Friday, October 12, 2012

Perkara Jelik Hari-Hari..

Assalamualaikum.. Selamat pagi Jumaat yang membawa rahmat. 

Aku nak cerita pendek ni. Hehhee. Pagi-pagi nampak sesuatu yang meluatkan.  =_=' atau dalam bahasa modern nya 'annoying'. Meh aku cerita sikit. Alkisahhh...

Aku sekarang baru masuk kerja baru, kerja dimana? Biar aku sahaja yang tahu. Cuma aku ni kerja di sektor kerajaan. Okey, cerita ni takda kena mengena kerajaan or swasta. Cerita ni just kena mengena dengan perangai manusia di keliling kita. Aku baru 5 hari bekerja disini termasuk hari ini. So, biasa lah awal-awal ni kena la ramah++ kan supaya dapat kenal rapat dengan staff-staff lain. 

Okay, most of the staff is okay la.. but standard la kalau depan kita okay, belakang sok sek sok sek kan. That's normal. Lagi-lagi kalau dalam satu department tu, most of the staff is WOMEN! .. So, you guys can imagine how the environment  kan. Hahahha.. But, ia sangat okay pada aku kalau ada manusia yang depan lain belakang lain. DImana, depan aku dia baik, belakang aku dia sok sek sok sek. 

Tetapi, ada jenis manusia yang aku rasa macam Haram. Dimana, aku perasan la kan sepanjang aku di sini, ada satu perempuan yang gebus ni, dia kalau jalan depan aku ke, sebelah dengan aku ke, bukan main laaaaaa pandang daring dengan aku. Aku jalan depan dia ke, sebelah dia ke, sentiasa aku berikan senyuman maut aku. Siapa yang tak suka senyuman manisssss aku ni? Hahahaha. Semua cair kot. Hahahaha.. pengsan*;. Tapi balasan yang aku dapat adalah, muka masam mencuka dia dan jugaaaa muka belagak nak mati. Mati pon nak kena belagak ke kak oi? 

Apa yang aku sakit sangat hati adalah, bila depan aku, mak ai muka masam mencuka masam hamis tengik hangit bagai. Tapi bila dengan orang lain, MAK AIIIIII.... Terkinja-kinja! Tergedik-gedik! Suara bajet-bajet halus mengada-ngada macam comel gila la ko tuu. Tergelak-gelak, suara ko je yang kuat kan. Agaknya ko yang paling manja kot kat sini kan..nangis*. 

Aku pelik bila ada jenis perempuan yang begini, kalau dah tua, aku  mampu maafkan lagi kalau muka mencuka depan aku. Ni aku rasa macam umur akak-akak aku juga. So, perangai dia tak senonoh nye la bila macam tu kan. Tak menarik! Kalau cantik sangat aku boleh terima, tapi kalau body ko macam atlet angkat berat... hmph!

Kan aku dah tertulis cerita panjang. Tak jadi cerita pendek aku. Hahaha. Aku nak tengok sampai bila dia mampu masam mencuka dengan aku yang manis macam  gula ni..haaa.. kita tengok sampai bila yeeeee ko mampu bertahan. Ko sorang je yang aku tak mampu tawan lagi ni. =_='

Disebabkan pagi tadi awal-awal dah kena shoot dengan dia, aku pon mengadu di FB. Hahaha. Gila beria aku kan. Hahaha. 

Hahaha... Puas hati aku. Sapa sokong angkat kening!!!(^_^)Y

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..