Friday, January 25, 2013

Corat-coret

  1. Masih dilema sampai bangun tidur baru perasan, selama tidur malam tadi, dahi dok berkerut.. hurmm.
  2. Menyampah dengan sorang girl ni, bercakap tentang agama, jaga aurat sana, jaga aurat sini, tup-tup, dia upload gambar separoh bugil. Apa kes?
  3. Masih meminta nasihat sekeliling berkenaan kerjaya yang patut di ambil. 
  4. Masih mengumpul advice-advice dari yang pakar bagi menyelesaikan permasalahan diri yang masih dibelenggu dilemaaaaa. hehehe
  5. Semoga segala nya berjalana lancar dan harap ada petunjuk dalam masa terdekat, dan tidak ada orang sekeliling yang push..=)
Salam Jumaat !

Thursday, January 24, 2013

Kegatalan Melanda

Sejak seminggu dua ni.. Aku dilanda satu penyakit, iaitu penyakit gatal! Bukan gatal yang menggatal dengan lelaki tu, tu ada jugaaaaaa.. tapi sikit laa =p , tapi ni gatal badan. Apa yang aku nampak, office aku kalau tempat gelap ada nyamuk, dia cari aku gak untuk digigit. Then baru-baru ni, air-cond office macam baru diservice, sebab nya suhu mengalahkan London! Hahahaha.. 

Aku sangat sensitif dengan sejuk. Sejuk yang sangat-sangat. Sebab nya, aku tak sure la kan. Yang pasti, aku tak boleh sejuk sangat. Kalau tak, tangan aku akan naik gegata. Last-last sejuk melampau-lampau sangat, aku pon garu lah tangan aku dengan bersungguh-sungguh sampai tak sedar diri! At the end.. tangan aku membengkak dengan berjayanya tanpa segan silu.
Nampak??? Kembang tangan aku!! Kamera tak mahal. Kalau tak, korang boleh nampak banyak gerutu yang bengkak-bengkak dan sakit nye yang amattt. Hehehe.. Nampak cincin tu? Kat situ je mampu di letakkan. Sebab bengkak jari over sangat.

Kawan aku kata, kejap je bengkak tu.. takda apa nya, paling kurang pon, 2 3 jam je.. Haaaa. aku pon percaya lah cakap dia. Last-last, sampai sudah tak surut-surut. Disebab kan aku terlalu tak tahan tangan untuk menggaru, malamnya aku pergilah ke farmasi membeli ubat gatal. Dah tak mampu beli ubat sapu. Baik beli yang makan je, baru la saksama dalam badan kan. 

Alhamdulillah, lepas makan ubat.. semuanya okay. So, ubat tu akan berada di tangan aku 24 jam. Sebab sangat mujarab. No more gatal in me!! Gatal lain boooleeyy (^_^).

Dalam Dilema

Salam Maulidur Rasul kepada semua!!
Semua tengah cuti ke??
Ada yang kerja jugak kan.. (^_^)

Okey la, Semalam aku pergi attend satu interview  ni. Alhamdulillah, rezeki pertama di tahun baru. Tetapi.. itu laah. Position yang di offer, sangat-sangat membuat aku dalam dilema... Hurmm..

Cikgu, Pengajar, Guru, Pensyarah, Tutor...

Antara position yang aku tak pernah terfikir untuk apply. Tapi ada insan mulia yang offer aku jawatan tutor di sebuah kolej. Aku jadi serba salah. Serba salah bukan apa, bukan sebab susah mengajar atau apa, cuma aku jadi tak yakin, aku mampu ke mendidik?? Aku mampu ke deliver sesuatu yang berilmu kepada anak didik aku nanti? Aku tak punyai sifat-sifat pendidik lansung. Dan menjadi pengajar ni adalah last choice aku dalam hidup ni tau. Itu pun selepas semua kerja dalam dunia ni dah tak sesuai dengan aku. Baru aku amik...

Tapi tu la, aku tengok, insan yang offer tu, macam mengharap aku menjadi salah satu team diorang. Hurm.. Ya Tuhan.. Sempena Maulidur Rasul ni, aku harap, aku dapat la petunjuk. Aku sangat dalam dilema. Sangat-sangat.!

Wednesday, January 16, 2013

Berhabuk dah!

Asslamualaikum.. 
Lama sungguh la tak menaip kat sini. Punya la bajet banyak kerja di pejabat yang aman damai ni kan.. =p .. So, petang-petang macam ni, takda apa pon nak di ceritakan. Sakit kepala ada lah kan. Tapi apakan daya, kena la kerja kan. Kalau tak, siapa la nak suap aku makanan kan. Sugar daddy takda. Kena la suap sendiri (^_^)Y ...
  Super duper tired today..kkrroooghhhh  

Wednesday, January 2, 2013

2013

Haii.. Selamat Tahun 2013 semua. Dah dua hari dah masuk tahun baru. Tahun baru semalam buat apa? Aku nasibla ada family gathering, so terisi la sikit waktu cuti aku kan. So, harapan tahun 2013 adalah:
Mencari kerja yang betul-betul dapat menampung kehidupan harian..
Getting Married!!
Haaaa.. tu je impian tahun ni. Nak banyak-banyak tak mampu. Tak terkejar orang kata. Alhamdulillah, impian tahun 2012 banyak yang terlaksana. So, tahun ni diharap terlaksanalah kedua nya (^_^)..

*psstt.. pakcik stalker tu mesti tak penat nak cari cerita kami kan... hikhikhik..