Wednesday, October 31, 2012

Sifat Semulajadi Sejak Azali

Antara lelaki dan perempuan, aku lagi suka berkawan dengan lelaki!. Seriously i said la... Bukan sebab apa, aku rasa ada diantara korang sependapat dengan aku. Sebab apa, sebab aku leceh sangat nak kawan dengan perempuan, lagi-lagi banyak kerenah, leceh dan menyakitkan hati. Aku bukan la boyish sangat pon, tapi bab bekerja ke, berkawan ke, aku jadi selesa dengan lelaki. Sebab lelaki tak banyak perangai nya. Kalau kawan la. Kalau pakwe tu memang berperangai kannn. Hahaha. 

Kenapa tibaa-tiba aku cerita pasal ni? Haaaa, sebab aku nampak sekarang, kawan-kawan aku adalah lelaki! Bukan nak menunjuk or riak ke apa ke. Sebab aku baru perasan. Oooo.. Tak ramai geng perempuan aku ni. Hahaha. Lagi-lagi sekarang di alam pekerjaan, makin la buat aku menyampah dengan wanita-wanita yang bajet bekerjaya. Padahal jawatan apa ja kan. Haaa aku sedikit pon takda rasa berlagak tak kawan ngan perempuan ke apa, cuma sejak menjak ni, aku asyik dijumpakan dengan perempuan-perempuan yang pelik, mengjengkelkan dan membuat aku rasa nak letak racun tikus dalam minuman dia. Hahahaa..

Tapi kawan-kawan kolej aku juga yang the best! Kawan sekolah pon sama!! Semua best! Cuma bila dah di alam pekerjaan, aku diberi dugaan berjumpa dengan perempuan yang bajet-bajet nak jadi bos. Hahahaa. Yang masih aku tak boleh blah adalah, aku dipandang tak berapa senang oleh pekerja di situ. Hurm! Pelik! Tapi bila time ada kerja nak dibuat, mereka pandang aku dengan pandangan seperti jatuh cinta di pandang pertama. Great kan?

Aku rasa aku dah mengarut! Disebabkan bekerja dengan sekumpulan perempuan sahaja. Ia membuatkan hidup aku seperti berada bersama mak tiri Cinderella yang jahat tu!!Memerintah sahaja tahuuuuu. Perintah pon kadang-kadang salah. Apa pon tak boleh. 

So, now, aku terpaksa kuatkan hati aku, fokus kerja. Hahahahah. Abaikan bayang-bayang mak tiri tu , anggap je la langau yang hinggap sebentar untuk berak! Hahahaha.. (^_^)

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..