Friday, November 21, 2014

Arjuna Beta

Assalamualaikum.

Arjuna Abid Bin Muhammad Ikhwan. Nama yang diberikan kepada anak lelaki kami. Nama Arjuna ni memang dah lama ada dalam kotak kepala aku and suami aku. Kami memang nak nama klasik /jawa /melayu /lama untuk anak-anak kami. Bukan ikut trend ke apa ke, cuma suami aku ni orang nya, minat kepada kemelayuan dan sejarah apa bagai. Haaa, ajaib kan. Hahahah. So, memang nama klasik nak dibubuh. 

Kalau ikutkan kami laki bini, memang nak letak Arjuna je, tapi kami banyak juga pikir sekeliling, iaitu family la kan. Mesti banyak persoalan kalau kami letak nama Arjuna je, so kami decide tambah la kasi satu lagi nama, iaitu Abid.

Permulaan cari nama anak kami ni sangat la susah. Carilah nama, google bagai nama klasik untuk lelaki. Susahnya la. Nama Kumbang ada, Adika ada, Jebat ada, Tuah ada, Adi ada. Macam-macam la. Sakit kepala juga nak pikir. Lama juga la kami laki bini nak buat keputusan. Lastly, both setuju ambil nama Arjuna. Maksud pahlawan tu yang diinginkan. Supaya menjadi 'pahlawan' yang mampu berbakti kepada semua. 

Then second name pula nak kena cari, payah tetap payah. Yela, nama ni nak kena baik-baik maksud dia. Nak nama yang mampu dibawa oleh anak ini. Belek kamus, belek google, belek segala. Pangkal A juga kami nak cari. Cari punya cari Abid yang kami berkenan. Abid, orang yang beribadah. Insyaallah, nama nya memberi dorongan yang baik untuk anak kami supaya selalu beribadah kepadaNYA.

Kalau ikutkan kami, nak satu nama je. Lepas tu kami pikirkan orang keliling, kami bagi lah dua nama. Then bila difikirkan orang-orang tua kami, kami pon letak la tiga nama, iaitu Muhammad Arjuna Abid. Hahahaha. Lepas letak nama tu, kami rujuk kepada ustaz yang pakar, bila dirujuk, kami buang nama awal itu. Kerana apa, biarlah ia menjadi rahsia kami. 

Kalau ikutkan, nama ni ditentang oleh family in law aku. Yela, nama Arjuna ni kan kontroversi. Menyerupai nama salah satu agama tu kan. Tapi kami tekad dengan nama ni dan kami slow talk cerita apa maksud nama Arjuna Abid ni. Alhamdulillah, nama itu diterima. 

Dalam dunia ni banyak bahasa. Nama Arjuna memang kami ambil dari Bahasa Melayu. Bukan dari bahasa lain. Contohnya macam nama Cahaya. Kalau bahasa melayunya bermaksud bersinar terang/cantik. Kan? Tak semestinya perlu diletakkan nama dalam bahasa Arab semata-semata. Tolong jangan pertikaikan pasal letakkan nama dalam bahasa arab yang aku katakan, sebab aku ada sebab sendiri kenapa aku cakap macam ni, cuma aku tak minat nak huraikan panjang-panjang, takut ada ustaz/ustazah jadian yang sound. Hhihi. 

So, kita sebagai mak bapak ni, memang akan usaha yang terbaik untuk beri nama anak. Beri nama yang elok, dan berharap menjadi doa bila dipanggil. Sebab itu aku suka panggil nama penuh anak aku. Seorang pahlawan yang beribadah. Lebih kurang macam tu la maksudnya. Hihi. Tapi kadang-kadang panggil juga nama Juna. Juna pun ada maksudnya juga. Oksigen/udara, yang memberi kami nafas. Ffuuhhh.hahahha.

Lagi satu, mak metua aku pernah kata,nama anak ni memang dah tertulis macam ni, sebab tu la kami laki bini dapat ilham nama ni. Allah maha kuasa, Arjuna Abid dilahirkan tak cukup bulan. Tapi alhamdulillah, dia survive. Hari pertama dah boleh tanggalkan ventilator mechine. Nampak tak ke 'Arjuna' an tu? Hahaha. Nama Arjuna tu kira simbolik la bila dia struggle duduk dalam NICU tu.

Panjangkan ceritanya. So, jangan la di pertikaikan mak bapak yang bagi nama pelik-pelik kat anak. Diorang tu mak bapak, takkan la nak bagi yang buruk kat anak kan, mesti nak yang terbaik. Nama Latin ke, nama Vietnam ke, nama India ke, semua ada maksudnya tersendiri. Betul tak? So, kepada yang diluar sana, semoga berfikiran positif dalam hal-hal seperti ini. 

Sekian.

Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum.


Malas amik kisah dah pasal post entry lambat ke cepat ke, hihihi. Susah nau nak cari masa. Masa tu ada, tapi bila ada masa, tak terasa la pulak nak buka blog. Macam-macam laaaaaa perangai.

So, aku just short cut la cerita part beranak ni. Tapi part beranak ni la yang seronok sekali nak cerita. Sebab nya, disinilah bermula kisah yang pelbagai emosi.

Time kandungan aku 33 week aku ditimpa tragedi. Haaa, tak kusangka tragedi ini berlaku pada aku yang tak tahu apa-apa ni. 

Pagi lepas solat subuh, aku perasan yang aku macam terkencing dalam seluar. Aku pon anggap biasa je la sebab memang bila pregnant and dah masuk trimester ketiga, terkencing/nak terkencing kerap tu memang menjadi teman. So, aku buat-buat biasa je la.  Dalam laki aku dok siap-siap nak pergi kerja, peristiwa terkencing tu kerap pulak. Tak payah susah-susah terasa nak terkencing, dia terkencing sendiri. Hahaha. Ayat macam tak bertamadun kan. Hahaha. Aku pon bagitahu la laki aku pasal ni. Dia pon pikir yang perkara sama macam aku pikir.

Last-last aku tanya kakak-kakak aku. Habis semua orang aku tanya. Untung ramai kakak termasuk kakak ipar sekali tau. Hahaha. Bila cerita keadaan aku, diorang kata, itu mungkin AIR KETUBAN. First time tau tu agak cuak la. Ingat baby akan bahaya bila keluar awal-awal ni. Last-last depa suruh relax, pergi klinik/ hospital. Pergi cek. So, aku pon cool la. Aku tanya gak kawan aku yang doktor ni, dia kata kalau ikotkan cerita, ia memang air ketuban. To make sure, just pack barang keperluan, pergi mandi, get ready pergi klinik/hospital, pergi cek. Kalau ketuban, time tu juga aku kena duduk ward. Aku pon okay saja. Time ni perasaan aku biasa je. Takda pikir apa pon.

Aku siap kata kat laki aku, stanby la telefon tu. Anytime aku akan call. Aku suruh dia pergi kerja dulu, sebab nak tengok air ni keluar lagi atau dia stop. Finally, air still mengalir macam sungai. Nak tak nak, aku pack barang, capai buku merah, pack baju baby and semua yang patut. Capai telefon, call laki aku, dan vrrooommm ke klinik. 

Sesampai klinik, cek punya cek, dia suruh pergi hospital. Buat full checkup. 

Hospital Putrajaya. Siapa yang tahu, bila da pergi sini, parking dia Allah je tau. Hihi. Payah nau. Semua satu Malaysia memang suka datang cek kat sini ke? Hahaha. Datang-datang terus pergi Dewan Bersalin punya bangunan. Register bagai, then aku di check oleh doktor. Check punya check, sahih la ia nya air ketuban. Selamat Menginap di Hospital Putrajaya wahai Puan Elmieah.

Sebelum dibagi katil, aku diberi suntikan bagi mematangkan paru-paru baby. Sakit dicucuk tu Allah je tahu. Siapa yang pernah kena cucuk ni, dia faham sakit tu tahap mana.  Air ketuban aku banyak sangat yang leaking, tinggal beberapa percent je dalam kantung ni. Dan aku pon bermula la risau. Bercampur baur. Nampak anak je dalam otak ni. Okay tak dia, cukup oksigen tak dia, macam-macam aku pikir. Memang menitik juga la air mata sementara tunggu nak dibawa kat wad. Fuhh fuuhh... control macho. Siap check, pergi mengadap laki aku, buat-buat cool. Hihihi.

Sepanjang 5 hari aku duduk hospital, kerja aku adalah, melayan CTG Scan nak check keadaan baby dalam perut. Pagi petang siang malam perut ni kena cek. Aku dikira special kes juga la kat sini. Hihi.. alhamdulillah, wad aku selesa and segalanya elok. Putrajaya kan. Sebab tu ramai yg pilih nak pergi hospital sini. Aku selama 5 hari tu, aku sangat la moody. Bukan apa, actually aku kalau ikutkan boleh je diberanakkan sebab air ketuban agak kurang memberangsangkan. Tetapi disebab kan ventilator mechine takda, and baby tak mempunyai berat yang memberangsangkan, aku tak boleh keluarkan baby. Hari-hari aku harap dipermudahkan, maka nya pada hari ketiga aku mula contraction. Selang sejam sekali. Baru la aku tau rasa contraction tu macam mana. Besar betul pengorbanan mak-mak kat luar sana nak beranak. 

3 hari aku layan contraction. Ko bayangkan la betapa aku berjerawat nya sebab hari-hari mengadap kesakitan. Second day, setengah jam sekali and the last day 5 minit sekali dan kemuncaknya sampai seminit sekali. Tak sempat aku nak amik napas. Hahahaha.

Hari yang last tu, petang-petang mak metua aku datang jenguk, aku sikit pon tak layan. Nampak tak sakit dia macam mana? Aku mampu tahan sakit. Kejang je badan. Sakit dia, Allah je tau. Mak metua aku kesian tengok aku teruk sangat, dia mintak doktor cek. 

Petang tu aku tiba-tiba ada energy makan petang. Hidangan ayam tomyam dan nasi putih. Makan sampai licin. Selera ada sungguh time tu. Time makan, aku rasa ada sesuatu keluar dari bawah. Lepas makan doktor datang cek, sebab aku sakit sangat kan. Check punya check, 4cm. Selamba. Hahahaha. Aku call laki aku yang baru balik tu suruh datang. Masa dah tiba. 

Time ni aku mampu berdoa, doa dan doa. Sakit tetap sakit.

Laki aku datang lepas maghrib. Aku sakit tahap megucap je mampu. Laki aku pon just bagi kata semangat la. Sebab dia pon tak tahu nak buat apa kan. Aku still duduk wad tunggu labour room get ready. Last-last datang makcik cleaner dia tengok aku teruk sangat, hahahah. Dia cakap kat laki aku, pergi panggil doktor, dah teruk sangat tu. Hahahaha. Punya la kami laki bini blur. Nurse sampai, cek bukaan aku, BAM!!! Melompat nurse-nurse semua. 10cm!!! Laju-laju la lock katil aku di unlock, nurse-nurse buat drift tolak aku ke labour room. Kalau aku tak sakit time tu mesti aku gelak.hahaha. Time tu aku da rasa macam nak buang air besar tu. Time tu baru la aku faham maksud kakak-kakak aku yang kata kalau nak beranak rasa dia macam nak memerut. Hahaha. Sambil drift, nurse suruh aku tahan dulu, jangan teran. Aku time tu hanya boleh kata, tak tahannnn. Hahahaha. Lawak sangat lawak. Bila ingat balik, memang drama.

Sesampai di labour room. Dalam 5 kali push. Keluarlah hamba Allah. Lelaki. Menangis. Disambut azan Isyak. Alhamdulillah. 

34 week. Aku lahirkan anak lelaki aku. Berat 1.8kg. 10 hari duduk dekat NICU. Sihat tubuh badan. Cuma kecil je badan nya. Aku syukur. Selamat Datang Arjuna Abid Bin Muhammad Ikhwan.