Thursday, October 4, 2012

Kisah Sebagai Penumpang

Alkisah bermula.. 
Aku memang sejak azali tak reti memandu kenderaan, seperti mototr dan kereta. Kecuali basikal. Aku bukan la orang yang penakut untuk mengambil ujian memandu, cuma aku rasa, aku ramai driver untuk membawa aku kemana sahaja. Hahahaha. Alasan busuk kan. Hahaha. Aku bukan apa, disebabkan time aku kecik dulu, aku pernah kena langgar mototr sampai masuk gaung, dari situ aku dah fobia nak bawa kenderaan besar itu. hahahah. 

So, ceritanya pendek je, aku ni kiranya mempunyai 1001 pengalaman sebagai penumpang. Dah berapa ramai yang kena puji, maki dan sebagainya dari aku sebab kewibawaan mereka membawa kenderaan tu pelbagai sangat. Tapi yang sorang ni je aku tak mampu nak komen lebih. Sebab takot kena panah petir =______=".. ahaha,,

Mak.
Mak aku merupakan pemandu yang paling terhebat di alam maya ini. Aku ni dikelilingi dengan family yang suka bawak kereta laju-laju. Apak aku, mak aku, abang aku and kakak aku. Semua lebih kurang. Encik Sepet je manusia paling berhemah aku pernah rasai. Sebab Mak dia tak kasi bawak laju-laju. hahahaha. Apak aku walaupun dah menjangkau usia 60-an, tapi dia bawak kereta kalah budak 20-an. Drift okay, lagi-lagi bawak kereta yang agak ringan seperti Wira. Fuuhh.. Berderau darah. At least takpa la, sebab rasa selamat walaupun laju gila. 

Tapi kes mak aku adalah, dia bawak sangatttt laju, walaupun time tu jem, dan kenderaan suka-suka hati cilok sini sana. Aku dah terbiasa naik dengan manusia berhemah cemahhh seperti Encik Sepet, so aku tau kalau time jem-jem tu sila bersabar. But bukan mak aku.. Hahaha.. Bayangkan, dia boleh selaju-lajunya tekan minyak. Hahaha. Aku kan duduk depan sebelah dia, mata aku buntangggg je perati keadaan kat depan tu. Mak aku selamba. Bayangkan.. ada kenderaan tu dah break awal-awal, mak aku selambaaaaa nak dekat lagi beberapa inci dengan bontot kereta tu, dia buat emergency break! Perrggh. Memang mak aku punya favorite perangai. Hahah. Sebab dia memang suka break bila dah dekat dengan kereta tu.Muka dia taknak selamba pulak kan. Aku?? Mengucap je mampu. Nak mencarut tak mampu. Takot Malaikat Izrail taril nyawa aku. ahhahaha. 

Itu lah kalau aku naik kereta ngan mak aku, aku mampu pandang ke depan sahaja. Tak boleh kata apa. Naik la kete Wira ke, Kancil ke, sama je. Laju diaaaaaa. Adooi la. Mak and apak ni memang suite with each other la. Drifter terhebat! Mampu lagi cilok mencilok walaupun di usia begini. Hadooii. Tetapi anakmu ni juga laaaa yang penakut sampai sudah. Nasib la mak apak dapat anak macam ni. ahahahah. 

By the way, my mom ni la the best mom ever!!takda mak yang terbaik dia. =) .. 

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..