Friday, December 21, 2012

Pregnant?

Alkisah..
Sejak dua menjak ni, aku kerap mimpi aku mengandung..
Apa maknanya?

Tengahari tadi time lunch, aku pon luahkan lah cerita aku pada kawan tempat kerja aku. Aku cita la aku mimpi pregnant. Minggu lepas pon aku mimpi gak. Tapi dah lupa cerita minggu lepas macam mana. Tapi malam tadi punya aku ingat la mimpinya. Aku mimpi, aku pregnant, tup-tup doktor dah cakap, aku lagi 2 minggu due. Hahah. Tapi aku tengok perut aku, tak boncet pon. Adulahai mainan mimpi ni. Kadang-kadang kalau tak logik tu, tak logik sungguh. 

So, kawan-kawan aku kata, kalau mimpi baik, alamat nya kurang baik. Aku pon macam, tak nak fikir la. Sebab takot negatif kan. Tapi hati tak tenang, teringat-ringat mimpi tu. Aku  pon dengan selamba nya mencari di Google. 

Mimpi Mengandung/Mimpi Hamil

cari punya cari, aku baca laa.. most of the tafsir kata, alamat yang baik.. Alhamdulillah la kalau  macam tu. At least buat aku rasa lega kan. Banyak yang ditafsir seperti ada yang kata:
  • Nak dapat duit/harta
  • Tambah rezeki
  • Hasrat termakbul
  • Akan kawin masa terdekat
  • Orang terdekat akan mengandung
Wallahualam. Aku tak percaya pon menda-menda tafsir ni, tapi sifat manusia yang ingin tahu macam aku ni. Aku tetap cari bagi merungkai kegelisahan aku. Hahahaha.. Tapi kalau tafsir ni betul, ALHAMDULILLAH!! .. hahaha.. 

Korang ada gak tak alami mimpi macam aku ni? hehe.. So, tak payah nak risau sangat laaaaa. Aku ni kan memang kalut. Serba tak kena kalau sesuatu persoalan tu tak terjawab. Nak sedapkan hati, tu yang cari kat google. But, nak lagi sedapkan hati, bangun tidur dari mimpi tu, baca la ayat Kursi dan selawat ke atas Nabi supaya bagi kita tenang sikit kann. 

*agaknya aku tidur dalam keadaan penat sangat kot semalam, tu mimpi ngarut-ngarut tu =p 

Istanbul Aku Datang

Yes.. Cerita ni dah lama, aku tahu tu. Hehe. Tapi aku bukan nak cerita pasal lama ke baru ke apa ke. Aku saja nak review filem ni, review yang agak kelakar bagi aku. 

Okay, macam  ni.. Aku tengok filem ni dekat wayang okay! Keluar baru beberapa hari, weekend tu terus tengok. 100% sweet and delicious. Paling sweet adalah tentu-tentu sekali si Lisa dan Beto kan. Tomok? Penambah perisa cerita ni je. hahaha. 

so, aku just nak share apa yang aku nampak kat filem ni. Setiap filem mesti ada kelebihan dan kekurangan. Kelebihan buat apa nak cerita kannn. So aku nak cerita tentang kekurangan yang tak berapa kurang laa, but mata aku cepat je tangkap ralat yang berlaku di dalam filem ni. Bahasa melayu dia adalah, konti lari.
Ni time Lisa tengah kemas bilik Tomok. Nampak dia kemas baju biru Tomok tu? Kiranya dia pergi basuh baju Tomok la kan..
Tup-tup, Tomok balik, Tomok dah sedia memakai baju tu time pergi kuliah.. Banyakk betul Tomok beli baju biru tu kan.. Maybe buy 1 free 1. Hahaha...
 Ni time nak basuh rambut Lisa. Pakai towel biru...
Tup-tup sampai kat rambut, dia terus jadi towel hitam.. Maybe basah sangat kot tu kannnnn =p
Eh? Boleh bertukar kaler balik jadi biru .. auuww..magik. Hehehe. Rambut dah kering agaknye kan.. =)

Okay laa, sajaa je nak tunjuk. Memang dalam setiap filem, tak semua perfect kan. Setakat mistake satu dua tu, biasa la. But, walaupun aku nampak kekurangan nya. Aku tetap tengok filem ni hari-hari selepas aku balik kerja. WAJIB. Sebab tak tertahan jiwa ni tengok kecomelan Lisa dan ke'sweet'an Beto. Tomok pon okayyyy.. cuma kadang-kadang tak kena karekter dengan dia. 

Sebelum menutup bicaraa.. ewah2..

Meh layan gambar hi-res dari Istanbul Aku Datang 
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Bye =)

Maria Elena Zarul

Hai semua..!! Salam Jumaat..
So, macam mana hari ni? Bosan? Haaaaa.. kalau bosan.. jom layan gambar nak? 
Siapa kenal  tagline ni.. " Assalamualaikum.. Kalau tak jawab dosa.. kalau jawab sayangg " 
Haaa, mesti ramai yang tahu kan. So, meh aku kenalkan orang nya.. Maria Elina Zarul
The best blogger ever. Blogger/Vlogger yang aku suke gile sebab perangai gile dia. Hahaha. 
Korang pernah layan Vlog dia? Meh layan kat page Maria Elena ni. 

Okey, dah kenal? So meh aku nak share pulak gambar perkahwinan dia yang berlangsung baru-baru ni. Cute gila dan gila-gila. hahaha. creadit to Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography, CST Breed, Maria Elena Is Great Helen & Project 2pi. 





Okey.. dah. Kalau korang nak tengok lebih-lebih, korang pergilah tengok sendiri kat page yang aku tagged kat atas tu yee. Haha. Karang terover pulak aku letak kan. 

Alkisah disebalik kisah diorang ni.. antara aku dan Encik Sepet. Hehe.

Aku memang dah lama suka Maria ni, so memang aku follow dia since last year. Last-last aku pon jebakkan sekali Encik Sepet untuk meminatinya. Dimana pabila aku tengok video pre-wedding diorang.. terus aku show pada Encik Sepet! Nah!
Then, respon Encik Sepet adalah, "perangai sebijik macam awak" . Hahaha. Bab phone and cloth tu laa, memang 100% me! haha, makanya, dari situ .. bermulalah minat Encik Sepet terhadap Maria Elena ni. Sebab he said me looks like her. aauuwwww.. awak sweet la Encik Sepet. Hahah. Padahal dia cakap perangai samaaaa. Asal keluar je tanya "baju ok tak?" "cute tak?" "cantik tak?" "kalau tak okay nak p tukar ni.. =p "... then dia say "okay..dah cute dah.. "hahahah... then mostly happend in my life is.. phone aku misplace  hahaha. situation seperti didalam video. Cute tak aku? =_= " Korang tengok video korang nampak laaa, itu lah aku. Kelam-kabut, pastu yang kena nya si dia la. hehehe. Alaa, bukan selalu kaaaaaannnnn *sambil kenyit-kenyit mata =p

Okay, now meh tengok video wedding diorang pulak.. 

Sooooo sweet kan *sambil lap air mata jatuh..tsk tsk tsk.. =') tersentuh hati beta menontonnya walaupun dah tengok banyak kali. OOshemmm... 0_0.

Itu sahaja lah untuk di share. Walaupun ada yang dah tengok,,,, ada saya kisah? =p 

Janji aku update kat sini untuk share kat semua kan..... (^_^)

Hari Pelangi

Hari ni, hari yang berpelangi indah. Sebab apa? Sebab, aku takda kerja nak dibuat, sebab hari n i meeting pagi sampai petang, so melangukkkkk membesarkan bontot. SYABAS!

So, dalam takda kerja tu, aku isi la masa lapang aku dengan melukis. Seperti biasa la kan.... Aku pon dah lama tak tukar header timeline aku, so aku pon gedikla buat sesuatu yang pelangi, walaupun tak cantik di mata tapi terang dihati. Hahahaha..
Nampak??Hahaha. Terang di hati tak?? Kalau tak terang tuuu, tunggu 3 kali Jumaat je la kan. =p

Before tu, aku ada post kat FB, Pelangi jugak haaaa... pelangi pastel gituu..
Okay, now nampak hari berpelangi aku? Hari Jumaat penghulu segala hari (^_^)

Wednesday, December 19, 2012

Dah Nak Habis

Haaaaa, dah nak habis tahun dah kan. Kejap je rasa nya. Tup tup... Dah 19hb dah hari ni. Cepat kan masa berlalu.? Tapi aku memang nak cepatkan habis tahun ni, sebab aku rasa, tahun ni tak berapa nak best pada aku. Banyak sangat dugaan dan cabaran yang aku kena hadapi sorang-sorang.

2012
Tahun yang paling banyak duka nya untuk diri sendiri. Tapi bahagianya pon ada, bukan tiada. Maksud aku, 2012 ni aku berdukaaa sangat dengan nasib aku yang kerja tak tentu hala lagi ni. Kerja banyak tempat dah, gaji macam tu juga. Sampai bila nak jadi macam ni? 

Muka aku happy je hari-hari, tapi dalam hati, Tuhan je tahu kan. Heheh. Kadang-kadang tu, aku sendiri penat dengan kehidupan, tapi tak baik cakap macam tu, sebab dunia ni la cabaran.. aku nak taknak kena hadapi kan. Sebab Allah takkan kasi dugaan yang kita tak mampu tanggung, DIA akan kasi kita dugaan yang DIA tahu kita mampu tanggung. 

Tapi tu la, dah namanya manusia, kadang-kadang lupa. Tetap juga akan rasa down bila dugaan datang, sebab terlalu banyak sangat tanggung dugaan kan. Kadang-kadang tak larat dah. Tapi kena la juga letakkan positif tu dekat kepala, kalau tak, memang susah laaaa nak move forward. 

So, I wish, next year will be my lucky year and also Encik Sepet.!! I hope I hope I hope!!*nada lisa surihani* hehehe

Monday, December 10, 2012

Malam Yang Hujan

Malam ni hujan..Sekali dengan aku pon hujan juga. Jam nak masuk pukul 12 malam.. tapi aku masih mengadap laptop. Hari ni sangat penat. Dengan dugaan office yang banyak nya, then boleh pula bersambung dugaan lain. Allahuakbar.. Tabahkan lah hati ini. Positifkan la diri aku ni. Aku cukup penat nak mengadap semua menda dalam satu masa. Tempahan bunting untuk wedding pon tak siap-siap lagi, malam ni photoshop buat hal. And now la fikiran aku tengah tak menentu. Tuhan je mampu tolong aku. 

Bila aku sorang-sorang macam ni, terdetik sangat rasa hati. Terfikir juga, banyak sangat dugaan dapat kat aku hari ini. Aku boleh lagi tersenyum. Aku balas dengan senyuman, aku mengalah walaupun tak salah, aku terima walaupun sakit.. (^_^)

Tapi tu la, manusia.. perempuan pula tu, Tuhan memang jadikan hati perempuan ni lembut.. Nak taknak hujan juga la aku.. fikiran blank, design tak jalan, apa pon tak setel. Aku mampu berdoa je la design aku ni boleh siap, kerja aku boleh setel. Tak kisah la apa dugaan pon datang. Aku memang biasa di layan seperti ini. Itu menjadi lumrah dalam hidup aku dah rasanya. 

Muhasabah diri. Itu jalan yang terbaik. Biarkan la orang nak marah aku ke, nak salahkan aku ke, nak cakap apa kat aku ke, hidup aku sekarang hanya ada senyuman je. Kalau rasa aku tak sempurna, fikirlah buat kali kedua. =) .. Good night.