Thursday, October 4, 2012

Ketagih Sirap!

Sejak bulan puasa hari tu, aku dah mula amalkan meminum sirap sebab nak tutup perangai aku yang gian kan kafein. Aku kan sedang mengambil vitamin c, so tak berapa molek bila di ambil dengan kafein. Kurang laa fungi vitamin c tu nanti kan. so, dari situ, aku dah cintakan sirap. Sirap ais atau pun sirap panas. Layan dua-dua. 

Bila duduk Raub, segala macam kordial ada di rumah termasuk la sirap. Almaklumla, anak tokei kedai makan, kena la ada kan. hehehhe. So, hari-hari sirap, tak kira breakfast, lunch and dinner sekalipun. Teruk kan! Tapi aku lebih kan kaler je, aku tak letak banyak gula pon. aku suka ada warna, amd rasa-rasa sirap tu. Feeling-feeling kenduri hari-hari tau. 
Tak cukup dengan buat air setiap kali nak makan, siap buat bekal masuk dalam peti lagi. Haaaaa.. nampak tak betapa teruk  nya ketagihan aku?yang penting, aku tak layan kordial jenama F&n or whatever.. aku layan sirap zaman kanak-kanak aku. Yang macam gambor kat bawah tu. Hahahaha. Sumpah rare. Hahaha. Dan sirap aku haruslah sirap biasa tiada bendasing seperti telur katak dan juga limau ke barli ke, laici ke, sebab ia akan spoil kan selera aku. 
So, itu sahaja karang tentang sirap dan kehidupan ku. Sirap bahaya tak agak-agak?