempunyai keluarga sendiri. Fuuhhh (lap peluh)

Anak baru sorang. Baru umur setahun lebih. Tapi penat nye hanya Allah yang tahu. Rutin aku tak berhenti 24 jam. Haaa. Nampak tak hyperbola tu? 

Makin anak nak membesar, makin aktif dan lasak dia. Kalau dulu lepas maghrib confirm dia dah amik tempat kat katil untuk tidur. Now pukul 9 or 10 baru nak lelap. 

Bayangkan. Hidup aku sekarang ni segalanya untuk Arjuna. Hahahaha. Sikit je untuk laki aku. Hahahaha. Takpa-takpa, akan di adjust. 

Bangun pagi, masak nasik untuk Arjuna. Pukul 9 dia breakfast dah. Lepas tu layan dia tengok tv. Main-main, sepah-sepahkan rumah. Lepas tu mandi. Lepas mandi, menyusu main-main sekejap sambil layan rythem, mamai-mamai, dalam pukul 12 ke 1 dia tidur. 2 3 jam dia tidur. Time tu lah aku kejar nak kemas balik umah untuk kali yang ke seribu, nak kemas bilik, nak siapkan bahan masak untuk laki aku, nak basuh baju, nak breakfast sikit mana yang dan. Hahahaa.

Penat. Memang penat. Ada time dia boleh booo layan je aku. Aku ada ke takda ke, dia tak heran. Ada time, dia nak aku bekepit ngan dia layan rythem dia, nak main ngan dia, nak memanjat ngan dia, nak macam-macam la. Aku masak, dia pon sibuk ikut pergi dapur gak. Dia megemas la dapur tu sampai tak nampak rupa dapur. Aku redha. Hahahaha.

Now, dia dah masuk setahun ni, aku nampak dia makin manja. Itu lah akibat kalau mak nya tak kerja. Hahaaha. Aku boleh buat kerja rumah, tapi dengan syarat, dia nampak aku. Kalau tak, dia mengamuk. Pak dia pulak, memang dia boo layan je kalau ada depan mata, bajet cara macho lelaki bergaul dengan lelaki la konon. Tapi bila pak dia outstation, dia lah paling haru biru, tiap masa cari pak dia. Fuuhh.

Tekanan. Kalau tidur atas katil, awal-awal tidur tu, pantang tengok mak pak dia dok sebelah-sebelah. Adalah budak menyelit kat tengah. Hahahaha. Kecik-kecik dah reti tamak kasih sayang. Hahaha. Redha jela dia tidur tengah-tengah. Tapi kejap je la. Lepas tu kami angkat dia kat tempat asal. Hahaha. 

Arjuna ni rutin dia masih macam baby kecik. Malam-malam still bangun menyusu 3 jam sekali. So, rutin aku ni tidur pon ala kadar jela. Bukan laki aku tak tolong, cuma laki kalau tidur korang tau la kan. Bom meletup kat telinga pon tak heran. Hahaha. 

Banyak pula menda mnegarut aku tulis. Saja nak share. Lama tak mengarut kan. Walaupun penat tahap patah tulang temulang, aku still enjoy jadi mama kepada budak Arjuna ni. Budak laki, lasak dan sangat aktif. Aku lepas ni nak cari supplement bantu bagi aku kurang penat. Hihi. Okay la. 

Bye.