Wednesday, October 31, 2012

Sifat Semulajadi Sejak Azali

Antara lelaki dan perempuan, aku lagi suka berkawan dengan lelaki!. Seriously i said la... Bukan sebab apa, aku rasa ada diantara korang sependapat dengan aku. Sebab apa, sebab aku leceh sangat nak kawan dengan perempuan, lagi-lagi banyak kerenah, leceh dan menyakitkan hati. Aku bukan la boyish sangat pon, tapi bab bekerja ke, berkawan ke, aku jadi selesa dengan lelaki. Sebab lelaki tak banyak perangai nya. Kalau kawan la. Kalau pakwe tu memang berperangai kannn. Hahaha. 

Kenapa tibaa-tiba aku cerita pasal ni? Haaaa, sebab aku nampak sekarang, kawan-kawan aku adalah lelaki! Bukan nak menunjuk or riak ke apa ke. Sebab aku baru perasan. Oooo.. Tak ramai geng perempuan aku ni. Hahaha. Lagi-lagi sekarang di alam pekerjaan, makin la buat aku menyampah dengan wanita-wanita yang bajet bekerjaya. Padahal jawatan apa ja kan. Haaa aku sedikit pon takda rasa berlagak tak kawan ngan perempuan ke apa, cuma sejak menjak ni, aku asyik dijumpakan dengan perempuan-perempuan yang pelik, mengjengkelkan dan membuat aku rasa nak letak racun tikus dalam minuman dia. Hahahaa..

Tapi kawan-kawan kolej aku juga yang the best! Kawan sekolah pon sama!! Semua best! Cuma bila dah di alam pekerjaan, aku diberi dugaan berjumpa dengan perempuan yang bajet-bajet nak jadi bos. Hahahaa. Yang masih aku tak boleh blah adalah, aku dipandang tak berapa senang oleh pekerja di situ. Hurm! Pelik! Tapi bila time ada kerja nak dibuat, mereka pandang aku dengan pandangan seperti jatuh cinta di pandang pertama. Great kan?

Aku rasa aku dah mengarut! Disebabkan bekerja dengan sekumpulan perempuan sahaja. Ia membuatkan hidup aku seperti berada bersama mak tiri Cinderella yang jahat tu!!Memerintah sahaja tahuuuuu. Perintah pon kadang-kadang salah. Apa pon tak boleh. 

So, now, aku terpaksa kuatkan hati aku, fokus kerja. Hahahahah. Abaikan bayang-bayang mak tiri tu , anggap je la langau yang hinggap sebentar untuk berak! Hahahaha.. (^_^)

Menyembuhkan Batuk!

Aku rasa, sekarang memang musim batuk, demam, dan sebagainya. Sebab cuaca makin tak menentu lagi-lagi la baru habis raya korban! Demam daging masing-masing kan. Aku pon termasuk la dalam golongan yang bermusim itu. Aku memang selalu tercalon dalam list ni, sebab nya aku ni kan manja. Hahaha.  

Aku kalau demam, pening kepala, sengal-sengal badan, mampu lagi la aku menahan kan. Tapi kalau aku batuk! Ya Tuhan. Macam nak terkeluar segala organ badan aku. Batuk aku sangat mengerikan. Dari keluar bunyi sampai tak berbunyi! Nampak teruk tu? Haaaaaaa. Aku batuk paling koman akan sembuh dalam masa dua hingga tiga minggu.

So, baru-baru ni balik umah mak pak aku, kakak aku tengok je aku batuk, dia pon berkata " ko pergilah beli madu yang kat kak yeh tu" .. Itu serba sedikit perbualan kami. Sebab apa dia suruh beli madu dekat kakak aku lagi sorang? Sebab, dia pernah bawak balik madu sebotol.. dan katanya, kalau anak-anak batuk, kasi makan madu tu. Jenama apa aku tak ingat. Tapi aku ingat botol dia panjang tinggi. Tu je aku tau. Yang lain aku tak amik tau. Aku malas nak tanya lebih kakak aku. Sebab aku rasa malas nak amik tau bila tengah tak sihat.

So, balik ke Putrajaya, aku baru teringat aku ada madu dalam peti. Apa lagi! Tonggak la sebanyak mungkin! Yummmeh!! Tekak segarrrrrr je. Hahaha. Batuk la juga. Tapi tak la seteruk pada awal nye tu kan. So, aku pon amalkan laaaa madu aku makan ni hari-hari. And now, just sikit sahaja batuk nya. batuk manja gituuu.. (^_^), So, semua di luar sana, kalau rasa batuk korang teruk, try telan madu, niat nak sembuhkan batuk. Insyaallah.. Berkesan. 

Madu apa aku makan??
Siap ada harga lagi haaaa. Aku tak tau la madu aapa lagi boleh guna. Maybe madu ni just psycho aku je kot kann,.Hahaha. Takpa la. Asalkan batuk aku hilang! Aku dah lega. Aku mencatat rekod sendiri dengan sembuh batuk di waktu yang singkat! =)

Rindu Zaman Kurus!

Haaa!!! Selamat malam.. Lama dah tak buat coretan malam.  So, dalam syok rehat-rehat kan badan sambil layan hujan dan juga lagu, tiba-tiba tangan gatai klik gambar-gambar zaman dahulu. Alkisahhh.. 

Aku 4 tahun lepas, iaitu bermulanya Degree, aku tekad nak kurus plus mak pak aku dah resah gelisah bila badan aku naik bagai tak diduga. Hahahaha. 
Nampak??? Nampak??? Tak tertanggung-tanggung kan? Hahahaha. So, after dah menyesal, kena lah berdiet sakan supaya aku mampu kecikkan sikit badan aku menjadi lebih ringan. Nak taknak, 3 bulan jugak aku tak pandang nasik! Hebat tak aku??Hahaha.
Then, this year.. aku mengembang kembali seperti biasa. Atas alasan.. " AKU BAHAGIA" . hahahahaah!! itu je alasan mampu aku bagi. Bagus tak? Alaaaaaaaa, aku yakin korang pon guna ayat tu untuk cover kegemukan korang kan? Hahaha. Tapi yang best nya, tahun ni aku punya berat turun naik. Turun mendadak, kemudian naik mendadak. Sungguh kurang sihat aktiviti badan aku kan. 
Nampak???Nampak??? ahahhaha. Teruk nau laaaaa. So, tekad laaa tahun depan kena turun mendadak-dadaknyaaaa. Kalau tak, takdak sapa nak kat aku kan susah.. =p .. Berusaha ELMIEAH!!!!

Pelamin Idaman

CANTIK KAN!!!!
Aku menggedik bila melihat pelamin-pelamin ni. Cantik giloss! So, sesiapa yang mencari-cari pelamin yang cantik dan up-to-date, jom jenguk dekat page surizlanbridal ni. Aku saje je nak usha-usha kan, mana la tauuu bila dah usha-usha ni,  boleh kawenggg. Hahhaa.. Cantik kan!! Rasa nak kawen berkali-kali bila tengok pelamin-pelamin yang dia hasilkan. Marvelooss!! 

Beza Dulu & Sekarang

'Bekerja' 
1001 pengalamn kalau kita bercerita pasal bekerja kan. Manis & Masam. 
Aku? Sejak dah gradute ni, aku dah kerja 3 tempat dah! Hahaha. Seee.. Banyak pengalaman tak tu?Hahaha.. Pengalaman memang la ada, tapi tu laaaa, Dalam tiga-tiga kerja, kerja yang latest ni la buat aku pening kepala. 

Skop kerja adalah sama, tetapi yang extreme nya di sini adalah, aku kena hadapi orang sekeliling yang mana aku boleh kata tidak friendly. Selalunya, kes orang kalau baru masuk, paling kurang pon, dalam sebulan mesti dah close dengan staff kan. Tapi kes aku kat sini, dah masuk sebulan, staff masih lagi suam-suam kuku. Kalau bahasa kasar nya.. macam aku ni invisible kat sini. 

Yang ajaibnya, bila ada je kerja mereka yang perlu dihabiskan, dan last minute. Tiba-tiba aku menjadi visible disitu. Haaaaa. Nampak environment kerja disini? Aku tak la mengutuk sesiapa, cuma apa yang aku nampak, sini tak mesra dan bahasa kasar nya, macam menggunakan kita. 

Tetapi bukan semua yang macam tu, cuma segelintir yang begitu. Aku jadi rimas bila dalam office tempat kerja sendiri kena jadi macam tah apa-apa. Politik kuat la kat sini. (^_^) . Ingatkan, bila dah kerja dengan ramai-ramai, boleh la di jadikan group member yang best kan.. Yela, bila dah kerja ramai-ramai, baru la kecoh sikit, boleh gelak sana gelak sini. Tapi kat sini, ada group-group dia tersendiri. Hahaha.. Dah macam budak-budak dah.. 'awak kawan ngan kite je tau, tapi awak jangan kawan ngan dia' ... So sweet.

So, itu lah rutin aku hari-hari. Yang penting, kat sini.. Umat manusia nya tidak mempunyai lesen di mulut. Ada masa aku bawak cili, baru ada akai.. 

Tuesday, October 23, 2012

Kenapa Dia Anti Aku?

Selamat pagi.. Masih mengantuk. Ada semburan ubat tidur kaa dalam office ni? Hahah. Buat kerja baru 2 jam, dah malas. Sapa soh kasi kerja tinggalan orang, kan dah malas. Hehe. So, aku mahu cerita pasal sorang ni, yang aku pernah cerita dulu. Minah ni buat hal lagi. Hahahha. Aku tak marah pon dengan perangai dia. Cuma aku nak gelak je rasa. 

Alkisah, dia still muka macam tu bila nampak aku. Tapi sekarang dia sudah lagi mengkelakakan bila, aku jalan ngan member aku, dia sanggup pandang ke arah kawan aku sahaja hanya untuk senyum. Aku? Tak dipandangnya. Seperti aku ni halimunan. hahaha. Lawak sungguh. Minggu ni dia buat macam tu. Sebab aku perasan, asal aku jalan ngan kawan aku je, dia senyum lebaqqqq sangat.Tapi kepala ke arah kawan aku sahaja. Straight. Then aku saja je pandang dia. Dia macam keraskan kepala dia supaya stay ke arah kawan aku tu, no toleh-toleh yeeee.. Hahaha

Kadang-kadang pikir, kenapa dia macam tu?. Aku ade buat salah ke dengan dia? And tiba-tiba borak ngan kawan aku tadi, dia kata, orang tu memang dia kalau tak suka, dia akan buat muka macam tu. Dia tak suka tanpa sebab tau. Hahaha. Lawak. Sebab ada sorang mangsa yang senasib dengan aku kat opis ni. Eh silap.! Aku senasib dengan dia. 

Nasib la dia tak lawa tau.*jujur sekejap . Kalau lawa, sentap ai tau. So, kalau tak lawa, tak nak tengok muka aku pon takpela, maybe sebab aku lawa dari dia kot kannnn. =) .. Lawa hati dan perangai. Bukan muka jeee. (^_^). 

But aku dan kawan aku masih berfikir, kenapa perempuan itu tidak suka tengok aku?? Guess! Guess! Guess what?? hehehe.. 

Wedding Dress Inspiration

Haaaa. Aku busy, tapi malas nak buat kerja. Sebab aku mengantuk dan mood tiada. Nak cuti raya dah kannnn. hahaha. So, dalam bosan-bosan, aku mencari sesuatu yang comel dan yang pasti masih di alam fantasi. Hehhe. Dok belek-belek google, aku cari baju kahwin! Haha. Duit takdak, sibuk pikir pasal kawen kann. =_=" 
Menarik tertarik the Boom tak??Hahahha. So, aku kena pasang impian kumpul duit ni! Hahahaha. Ada anak Dato yang nak sponsor I tak? =)

Sunday, October 21, 2012

Lelaki Tu Hemsem!!

Hemsem tak? Terfeeling aku tengok video clip ni tauuuu. Senyuman mamat tuu..fuuhh!!! Tapi tak boleh tanding senyuman Encik Sepet *kene up gak! haha. Lagu dia best kan!? Aku memang suka si Kilafairy ni kalau menyanyi. Ada lagu before ni aku layan gak. And tu la lagu first yang aku tau suara si Kila ni setaaaaappp. So, lagu ni pon setaaaappppppp.. Feeling aku okey. =) .. Tapi bibir dia pelik sikit kan? Ehh.. takpelaa, ciptaan Tuhan kan. Just layan je lagu nye, mesti tak kisah bibir dia. Betul tak? Happy Sunday!

* Ni first lagu yang aku sukaaa sangat dengan suara Kila ni..
 Sedap kan? hehehe.. Bye =)

Friday, October 19, 2012

Kulit Sihat Idaman Semua (^_^)

Sticky Post

Kulit sihat tanpa kekeringan, tanpa bintik-bintik hitam, tanpa jerawat, tanpa kekusaman tanpa kesan nakal. Haaaa.. Semua orang nak kan? Tapi, apa yang boleh membuatkan kulit seperti ini....
Menjadi seperti ini...

Haaaaaaaaaaa..nak??Hahahaha.. Ajaib kan.!


Okey, aku nak cerita sikit je laa.. Sudah termaklum, aku bukan lah di kalangan orang-orang yang berduit kan, so aku akan menjimatkan penggunaan duit aku selagi boleh. Tetapi, aku mempunyai wajah kusam, seriuously kusam, jerawat, warna tak sekata, kulit kasar dan berbintik-bintik. Tak kiralah di muka, lengan, badan , kaki dan semua la! ahahha. Over kan. 

So, aku decide nak cari produk yang mampu membuat diriku kembali confident! Aku kerap kali bekerja berdepan dengan customer, so aku sangat perlukan kulit yang segar dan ceria sepanjang masa pekerjaan aku. Jika keluar dengan Encik Sepet, aku pon nak nampak cute depan dia sebab dia kan Encik Sepeeeeett (^_^). So, bila kulit tak bermaya kusam bagai, aku perlukan sesuatu untuk menutup kusam itu seperti bedak compaq!.. Sian wajah kita kalau 24jam tepek bedak kan, dia pon nak bernafas jugaaa.. =)

So, aku cari punya cari, aku jumpa la satu produk ni, pada aku sangat berbaloi dan sangat bagus. Sebab aku dah gunanya lebih kurang 6 bulan, 
Ni hasil selepas penggunaan 1 bulan.. Nampak perubahan? But aku masih pakai mekap yang banyak supaya menaikkan seri pengantin..=)

But now, aku tak perlu dah mekap tebal bagai, siap memang tak mekap pon, just calit celak kasi auummm sikit mata kan. Hehehe. Kalau jumap Encik Sepet, langsung tak calit apaa, sebab apa? Sebab dah confident gila!!! Kulit jadi gebu, lembap, tiada cela, tiada jerawat, tiada bintik hitam, tiada lagi kekusaman, dan yang penting segar sentiasa (^_^)Y.
So, apa product aku  gunaaa??? haaa..meh tengok kat bawah ni..
Harga Paling Murah!
1000mg = RM 60 (30tab)
500mg = RM 45 (30tab)

Kalau nak kulit cantik seluruh badan, sila PM aku ye, nak tahu apa lagi kegunaan Vitamin C ni pon, boleh PM okey.. (^_^). Atau nak lagi rajin, bolehla message aku kat FB page Kedai Aneka Mija. Sambil-sambil tu bolehla cuci mata tengok barangan lain .. =)

Tuesday, October 16, 2012

Waktu Ketenangan Aku

Selamat petang, Bosan kan petang ni. Aku hari ni dikerah membuat kerja dengan cepat. Biasala bila kita ni sebagai manusia suka buat kerja last-last minute, ini lah jadinye. Bukan aku je, semua pon sama kan. Jangan tipu aku laaa. hehehe. Last-last bila banyak kerja, kepala pusing, tengok kiri kanan macam rasa nak marah je. Tapi sabar...

Tengok komputer pulak lagila.. Tekan sini block, tekan sana block. Nasib blog aku dia tak block. Kalau takkk, aku p shah alam beli cool bloq.* sumpah tak lawak =_=' . So, bila kita buka gmail, mesti dia punya cover google search tu ikot gambar yang kita choose kan. Hurm, so setiap kali aku search, keluar gambar tu, so ia sangat menambahkan lagi sakit kepala aku. Aku tak sempat nak print screen nak tunjuk gambaa apa yang buat aku sakit tuu. Hahaha. So, aku pon buat keputusan, tukar la gambar cover,kasi yang tenang sikit. Kann.. So ni la gambar cover aku sekarang .. 
Tenang kan? hurmmm =)

Monday, October 15, 2012

Baju Kurung Korea

Best pulak aku nengok diorang menari dengan pakai baju kurung.Orang cantik, kalau sarung ape pon cantik kan.. so malaysian!! lepas ni, sila bangga dengan baju kebangsaan kita. See, orang korea pon pandai hormat budaya kita .. =)

Impian Perkahwinan Aku..

Menggeletis okay.. Banyak sangat masa terbuang disini.. so kita penuhkan dengan menda yang mengarut seperti perkara dibawah. Hehe. Aku seronok pulak nak tengok tema kaler untuk wedding. Google punya google, aku nampak banyakkkk sangat color yang terang dan tang tang. Haha. So, dah berangan laaa nak buat kawen warna apa kan, walaupuun duit takda nak kawen! hahaha. Penggatal jenis macam aku ni, kena la berangan dulu, baru la menjadi kan. kan. hehe. So, aku pilih seperti warna-warna di bawah. Purple and blue wajib ada. So yang lain tu just penambah seri la kan... So, cantik tak kaler yang aku pilih?? Meriah kan? Hahaha. Verangan je laaaaaa =_='

Kursus Ke Kuantan

Eh. Tibe-tibe aku dan geng-geng aku kena pergi kursus weekend ni. pffffttt.. Aku dengan ongkos kurang nye, dengan kepala masih di awang-awangan nya.. hahaha. Tapi takpala, ingat senang ke nak dapat jalan-jalan ke Kuantan? Hahaha. Gambang u olls.. Sebut betul-betul okay.. Gambang.. bukan Gam*ang.. hahah. So, time to set minda untuk menempuh kursus. Hope it wanna be fun la kan. Hehe. Bukan selalu poon. Layan.. =)

Unblock Website

Ceritera nya, aku ni malas nak bawak laptop. berat la katakan. Tapi bila takda kerja, alamakaiiahhhhh...Bosan nyeee la kan. Hahaha. So, aku pon apa lagi, try la nak download Photoshop kat pc ni. Tapi not allowed. Ceh. Sakit hati ai. Kalau tak, boleh la aku melukis kan. Kalau aku melukis, mahunya amik masa, and sekejap je rasa nak balik rumah =p . Motif kerja disini hanya nak letak bontot je ke? hahaha. So, aku takda menda nak buat sekarang, nak tunggu kaunter, bosan gak. Mengadap menda yang tak pasti. Haaha. So, dok la depan PC mengadap blog. Mengadap fon yang tak da bunyi . haha. Jam menunjukkan lagi 15 minit nak masuk waktu lunch. So, perut dah keletup-keletup. Hmph! Kepala dok pikir kampung, sebab rinduuu amat kat mak apak. Hahaha. Anak monjo. 

Janji Ditepati

Minggu lepas baru aku janji taknak cerita hal yang menyampahkan kan. Last-last semalam terbuat post menyampah kan. Hurm, Sorry laa. Aku harap sangat ni last post yang menyampahkan. Bukan apa, aku ni pantang sikit ada orang cari pasal ngan aku. Lagiiiila pantang bila, nak cari gaduh ngan aku, tapi dia menggunakan medium tengah. Maksud aku orang tengah. Dah kenapa?

Aku pelik betul, nasibla orang tengah tu boleh toleransi dengan aku. Takkan masuk campur urusan aku. Terima kasih awak =) .. Haaa.. berbalik kepada manusia yang aku cerita semalam tu, aku bukan marah apa pon, aku cuma menyampah bila, dia ada problem dengan aku, kenapa nak kena message orang lain untuk bertanya kan pasal tu? Kenapa? Dah kalau bab-bab menuduh ni, aku memang pantang sikit. Nak menuduh satu hal dah, lepas tu dok push kat message kat orang yang tak sepatutnya. Berhenti la weey.

Ko lelaki kan? Meh bagi alasan kenapa ko tak nak message direct aku je? Ko takot aku cakap menda yang benar ke?Ko tak sanggup aku hentam ko dah? Bukan main kata aku hentam ko teruk. Ceh. Bajet manja. Baru kena sikit, dah mengada. 

Baru psycho sikit, dah gelabah. Ko psycho orang keliling ko bukan main kan. Orang-orang yang lemah mampu la ko psycho. Tapi bukan aku, minta maafla. Cukupla ko psycho orang lain. Dan yang paling penting, isu yang ko bangkitkan dan yang ko tuduh aku tu, memang menaikkan darah aku. Itu hal peribadi ko, ko punya pasal. Aku layan hal yang berkaitan ngan orang yang aku sayang je. Ngan love story ko, minta maafla. Tak layan. Kalau partner ko tau perangai ko pon, apa kena mengena ngan aku? Aku tak da pulak mention nama ko kat mana-mana. Takda pulak aku bagitahu seluruh dunia ko sapa. Ko gelabah tuduh aku kenapa?

Kalau ko nak tahu, ni Tuhan baru tunjuk sikit je kat ko, gelabah ko macam apa je kan. Tu la, dah tau salah, jangan tau menunding jari ja, try tengok diri sendiri dulu, baru la tunding jari kat orang lain. Ko bajet apa ko buat kat sini, takda orang nampak? Ko bajet partner ko jauh, dia tak tau apa ko buat? Ko bajet partner ko tu bodoh sangat ke sampai tak tahu berfikir kenapa ko perangai macam tu? 

So, please tengok kesalahan diri sebelum tunding kat orang lain. Setahu aku, medium tengah ko tu ada suruh message aku je kan untuk setel hal ni. Tapi mana ko? Aku tunggu la juga ko message aku kan. Nak tengok sikit ko tuduh aku macam mana. Aku suka layan manusia macam ni. Ko stalk aku nye FB Status, aku gelak je, ko baca blog aku? Lagi aku gelak. Aku boleh kata, Alhamdulillah.. baca juga dia. Tapi, aku rasa aku cerita perihal ko ngan Encik Sepet kan? Love story ko ade ke aku buat kat sini hah? meh tunjuk kat aku yang mana? Yang mana ada aku tulis yang menyebabkan ko kantoi tu? ceh. Sumpah ko terlalu annoying. Bagi message panjang-panjang kat orang tengah ko, macam surat cinta pulak. kalau message berkaitan dia takpe la gak. Tapi message berkaitan aku. Hahaha. Venciii okeeey. 

Lepas ni, ko guna lagi medium tengah untuk tanya pasal aku and tuduh-tuduh aku, aku tau laaaa apa nak  buat. Even medium tengah ko tu nasihat kat aku jangan hentam ko dah kat mana-mana, aku tak amik kira. Sebab ko salah orang la kalau nak cari pasal menda yang tak berkaitan. Apaaa la lagi ko nak buat lepas ni?

Belajar-belajarlaa, terima kebesaran Allah. Allah maha Besar. Allah Maha Mengetahui. Ko bajet apa ko buat selama ni, kami je ke yang nampak? Kami ni tak payah canang cerita ko pon, ramai yang dah tau perangai ko macam mana. So, tak perlu lah nak menunding jari sangat. Ko gelabah, aku paham. Standardlaaa.. kalau dah kantoi, pandaila cari menda lain untuk back up kan. So lemah! dia umpama ko kentot dalam lift, lepas tu ko tuduh orang lain..huh. *ada kena mengena kan? hhehe.  Orang kalau tak bersalah, dia akan biasa-biasa jee, tapi kalau dah bersalahhh, habis semua orang ditundingnya. Good attitude!
Sendiri salah, sendiri gelabah,sendiri mengantoikan diri.bluueeeewwkkk  

*janji ditepati: akan ku try tidaaaaak lagi post pasal budak yang menyampah kan ni..akan ku janji .. sorry awak =)

Sunday, October 14, 2012

Blogger Hebat Post Pasal Aku!!!!!

Perrggghh! hahahaha .. Sepet88 post pasal aku! Hahaha.. Poyo tak??? Hahaha.. Actually sepet ni kawan aku time MSU dulu, dia kawan pertama aku jumpa time first time aku masuk U ni kan. Sebilik bagai. Cuma bukan se course la. Yang penting, dia post cite pasal aku baikk punya. Hahahha. Dia minta tolong sediakan katon untuk dia. Aku mudah jeee, orang yang aku dah kenal, aku akan mudah imagine macam mana nak lukis. Yang penting, aku nampak gedikk tu lebih pada sifat peribadi dia.! Hahahah! So, aku pon lukis laaaaa. Nak kata cantik sangat tak laaa. Sebab aku buat biasa-biasa jee. Asal boleh! Arap sepet boleh la layan gambar tak seberapa aku ni kannn.. hahaha.. Ni entry pasal aku yang dia tulis.. 


Fuuhh.. rasa terbangga pulak bila blogger terkenal cite pasal katon aku. ahahahah.. Bangga tak hana? hahha. Semoga ko bahagia ngan katon yang aku buat khas untuk ko yang gedik! Hahaha. 

Friday, October 12, 2012

Perkara Jelik Hari-Hari..

Assalamualaikum.. Selamat pagi Jumaat yang membawa rahmat. 

Aku nak cerita pendek ni. Hehhee. Pagi-pagi nampak sesuatu yang meluatkan.  =_=' atau dalam bahasa modern nya 'annoying'. Meh aku cerita sikit. Alkisahhh...

Aku sekarang baru masuk kerja baru, kerja dimana? Biar aku sahaja yang tahu. Cuma aku ni kerja di sektor kerajaan. Okey, cerita ni takda kena mengena kerajaan or swasta. Cerita ni just kena mengena dengan perangai manusia di keliling kita. Aku baru 5 hari bekerja disini termasuk hari ini. So, biasa lah awal-awal ni kena la ramah++ kan supaya dapat kenal rapat dengan staff-staff lain. 

Okay, most of the staff is okay la.. but standard la kalau depan kita okay, belakang sok sek sok sek kan. That's normal. Lagi-lagi kalau dalam satu department tu, most of the staff is WOMEN! .. So, you guys can imagine how the environment  kan. Hahahha.. But, ia sangat okay pada aku kalau ada manusia yang depan lain belakang lain. DImana, depan aku dia baik, belakang aku dia sok sek sok sek. 

Tetapi, ada jenis manusia yang aku rasa macam Haram. Dimana, aku perasan la kan sepanjang aku di sini, ada satu perempuan yang gebus ni, dia kalau jalan depan aku ke, sebelah dengan aku ke, bukan main laaaaaa pandang daring dengan aku. Aku jalan depan dia ke, sebelah dia ke, sentiasa aku berikan senyuman maut aku. Siapa yang tak suka senyuman manisssss aku ni? Hahahaha. Semua cair kot. Hahahaha.. pengsan*;. Tapi balasan yang aku dapat adalah, muka masam mencuka dia dan jugaaaa muka belagak nak mati. Mati pon nak kena belagak ke kak oi? 

Apa yang aku sakit sangat hati adalah, bila depan aku, mak ai muka masam mencuka masam hamis tengik hangit bagai. Tapi bila dengan orang lain, MAK AIIIIII.... Terkinja-kinja! Tergedik-gedik! Suara bajet-bajet halus mengada-ngada macam comel gila la ko tuu. Tergelak-gelak, suara ko je yang kuat kan. Agaknya ko yang paling manja kot kat sini kan..nangis*. 

Aku pelik bila ada jenis perempuan yang begini, kalau dah tua, aku  mampu maafkan lagi kalau muka mencuka depan aku. Ni aku rasa macam umur akak-akak aku juga. So, perangai dia tak senonoh nye la bila macam tu kan. Tak menarik! Kalau cantik sangat aku boleh terima, tapi kalau body ko macam atlet angkat berat... hmph!

Kan aku dah tertulis cerita panjang. Tak jadi cerita pendek aku. Hahaha. Aku nak tengok sampai bila dia mampu masam mencuka dengan aku yang manis macam  gula ni..haaa.. kita tengok sampai bila yeeeee ko mampu bertahan. Ko sorang je yang aku tak mampu tawan lagi ni. =_='

Disebabkan pagi tadi awal-awal dah kena shoot dengan dia, aku pon mengadu di FB. Hahaha. Gila beria aku kan. Hahaha. 

Hahaha... Puas hati aku. Sapa sokong angkat kening!!!(^_^)Y

Wednesday, October 10, 2012

Nama Kita Indah..

Selamat malam semua! Dah makan? Dah mandi? Hehehe.. Aku sebok melayan photoshop. Layan Adam & hawa tak dak feeling sebab line tenet hareeemmm... sebab hujan lebat diluar. =). So, melayan photoshop.. lagi puas hati aku. Sejak dah kerja semula.. tidur pon awal. So, nak melukis tu takda masa. Malam ni tak jadi dating. So, apa lagi!!! Jom kita melukis! Dan hasilnyaaaaaaaa...
Ada yang bertanya. Kenapa aku reti lukis macam ni? Bukan aku ada amik kursus ape-ape pon. Hurrm. Macam ni la aku rasa. Sebab nya adalah minat. Dan disokong pula dengan sebab lain. Tau ape? Haaaaa.. Nama aku kan ELMIEAH. Ejaan memang nampak pelik, tapi bunyi panggilan nama aku adalah ILMIAH. Dapat bayangkan apa aku nak cerita ni?

Korang masa kecik-kecik, ada tak ustazah ke ustaz korang kata, panggil nama kawan dengan nama penuh dia, sebab bila kita panggil nama penuh dia, bermakna dia mendoa kan dia. So, aku rasa la kan, aku ni dah di doa dan di amin kan oleh raaaaaamai sangat orang. Sebab tu aku lebih suka orang panggil aku ELMIEAH. Memang nama panggilan aku MIMI. Sebab apak aku payah nak ingat nama anak dia walaupun pendek.. =__='. hahaha.. Tapi, ada masa dan tikanya, aku lagi suka orang panggil nama penuh aku. Sebab dari situ aku suka orang mendoa kan aku.

Apa kena mengena dengan lukisan dan mana? Haaaaa. Nampak kan nama aku ELMIEAH? Bunyi dia kan ILMIAH. So, maksudnya kan... ILMU. So, alhamdulillah.. Ramai yang dah doakan aku menjadi orang yang berilmu. Tiap hari kalau 10 orang panggil nama penuh aku. Kan baik tu.. =) .. So, makin dewasa makin aku suka kepada macam-macam. But more to seni la.. Hehhe.. So, aku rasa la kan. Aku jadi macam boleh tahan kretif ni sebab nama aku. ILMU. Ilmu tu kan pelbagai....

Hahahaha. Okay. cukuplah aku melalut. Yang penting aku SUKAAAAAAA GILAAAA nama aku! .. Unik, Cantik dan Baik maknanya. Alhamdulillah. So, sila panggil aku ELMIEAH mulai hari ini . Goodnite!

Kurangkan dengan nama panggilan yang sia-sia dan lagha. Amalkan panggilan nama yang baik, insyaallah.. Segalanya akan jadi baik.. Insyaallah.. (^_^)

Tuesday, October 9, 2012

Menggedik di Office

Standard la awai-awai kerja, mestilah bosan kan.. Tak kenal orang lagik. Hehehe. So, ini je mampu dibuat kala kebosanan. haisssh..Kerajaan memang block Youtube ye? Kenapa kat PICC dulu aku boleh tengok? Hehe.. =p
Sila tutup mata kepada yang pregnant. takut terkenan =p

Nasib Pekerja Bawahan..

Selamat menanti waktu rehat.. (^_^), Aku baru sahaja menerima message dari seorang rakan kerja, dimana dia masih tidak menerima gaji balance untuk bulan lepas. Hurrmmmm. Terus aku pikirkan diri aku. Sama je nasib. Aku dah berenti hampir 3 bulan. Masih tak dapat lagik... Sedih kan. Syarikat dah 20 tahun beroperasi, tapi tak sistematik. Mudah cerita, orang melayu yang bajet sangat dalam invest untuk syarikat sendiri. Dah 20 tahun operasi, tapi tiada slip gaji yang proper dibuat, tiada resit yang proper dibuat. macam-macam lagi.. Aku first masuk aku mampu layann je sistem yang kuno dari syarikat tu. Tapi lama-lama, sistem kuno tu yang buat aku rasa nak berhenti. 

Bekas bos aku dah tua. Umor dalam 50-an. Dia aku respect sebab aku anggap dia macam bapak aku sendiri. Tiada langsung negatif thinking pasal dia. But, makin tambah bulan, aku dah mula hilang respect,
  • sebab gaji dibayar sesuka hati,sometime 3 kali bayar..
  • pakai duit sendiri untuk beli keperluan pejabat seperti kertas A4, alat tulis etc, tetapi bila claim, dia tak bagi duit..
  • diminta untuk pergi ke kedai jauuuuh, untuk print paperwork, tapi dengan senang hatinya bila aku naik ke pejabat, dia boleh suruh pergi ke kedai tu semula untuk print lain.. tak salah kalau suruh org lelaki yang ada kat dalam opis tu kan..
  • sesuka hati bagi duit secukup-cukupnya/tak cukup bila minta belikan apa-apa or print or fax etc.. lastly duit aku juga keluar,no claim
  • bil api air haram nak bayar sampai 1 masa tu aku duduk dalam gelap, alasan dia. "saya perasan ada bil dalam tu 2 minggu lepas.lagi satu alasan dia " Telekom tak hantar bil, macamana nak bayar". Ni alasan bila tiap2 bulan aku terpaksa hadap telefon dari Telekom mintak setelkan  bil. then, dia dengan senang hati, tiap-tiap bulan suruh aku kol telekom extent tempoh last pembayarn, jangan potong lagi, siap dia bagi tarikh bila nak bayar..macam Telekom tu dia punya -___-'
Ni just half perangai dia. Kalau korang? Korang mampu ke layan perangai macam ni tiap masa? 6 bulan kerja, rasa macam 6 tahun. Sebab aku sabar. Sebab aku hormat dia sebagai orang tua. Tapi kadang-kadang, ngan orang tua pon kita kena berjaga-jaga...Mudah sangat dia pijak aku sebab aku tak pernah melawan arahan dia.

Aku rasa performance aku 6 bulan kat situ tip top. Gerenti aku yakin, dia tak dapat pekerja macam aku yang sanggup buat kerja lelaki perempuan sekaligus. Tiada bantahan, tiada rungutan. Kerja dijalakan sempurna dan laju! ..Masih tak bersyukur aku membantu dia kan.

So, now aku sangat terkilan bila, before aku berhenti, dia pernah kata, "nanti datang amik balance gaji". Time tu dia takda pon kata ada syarat or procedure aku kena amik. Dia kata nanti datang amik gaji, tu je. Tapi, dalam lepas sebulan aku berenti, aku baru teringat aku tak amik gaji lagik. So, aku message dia, dia kata okay. DIa akan bank in..

Selang sebulan lepas tu pulak, aku tanya dia lagi, berkenaan gaji aku. Tau apa dia jawab? "Saya terpaksa melihat balik prosedur berhenti kerja u dulu, bagi saya tempoh untuk check,saya akan beri maklum balas secepat mungkin" ..Dah situu pulak. Tibe-tibe bila aku msg selepas beberapa bulan baru dia nak check. Memang meraban.

Aku tak puas hati. Last aku bagi chances lagi kat dia. Baru-baru ni aku message semula. Aku tekad. Aku kata, aku nak gaji aku kalau tak aku nak buat report, Then ceeepat gila dia balas. "Bagi saya masa untuk check prosedur berhenti kerja,bagi tempoh sampai Jumaat ni". Then aku balas la, aku dah tunggu lama, bulan lepas dia kata nak check, takkan la betaun nak check aku nye pemberhentian kan.. last2 aku kata, aku akan kasi tempoh sampai Jumaat, kalau tak aku terpaksa bertindak Cepattt je dia balas, " apa maksud u nak 'bertindak'? jangan sampai i buat repor polis, u susah nanti". HAHAHAHAHAHAHAHA. Dasar pengecut. Tau takot. 

Apa dia pikir aku ni samseng ke nak bertindak yang ganas tu? Dehhh.Kalau dah salaahh tu tau takott kan. Guna polis bagai. Bak mai polis tu, tup-tup ko yang kena tangkap, aku gelakk je dari jauh. Salah orang la kalau dia nak ugut. Aku mangsa tau... Then, benar-benar dia buat tak tau je, sampai hari ni, dia masih tak bayar gaji aku. So, tempoh dah tamat. Aku akan lapor kepada pejabat buruh. Hahaha! Padan muka kau!

Aku harap tuhan balas la segala perbuatan dia..sebab dia membuatkan ada mangsa yang dibuang kerja dek kerana terlalu berani bersuara meminta gaji sendiri, ada pekerja yang terpaksa meminjam duit untuk makan sebab duit gaji tak dibayar, ada pekerja kelaparan dan terpaksa minta belas orang keliling untuk makan. Kesian kan.. 

Secara logik, kalau dia ada krisis dengan kewangan, mesti dia ada simpanan kan? Dia bos, pekerja tak ramai. 4 orang je. Paling teruk dia akan ada simpanan RM10,000 punya kan? Tetapi kenapa dia tak bayar gaji pekerja? Bukan dia miskin pon, banyak altenatif lain dia boleh bayar, anak dia kerja Petronas, gaji basic 4k.. pinjam la kalau betul takda duit kan, bini kerja hebat dalam kerajaan, takkan la tak mampu bantu kan. Tiada alasan seorang majikan tak mampu bayar gaji pekerja!!! 

Ini tidak, 1001 alasan dia bagi bila pekerja minta gaji. Pekerja ada hak. Bukan kerja sebab suka-suka. Mestila kerja sebab nak tanggung keluarga. Ni tidak, keluarga dia pandai dia jaga, tapi kebajikan orang lain? Bila difikir balik, sangat kejam perbuatan dia. Sebab dia, pekerja-pekerja tak mampu makan, tak mampu tampung keperluan hidup. Sekian terima kasih..

Sekadar renungan:
"Jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah SWT akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.

Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."

Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat "Give More" kan.. Firman Allah SWT dalam Al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh2 bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik. Wallahualam..

Friday, October 5, 2012

Jari pon boleh gemok?

Haaaaa. terngiang-ngiang lagi makcik cina tu cakap.. " aiyaa.. jari manyak besar oo.. 19 dah ni..." ..hahahaha.. aku mampu gelak je.. Encik Sepet? Mampu kutuk. Baguuus. Aku sangat pelik mana tak nyaa.. cincin baru pakai tak sampai seminggu, dah tak muat. Ketat.! Demmmm! Jari pon boleh gemok ke? Buat malu je. Kalah jari lelaki okey. Tekejut beruk mak yey tokey kedai tu. Manyaaaaak besar ye jari u amoiiii. hahaha..Nasib laaaa mimi oii. Bahagia pon tak beragak kaaann.  =_= " ..

Ulat Buku

Aku suka membaca. Kasila apa sahaja. Waima batu bersurat pon akan aku baca. Hahaha. Okey, buku, surat khabar, kertas, blog, papan, dinding, apaaaa sahaja yang ada tulisan, aku suka perhati dan baca. Untuk apa? Untuk menampak pengetahuan umum la. Begitu. So, kalau buku, aku lebih suka baca novel atau motivation books. Sebab apa? Sebab dia tebal. Dan perlu mengadap dan mampu mengisi ruang kekosongan waktu yang aku ada. Surat khabar? DUlu aku suka baca. Tapi sekarang tak lagi, lepas aku nampak surat khabar dah dijadikan seperti bahan mainan, sini sana lain laporannya. Banyak menipu dari nyata. Betul tak? That's why aku lebih suka baca di blog tentang apa sahaja yang berkaitan dunia dan masa kini.

So, berbalik kepada buku, aku suka sangat baca buku. Tak kiralah macam mana pon kecuali keluar dari batasan aku la seperti politik, martial art, automotif dan selaku dengan nya. Hahaha. So, dekat rumah aku memang ada koleksi buku, paling banyak motivation books la. Hahaha. Dah sah-sah dari dulu minat jadi kaunselor, yeke kauselor? ahhh.. pandai la korang bayangkan. hehe. So, aku suka membaca sesuatu yang mampu memberi aku ilmu pengetahuan dan meningkatkan lagi dan menajamkan lagi akal aku. Hah! Begituu. 

Tapi perangai aku satu la yang aku tak mampu buang.. Dalam satu masa, aku akan membeli buku sekali banyak. Buku dah best dah. ime beli tu memang excited gile! Tapi  bila sampai rumah, hampeh, sebab buku hanya jadi hiasan. Sebab nya, aku ni kalau nak baca buku haruslah ada mood nya. Kalau mood takda, kulit buku pon aku tak hadap. Buku aku dah tersusun-susun menunggu waktu untuk dibaca oleh aku.

Tapi sekali aku dah hadap buku-buku tu,, jangan pelik la.. dalam masa singkat sahaja, aku  mampu habiskan semua! Sampai aku menyesal. Sebab nak kena keluar duit lagi beli buku baru pulak... Sebab itu, kalau novel-novel terutamanya, aku akan beli setebal mungkin. 1000++ page ke atas. Kurang aku tak layan. Harga mencanak la kan. Hahah. Sebab aku sangat tak puas  bila novel nipis. Baru baca bismillah dah kena sadaqallah.. hapaaa tu. hahaha. 

Okey, dah! Sebab nya aku cerita pasal buku adalah, aku baru beli buku tadi. Berangan balik-balik terus nak baca. Tapi berangan je la. Tunggu la minggu depan ke, bulan depan ke, tunggu la mood aku datang. Selamat berehat la buku-buku ku.. =)

Thursday, October 4, 2012

Unik dan Menarik!


Ketagih Sirap!

Sejak bulan puasa hari tu, aku dah mula amalkan meminum sirap sebab nak tutup perangai aku yang gian kan kafein. Aku kan sedang mengambil vitamin c, so tak berapa molek bila di ambil dengan kafein. Kurang laa fungi vitamin c tu nanti kan. so, dari situ, aku dah cintakan sirap. Sirap ais atau pun sirap panas. Layan dua-dua. 

Bila duduk Raub, segala macam kordial ada di rumah termasuk la sirap. Almaklumla, anak tokei kedai makan, kena la ada kan. hehehhe. So, hari-hari sirap, tak kira breakfast, lunch and dinner sekalipun. Teruk kan! Tapi aku lebih kan kaler je, aku tak letak banyak gula pon. aku suka ada warna, amd rasa-rasa sirap tu. Feeling-feeling kenduri hari-hari tau. 
Tak cukup dengan buat air setiap kali nak makan, siap buat bekal masuk dalam peti lagi. Haaaaa.. nampak tak betapa teruk  nya ketagihan aku?yang penting, aku tak layan kordial jenama F&n or whatever.. aku layan sirap zaman kanak-kanak aku. Yang macam gambor kat bawah tu. Hahahaha. Sumpah rare. Hahaha. Dan sirap aku haruslah sirap biasa tiada bendasing seperti telur katak dan juga limau ke barli ke, laici ke, sebab ia akan spoil kan selera aku. 
So, itu sahaja karang tentang sirap dan kehidupan ku. Sirap bahaya tak agak-agak?

Kisah Sebagai Penumpang

Alkisah bermula.. 
Aku memang sejak azali tak reti memandu kenderaan, seperti mototr dan kereta. Kecuali basikal. Aku bukan la orang yang penakut untuk mengambil ujian memandu, cuma aku rasa, aku ramai driver untuk membawa aku kemana sahaja. Hahahaha. Alasan busuk kan. Hahaha. Aku bukan apa, disebabkan time aku kecik dulu, aku pernah kena langgar mototr sampai masuk gaung, dari situ aku dah fobia nak bawa kenderaan besar itu. hahahah. 

So, ceritanya pendek je, aku ni kiranya mempunyai 1001 pengalaman sebagai penumpang. Dah berapa ramai yang kena puji, maki dan sebagainya dari aku sebab kewibawaan mereka membawa kenderaan tu pelbagai sangat. Tapi yang sorang ni je aku tak mampu nak komen lebih. Sebab takot kena panah petir =______=".. ahaha,,

Mak.
Mak aku merupakan pemandu yang paling terhebat di alam maya ini. Aku ni dikelilingi dengan family yang suka bawak kereta laju-laju. Apak aku, mak aku, abang aku and kakak aku. Semua lebih kurang. Encik Sepet je manusia paling berhemah aku pernah rasai. Sebab Mak dia tak kasi bawak laju-laju. hahahaha. Apak aku walaupun dah menjangkau usia 60-an, tapi dia bawak kereta kalah budak 20-an. Drift okay, lagi-lagi bawak kereta yang agak ringan seperti Wira. Fuuhh.. Berderau darah. At least takpa la, sebab rasa selamat walaupun laju gila. 

Tapi kes mak aku adalah, dia bawak sangatttt laju, walaupun time tu jem, dan kenderaan suka-suka hati cilok sini sana. Aku dah terbiasa naik dengan manusia berhemah cemahhh seperti Encik Sepet, so aku tau kalau time jem-jem tu sila bersabar. But bukan mak aku.. Hahaha.. Bayangkan, dia boleh selaju-lajunya tekan minyak. Hahaha. Aku kan duduk depan sebelah dia, mata aku buntangggg je perati keadaan kat depan tu. Mak aku selamba. Bayangkan.. ada kenderaan tu dah break awal-awal, mak aku selambaaaaa nak dekat lagi beberapa inci dengan bontot kereta tu, dia buat emergency break! Perrggh. Memang mak aku punya favorite perangai. Hahah. Sebab dia memang suka break bila dah dekat dengan kereta tu.Muka dia taknak selamba pulak kan. Aku?? Mengucap je mampu. Nak mencarut tak mampu. Takot Malaikat Izrail taril nyawa aku. ahhahaha. 

Itu lah kalau aku naik kereta ngan mak aku, aku mampu pandang ke depan sahaja. Tak boleh kata apa. Naik la kete Wira ke, Kancil ke, sama je. Laju diaaaaaa. Adooi la. Mak and apak ni memang suite with each other la. Drifter terhebat! Mampu lagi cilok mencilok walaupun di usia begini. Hadooii. Tetapi anakmu ni juga laaaa yang penakut sampai sudah. Nasib la mak apak dapat anak macam ni. ahahahah. 

By the way, my mom ni la the best mom ever!!takda mak yang terbaik dia. =) .. 

Monday, October 1, 2012

Kedai Aneka MIJA Sudah Dibuka !!!

Hello semua!!!! Kedai Aneka MIJA sudah di launch!!! Acececehh. Hahaa.. macam ape je kan. Seperti post yang lepas, aku ada bagi tahu bahawa Kedai Aneka MIJA adalah kesinambungan dari MIJA selection yang dah corrupt tu. SO, barangan still sama, cuma address sahaja yang berbeza. So, sesiapa yang  nak shopping pelbagai barang Korea, Taiwan yang cantik dan cute seperti :




Haaaa...cute tak?? Banayk lagi yang ada di Kedai Aneka MIJA ni.. seperti Vitamin C.. Hahaha.. Wajib jual tu.. Most Hottest Item!!!
So, please visit my small business Kedai Aneka MIJA for more greatest and best product and the most important thing the price is really reasonable and everybody afford to buy it!!