Wednesday, September 26, 2012

Mija Selection vs Kedai Aneka MIJA

Hello.. How r u tonite? Heheh.. Aku agak bizi this week dengan kerja-kerja yang tak mampu di elakkan. Sampai sakit-sakit and demam. Hadoi la. So, masalah lagi besar bila MIJA Selection FB buat hal. Corrupt. Hurm.. Takda rezeki kan.. nak wat macamana. So, disebabkan dah cuba perbaiki dari dekat seminggu cuba perbaiki dan juga cuba mengatasi masalah, still ia tak mampu dibuka. SEDIH nyee.. SO, sekarang aku tengah usahakan FB baru untuk bisness aku. KEDAI ANEKA MIJA. Hahaha. Klasik tak? Kenapa tukar nama? Sebab nampak macam more to business jual menjual kan. HAha. Ade ke business yang tak menjual? Ala,,, saja je nak tukar. Maybe hari tu punya nama ada sikit kurang ONG kot. Heheh. Takpe-takpe, semua dah di tulis kan. So, jangan pikir MIJA Selection dah takda. Ia ada, cuma ia akan dikemaskini dari masa ke semasa. Aku belum aktif kan lagi, sebab aku masih lagi mendownload barangan yang nak  di jual. So, sabar ye semua. Disebab kan banyaaak sangat nak di upload. So, beri masa.. Tapi kalau sesiapa yang nak order vitamin c kat aku, just PM aku kat sini. Insyaallah aku balas.. =) .. 

Friday, September 21, 2012

Adam & Hawa Full Episode

Adam & Hawa... Cerita yang membangkitkan kegilaan para penontonnya. Dek kerana cerita yang setengah jam sahaja dan nak tunggu sampai 80 episod! Masak. hahaha. Tapi disebab kan aku layan cerita ni, Alhamdulillah, buat masa ni, dah sampai 16 episod, masih lagi tak mengecewakan, masih lagi sedih terjurai-jurai air mata, masih lagi buat aku tersenyum sipu-sipu. hehehe. Harap la sampai ke habisan cerita ni maintain macam ni, kalau tak, lemau laaaaa nak tunggu sampai 80 episod tu jahhh.. hehe.

So, aku nak promote sikit ni haaa.. sesiapa yang nak tengok cerita Adam & Hawa ni, meh layan kat FB PAGE aku ye.. Tapi later on kalau video tu link dia mati, jangan salahkan aku, sebab korang yang tak nak tengok sekarang kan.. sapa suruh. heheheh.. =p

Okey, tu je, saja nak promote. Gedik tu pasti ... =)

Facebook Sakit Kepala

Malam semalam, aku baru nak kemaskini barang dalam MIJA Selection FB, tup-tup, boleh pulak dia buat gila.. Mak aiiiii.. Geewwwram meeehhh.. Heheh.. now aku tengah berusaha fix kan problem. Kalau tak, memang naya laaaa. =______="

Shila Amzah!! We Proud Of You!!

Shila Amzah!!! Sungguh bangga aku bila Shila menang dalam Asian Wave malam tadi. Yuuuhhu. Punya la penat tunggu nak tahu sapa menang kan. Hehehe.. Tapi tengah malam tadi dah tau, cuma dok tunggu video yang best dari dia untuk tontonan umum. Selepas tengok dia punya persembahan, memang dia layak menang!!! Yeay!! Hehehe.. 

Aku time dia masuk Asian Wave memang aku layan video dia, best gila! Meremang bulu roma bila dia nyanyi. Hehe. Shila dah membuktikan penyanyi Malaysia pon BOLEH!! Go Shila!!

Jom layan persembahan dia malam tadi...




Malaysia Proud of You,Shila!!

Thursday, September 20, 2012

Bukan Tak Sayang..

Korang pernah tak berlaku situasi ni, dimana korang ada pernah berkawan dengan kawan ni dulu. But now, korang dah kurang rasa nak kawan dengan kawan tu di atas sebab-sebab seperti:

  • Makin menyakitkan hati
  • Menyusahkan
  • Mengongkong kehidupan kita
  • Ingin mengetahui apaaaa sahaja tentang peribadi kita
  • Time kita senang ada, time kita susah takda
  • Membuat perangai yang menyakitkan hati kita ... etc
Ada? Mesti ada kan.. Aku tak rasa la aku sorang je ada jumpa orang-orang macam ni. Aku ni jenis mudah je kalau berkawan, aku akan lihattt je dulu orang yang aku nak kawan tu. Tengok perangai dia, tengok gaya dia, tengok tingkah laku dia. Aku bukan ustazah nak pilih budak baik je jadi kawan aku, cuma aku manusia biasa yang akan memilih kawan yang menyenangkan hati dan perasaan aku sahaja. Ini kerana, aku manusia biasa yang biasa dengan sifat marah, sakit hati dan sebagainya. 

Kadang-kadang tu, kawan tu bukan buat apa sangat pon, cuma kadang-kadang kawan tu sangaaaaaat 'ambil berat' hal kita sampai kita sendiri naik rimas. Kita sendiri rasa macam ada second gf/bf pulak kann. Haaa, asal kita nak keluar dating, kawan tu kol tanya 'ada mana?? kenapa tak bagitahu aku nak p sana?? aku nak p sana gak, nak beli itu ini.'.. See, sampai begitu menyibuk nye manusia bernama kawan tu. 

Ada situasi lain pulak yang menyebabkan kita ni kurang nak berkawan dengan kawan tu, macam kita selalu membantu dia, layan dia punya perangai, tapi dia? Hanya tahu berlagak dengan kehidupan peribadi dia, tahu nak kitaaa je ikut kehendak dia, tahu adaaa je orang yang akan follow segala kemahuan dia.Jadi kemahuan aku?? Takdaaa sapa amik tahu. Asal kawan tu senang, sudah laaa kan. =)

Banyak lagi nak cerita sebenarnya kalau berkaitan dengan topik ni, tapi korang pandai-pandaila fikir sendiri. Kita bukan taknak kawan dengan kawan-kawan yang berperangai menyakitkan ni, cuma kita nak jauhkan diri je kalau boleh, kawan still kawan but just kawan begitu je laa.. Benci? Maybe awal-awal tu adalah perasaan benci, but lama-lama muak juga kan nak benci kalau perangai kawan tu still sama. Lagi satu, aku nak avoid diri aku dari merasa sakit hati dan sakit hati tu la boleh pulak membuatkan aku nak mengumpat pasal kawan tu ke, mengata pasal kawan tu ke dan macam-macam negatif lagi kan.. So, biarkan je la, layan kan but biasa-biasa sahaja.  (^_^)

Buat apa layan menda yang menyakitkan hati, buat muka kita bertambah tua je kan.. =)

Wednesday, September 19, 2012

Tabiat Buruk Yang Melampau..

Aku memang ada masalh ni sejak azali. PELUPA. satu tabiat yang paling menyampah yang aku kena hadap selalu. Aku tak tahu la kenapa mesti tabiat ni la yang paling serius kat aku. Bayangkan hand phone aku letak dalam 5 saat je, aku boleh lupa dan tercari-cari mana letak nya. Disebabkan lupa juga la ada satu insident dimana time aku di asrama form 5 time tu, aku boleh pulak mengamuk satu dorm sebab aku cari underware aku tak jumpa-jumpa. Sebab aku pasti time aku mandi aku bawak beliau. Lepas mandi tibe-tibe beliau hilang! Bisingla aku satu dorm. Tanya mana beliau hilang? =______=" ..  Tup-tup dah penat membebel cari satu dorm siap masuk toilet banyak kali nak sure kan beliau tu tak tercicir.. aku duduk bertafakur sebentar. Tiba-tiba, aku baru perasan.. aku sudah memakai beliau denagn selamatnya di tempat sepatutnya. Dengan tidak semena-mena aku gelak sorang-sorang dengan kuat nya. HAhaha. Malu+ bangang. Hahahaa. Teruk gila perangai aku.

So, now aku punya resit gambar konvo ilang. Bukan hilang pon, sebab baru 2 3 hari lepas aku jumpa. Dah letak elok dah. Tapi kenapa ghaib tiba-tiba ni?? Can someone help me to find it?? aku  nak p kedai tu sat g, tapi resit takdakkkk!!!!!! 
grrrrrrrrr...

Cinta Makin Mendalam =)

Aku sejak menjak ni, rasaaa sangat happy. Walaupun busy dengan kehidupan harian yang membuatkan aku tidur after Subuh, tapi masih jugak menjadikan kehidupan aku sangat happy. Pelangi yang datang hari tu membuatkan aku lagi bersemangat untuk teruskan kehidupan aku dikemudian-kemudian hari. Pelangi tu membuatkan aku berubah dari banyak aspek. Woooho. Mimiey merapek lagi .. (^_^).. Mood sekarang adalah tidak menentu.. dek kerana second pelangi yang bakal muncul nanti (^_^)Y.. Insyaallah.. 

Sedappp Telinga Mendengar



Monday, September 17, 2012

Seminit

Sebelum korang nak buat apa-apa, jom layan lagu ni sat. Hehehe. RIndu nak tengok cite ni lagik!!!
Bye-Bye (^_^) ..Happy Holiday on Monday!! hehee..

FB dan Kehidupan..

Selamat petang!! Aku baru bangun!! Yeaay!!! Korang cuti kan hari ni?? haaaa.. taik mata still bertepek ni, terus buka laptop. Teruk sungguh. ehehe. 

Okey, meh cerita sikit apa yang aku rasa sejak menjak ni. Begini, aku sekarang jarang sangat buka FB personal aku. Bukan apa, aku kadang-kadang rasa dengan buka FB ni, dosa aku makin bertambah. Cukup-cukupla dosa yang nyata ni kan.. ni dok tambah pulak dosa yang tak nyata. 

Sebab ape aku meluat nak buka FB?
Sebab nya, bila buka FB, aku akan tengok News Feed. So, kita kan minah kepoohh, so kene la baca semua yang tertera. Macam-macam la yang logik dan tak logik yang keluar. 

So, apa yang aku meluat sangat??
Begini, aku ni kan, pattern akan melihat perangai setiap friend list aku tu dengan melihat status wall nya. Dari situ kita dah tau dia ni macam mana kan. So, kes aku ni ade dua jenis yang aku meluat. 

a) Hari-hari pos kat wall, setiap masa dan setiap jam bagitahu apa aktiviti dia. Nasib BERAK dia tak bubuh. Dan tibe-tibe dia pos kat wall dia, sebagai tanda amaran, 'Tak semua menda boleh cerita kat FB ni, menda privasy kene simpan gak'(lebih kurang gitu la ayat dia) . Der! , ko 24hours dok update buat tu ini, tup-tup ko buat status macam tu. Ko tak perasan ke ko macam tu? Tau pulak ko meluat ngan orang yang cerita hal diri 24jam kat wall kan.. Tapi ko? hahaha.. Tu la orang kata.. Tepuk air terpercik muka sendiri. Hahaa. Pepatah gila dari aku. =)

b)Hari-hari dok post tentang agama, motivation, dan yang seangkatan dengan nya. Then maybe ada yang kondem dia kot sebab dia selalu post tentang agama.. So, dia pon post la kat wall kata ' biarla orang nak kata aku ni tunjuk alim ke, warak ke, janji aku ada juga rasa nak belajar agama, dari ko? At least tingkatkan la ilmu agama untuk bimbing isteri ko nanti'(ni pon ayat lebih kurang). Haa, aku tak salahkan dia punya nak belajar tu, tapi kannn, dia ni menyampah gile. Bajet cantikkkk sangat. Bajet retissss sangat. Bajet ayat nak bagusss je. Dia post macam-macam motivation bagai la kan, tapi bila tengok gambar, ko pakai tudung dah kira elok laa, tup-tup gambor muka itik tu la yang banyak. Gambar bajet comel la yang banyak. Apa kata ko belajar asas agama tu betul-betul. Ada ke dalam agama tu kata, sebagai wanita ni wajib tunjuk muka macam tu kat khalayak? hurrmm. Budak-budak baru meningkat naik, kalau dah terlalu konfident, padahal diri tu tak segreatest mana.. tapi tahu nak nasiiihat orang je, bila orang tegur dia, tau pulak nak naik hangin. Tu la orang kata.. BODOH SOMBONG. 

haaaa. nampak tak kes dua-dua ni? baru dua kan? Banyak lagi yang meluat kat FB ni. Yang mana semua menepah makian dari aku. Hahaha. Aku ni senang je orangnya, kalau ko buat apa yang kene dengan diri ko, dah cukup bagus. Ni tidak, ko hari-hari bajet baguuuuus sangat, bajet hebat gile, kata itu ini, tapi ko sendiri?? Ke lauuttt derrr. =_=' 

Budak-budak sekarang ni, kalau bercakap memang melebih kan? Aku pon rasa aku pernah jadi budak-budak macam diorang dulu, tapi aku masih mampu separate kan bab sensitif dengan bab umum. Sebab kita tahu akibat kalau terlalu gah dengan bab sensitif kan. Orang kata, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kataaaaa.. ko menempah maut la kan.  

So, untuk selamat, berhati-hatilah dengan ayat-ayat yang korang nak post. FIkir 2 3 kali dulu. Jangan la buat orang sekeliling meluat. Jangan ingat orang Like status ko tu bermakna dia suka ko, orang ni ada dua, Suka dan Tak Suka. So, berhati-hati. Sat lagi ada yang kondem ko depan-depan baru ko tahu apa itu kehidupan. hahahaha..

Dah macam apaaa dah aku tulis kan. hehee.. Ini idea yang keluar semasa dalam tidur. =)

Bahana Tersilap Mekap

Inilah keadaan ku sekarang. Disebabkan mekap, diri merana. hahaha. Bengkak mata ai.! Huh. heheh. Ini kerana, aku sangat bosan dan tidak ada menda nak buat. Kerja ada nak buat, tapi mood tak mari, so mana boleh buat kerja kan.. So, mekap la semaximum yang mungkin, setebal yang mungkin. Baru puas hati kan. Hahaha. Kalau korang nak tahu, aku ni mudah je, kalau bosan, macam-macam la idea sampai. Lagi-lagila bosan tu terjadi weekend dan encik sepet takda. Memanggggg jalan la idea aku. hahaha.

So, disebabkan barang mekap ada. Complete dengan bulu mata pulak.. Haaaaaa. Apa lagi kan kite.. Moh ler Bermekap!! Mekap punya mekap.. Jeng..jeng ..jeng.. menjadila jugak. Puas hati aku. hahaha.. So, dah siap mekap, apa lagi.. pergi mandi!! haahahaha.. Nampak tak kat situ? Pembaziran dah berlaku. Hhehe. So, aku ponnn.. p mandi terus tanpa padam mekap. Time mandi la perkara tak diingini berlaku.. Tonyoh punya tonyoh.. Gam bulu mata tak mau tanggal.. DEMM!!!  So, tonyoh sekuat hati sampai rasa mata nak terkeluar. nampak tak malas nye aku nak p bilik amik baby oil untuk remove mekap?? nampak malas tu? =__='

So, after mandi okey je.. So, beralih ke pagi tadi. Bangun-bangun rasa tak kena. Mata tak mahu buka. Dah Kenapa? P la tengok cermin.. Oh TIDAKKKK!!! Mata bengkak! alaaaaaaahai. (@_@). Mata merah, bengkak, sakit nak bukak, banyak taik mata, SAH SAKIT MATA!! .. So, dah buat keputusan, tunggu sampai esok, kalau esok still lagi mata tak sihat, baru jumpa doktor. Sebab hari ni doktor cuti kan? =) .. dasartakotdoktor.

So, nak tengok hasil mekap aku tak? hehehe.. 
*Amaran Keras: Jangan meniru aksi tonyoh mata seperti aku. Ia akan memudaratkan dan saaaaakit sangat! Tak tipu. =( 

Saturday, September 15, 2012

Tema nya...


Tersenyum Melihat Perubahan..

Kalau sesiapa yang rajin follow aku, dia tahu la aku ni memang suke bab seni-seni ni. Tak kirala seni apa pon, termasukla seni makan. =)  .. Okey, aku tetiba nak belek-belek gambar tadi, so aku pon tengok la kat folder doodle aku. Banyak rupenyee doodle aku dah create sendiri. Bila tengok progress dari awal penglibatan sehingga ke hari ini.. Aku mampu berbangga dengan diri sendiri. Sebab aku nampak perubahan yang nyata dari segi kekemasan dan coloring. Good Job MIMIEY!! .. Haha.. kena la bangga dengan diri sendiri, kalau tak siapa yang nak bangga kan?? So, meh layan doodle aku. Sesiapa nak copy, amik je laa. aku bagi ikhlas. sebab tu hasil aku yang dah lama.. yang latest?? idea tak keluar lagi .. =)

Firsst doodle yoww!! hahahah.. comei dok?? Ni 100% dok tiru tutorial buat doodle. Tu yang sangat-sangat basic. Pandai main bulat-bulat je. Yang lain,, haram. Hahaha.. 
Time ni dah pandai dahh nak lukis kat belakang tu.. background bak kata orang putih. Time ni siap orang ingat aku just color dan lukisan aku rembat dari google. Huh. Tolongg la. I tak main copy paste okey. hahaha..
Time ni dah feeling-feeling buat doodle couple. Klaka pulak bila tengok nyaa. kenapa muka lelaki tu besar? maksud aku kepala dia besar! hadoilaa hai. tak cantik sungguh.
Dah kalau ada feeling couple-couple, kena la ade feeling kawen-kawen kan? hhahaha.. so, tercipta lah doodle pengantin perempuan.. dah nampak progress doodle aku?? nampak la kemas sikit kan kat sini. hehehe..
Haaaaa..jangan ingat aku suka feeling-feeling bercinta jee, kadang-kala beringat la jugak aku untuk melukis yang begini kan.. hehehe
Penat dah upload banyak-banyak, aku bagi yang tak berapa latest dari aku, ni ditempah oleh orang, so tak boleh la jadi milik korang kan.. hehehe..cute tak?? 

Okey, amacam? nampak tak progression nye? ke aku je terperasan? hehehe.. okey la, dah takde dah nak tunjuk. hehe

Ragam Bercinta

Siapa kata bercinta itu indah??
Siapa kata zaman bercinta la zaman paling maaaaaanis sekali??
Siapa kata??

Tipu la korang ni. hehe.. Manis tu memang ada, indah tu memang ada.. 
Tapi..

Takda la indah mana ponn.. Macam aku pernah dengar kata orang, kalau bercinta ni:

a) kentot pon bau wangi..
Tu lagi tipu!! Sebab kentot time bercinta busuk jeeeee.. (T___T) 

b)makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena..
macam mana aku nak percaya cakap orang? sebab apa yang tertulis di atas tak jadi langsong.. aku makan makin berselera, mandi basahh je, tidur?? makin lenaaa laa. hahhahaa..

c) lautan api sanggup kurenangi..
hurmm.. dengan cicak pon takot.. macam mana nak berenang lautan api?

Zaman bercinta ni la zaman yang penuh dengan dugaan kan? Dekat situ dah menguji keegoan sang lelaki dan sang wanita. Fuuhh.. Tapi for sure, sang wanitaaaa je yang selalu makan hati kan?? Makan hati ayam tu takpe la jugak, boleh kenyang. Ni makan hati ulam jantung sendiri.. Memang pedih laaa.. 

Tapi walau bagai mana sekalipun sang wanita ni makan hati, dia tetaaaap akan setia pada sang lelaki nya. Sebab apa? sebab bila sang wanita ni makan hati, bermakna, dia ambil berat tentang sang lelaki ni, terlalu ambil berat sampai hal kecil pon akan di ambil kira.. Sebab apa? Sebab dia sayaaaaang la.. (^_^)

Kalau sepanjang percintaan, sang wanita ni tak pernah langsung makan hati,, haaaaa.. berjaga-jaga laa.. maybe ...jeng-jeng-jeng.. sendiri fikir laa.. =)

Yang sang lelakinya pula, kalau time bercinta, egonya tak pernah luntur. Kadang-kadang sakit hati sang wanita ni di buatnya. Apa sahaja yang sang wanita kata, mesti sang lelaki tak nak terima, ego la katakan...hurm.. kita lihat sampai bila ego tu nak dipegangnya..

Okey..
Bosan kan dengar cerita pasal cinta? hehe.. aku malam-malam macam ni laa, takde menda nak buat, aku pon buat la perangai. 

Thursday, September 13, 2012

Facebook Timeline COver

Ada orang nak tak kalau aku jual Cover Facebook ni?? Hehehe.. Sekarang ni semua menda nak duit kan? Haha.. Bukan apaa, ni exclusive idea dari aku kan.. so, jual idea bukan la murah kan.. Mahu sakit kepala nak buat sesuatu tu.. Konon nyeeeewwww (T______T). Meh tengok kat bawah ni, cover FB yang comot dari aku.. Kalau nak aku jual.. bagitahu laaa.. kalau tak, takda la aku jual.. maknanya.. korang carilah cover kat website lain. hehehehe...
Ni antara contoh cover yang aku buat.. nanti kalau ade permintaan baru aku gedik-gedik upload yang lain.. hehehe
Okey.. kalau nak kasitahu.. harga murah punyeeerrr.. hehehe.. Ngantuk okey.. bye =)

Ketiak BASAH/LECAK/BANJIR

Hahahaha.. biasa terjadi?? Sapa biasa.. angkat tangan!!!
OOOoooopppp!! No no... turun tangan tuu.. fuuhh ketiakkk!! hahaha.. 
Sesiapa ada masalah ketiak basah yang maximum meh sini aku kasi solution kat korang. Seriously berkesan!!! Macam mana aku tau?? sebab aku pon ade masalah yang sama.. Aku tak malu nak bagitahu sebab sekarang masalah aku dah 99.9% sudah ditangani.. SERIOUS TAU!!.. No more banjir. hahaha.. Apa yang aku pakai?? meh aku tunjuk kat korang... Tadadaaaaa..


Haaaa...Ini lah rahsia nya tau... Perspirex! The best product yang aku dah jumpa. Finally... Aku ni memang kuat sangat berpeluh, maybe sebab liang roma aku besar gajah kot kan.. Peluh melampau-lampau. So, bila nak pakai baju pon kene pilih, kalau siang-siang, pakai la yang warna yang tak berapa tak menampakkan peluh dan juga pakai jenis kain yang tak panas. Haaa gitu. Payah kan? Bertahun-tahun cari solusi.. sampai mak aku bagi cadangan pergi buat pembedahan kecilkan riang roma bawah ketiak. hahahaha. 

So, dengan rajin dan saksamanya, aku search la kat internet(sumber di hujung jari), zuup!! tros la keluar pelbagai cara dan petua untuk mengurangkan peluh bawah ketiak.. Pakai bedak la, jangan cukur bulu ketiak la, jangan pakai baju time ketiak basah laa, apa laa.. hehe.. then aku cari apa produk yang terhebat untuk kurangkan peluh di bawah tangan a.k.a ketiak. Zaaapp..!! terus keluar PRESPIREX.. itu jee yang keluar. Produk lain takde pon. 

So, search punya search, mana nak cari produk ni, bukan di kedai nasi ayam gemas, bukan di kedai mak cik limah , dan bukan juga di kedai ah soon tayar sdn. bhd.. tetapi .. produk ni boleh didapati di setiap farmasi yang terpilih.. kenapa terpilih? sebab tak semua tempat ada. Aku beli dekat guardian KL Sentral. Sebab kat Putrajaya takde.. Itu lah kisahnyaa. 

Korang kalau nak beli, carilah sendiri ye.. usaha. Nak ketiak kering tak??? Hehehe.. 

Berapa lama nak dapat kesannya?? 
Sekejap je!! Apply satu malam, esok dah merasai kehebatannya.. Botol dia kecik je, tapi untuk kegunaan 3 bulan. Sebab bukan hari-hari kene pakai.. Lupa nak kata, perspirex ni ada dua packaging, yang atas tu yang lama, yang baru dia warna biru putih. Depend pada kedai, rasanya kat Malaysia still guna packaging atas tu.. 

Harga dia berapa?
Harga dalam lingkungan RM58++.. Mahal la sikit kan.. sebab produk dia bagus. Korang lupakan la dulu baju cantik-cantik, mekap-mekap, korang ambil duit tu buat bayar Perspirex. Sumpah tak menyesal. 

Lepas pakai Perspirex, aku tak pakai deodorant pon takpe, ketiak tak berbau pon. Dan ketiak basah sudah tiadaaaaaaaaa (^________________________________^)

Wednesday, September 12, 2012

Video menarik malam ini

Hahahaha... Aku tahu, ramai yang dah tengok, meh aku pulak yang share mengenainya.. hahaha. Ni video clip yang menarik minat aku nak join bersama mereka. hahaha..
Layan kan je la.. seronok kan?? hehe

Sifat Manusia

Tanggungjawab..
Korang tahu makna tanggungjawab??
Errmm.. aku takda la tahu sangat makna mendalam tanggungjawab tu, cuma aku tahu la apa yang dimaksudkan dengan tanggungjawab tu.

Kenapa aku sibuk bercerita pasal tanggungjawab?
Ini kerana, aku penat menjadi orang yang bertanggung jawab. 

Haaaaa.. kenapa?
Ini kerana, bila aku yang bertanggungjawab, yang lain hanya menutup mata dan membuat seperti tiada apa yang berlaku. 

Ini yang berlaku sekarang dalam kehidupan aku. Aku bukan nak sangat take responsibility ke atas segala hal. Ini disebab kan aku malas nak bertanggung jawablah, berlakunyaa sesuatu yang tak patut berlaku. Aku malas nak bertanggungjawab ke atas sesuatu ni sebab aku nak tengok ada tak orang lain yang nak amik tahu mengenainya. last-last ia melarat sampai 3 ke 4 bulan.. Nobody care!! At last, bila dah dapat warning, aku pon melakukan tanggungjawab tu semula. Atas dasar apa? Dasar KEPERIMANUSIAAN! Jangan ingat aku menghadaaaaaap sangat nak buat. Sebab bukan orang lain je ade kerja, aku pon masih ada kerja yang WAJIB diselesaikan dalam masa terdekat ni. Tetapi, nampaknya, aku ni laaaa yang terhegeh-hegeh menggalas tanggungjawab dengan rela nyaaa. Orang lain?? Wallahualam.. 

Tujuan aku tak amik kisah selama beberpa bulan tu adalah sebab nak ajar orang lain bertanggungjawab ke atas hal-hal yang patut dilakukan bersama, tetapi misi itu GAGAL!. Maybe orang lain tu banyak sangat kerja. Maybe orang lain tu sibuk sangat dengan hal duniawi dia. Maybe orang lain tu, tak tahu mana nak setelkan menda tu walaupun dah berzaman menetap di sini. Maybe orang lain tu rasa kat sini ada KULI yang boleh buat semua ni. Ini MAYBE la kann.. biasa laaa.. manusia .. ataupun maybe kat dahi aku ade cop "AKU BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEGALA HAL" kot kan.. 

Aku sebenarnya nak marah, tapi aku takda masa.. sebab masa aku sangat pack! Tidur pon tak cukup. Jangan ingat aku tak kerja, aku takde kerja nak buat. Aku masih ada 1001 tanggungjawab nak galas. Tapi masih mampu nak hadap menda yang patut di settle kan bersama-sama ni sorang-sorang. Korang kat mana? Dunia korang la kann..Hidup dah biasa senang.. macam tu laaaa..  

Aku masih berpegang pada prinsip ALLAH ITU MAHA ADIL..


Drama Bersiri Yang Mampu Membuat Anda...

Haaaaa..bila dah lama tak update.. baru la menggedik nak update berjuta post kan? hhahaha.. Biasalah kehidupan manusia kan. Hehehe. Aku sejak tak bekerja ni.. mata aku banyak ke hadapan skrin laptop ni haa.. Buat apa? mestilah buat segala menda kan. Kan sekarang segala-galanya di hujung jari anda!.. heheh.. Sejak beberapa ketika ni, aku memang suka layan cerita-cerita dalam youtube. Favorite aku sekarang adalah.. Keluarga Iskandar. Cerita sebuah family yang menetap di Johor. Cerita yang menerapkan unsur kekeluargaan dan kehidupan sebenar dan benar masa kini. Ala-ala cerita bersiri Modern Family versi Malaysia laaa.. Hehee.. 

Best ke cerita ni??
100% best !!! Ini kerana ia berkisarkan tentang kehidupan sebenar rakyat Malaysia kita ni. Perangai adik beradik yang pelbagai. Ditambah pulak dengan ragam diorang yang buat kita tersenyum dan kadang-kadang geram melihatnya. Aksi yang dilakukan nampak real dan tidak diguat-buat. Seperti menonton cerita live. Seronok je tengok. 
Nila teraju utamanya.. Mak dalam keluarga ni .. Ya Tuhan.. Dia punya lakonan.. buat aku gelak je.. pusinggg kepaala aku. hahaha.. Nasiblaa mak aku tak macam ni. Tapi best gak dapat mak perangai macam nii.. Baruu havoc! hahahaha...
Nampak betapa syok nya family diorang ni?? Hahaha.. Korang janagn la lupe tengok.. Tengok youtube je.. Bukan susah pon kan.. hahaha.. Nak link dia jugak?? Malas tau korang ni.. Semua nak kene suap ye nii.. haha.. sat naaaa.. korang nanti klik kat link bawah ni je kalau nak tengok yee.. pandai-pandai la korang cari episod dia kalau takde..




Adam dan Hawa

Sesiapa yang dah tengok cerita Adam Hawa dekat Astro sila angkat tangan!!!! Cerita yang mana??? Haaalaaaaaa... yang ada Aaron Aziz yang kacak dan Nadiya Nisaa. Cerita ini merupakan cerita yang diadaptasikan dari novel yang popular ketika dulu iaitu Adam & Hawa keluaran Alaf 21.
Nila pelakon yang menjadi teraju utama cerita ini. 
Cerita dia macam mana???
Fuuuuuhhhh... Awal-awal episod jee memang dah superb!! ni kan lagi episod-episod akan datang. Korang mesti nampak macam pelakon dua orang ni macam tak best kan.. Tapi jangan judge dulu sebelum tengok tuu. hehehehe.. Korang tengok cerita ni .. layankan dan korang akan tahu betapa best dan menariknya cerita ni. Ni bukan filem tau, ni adalah cerita bersiri.

Mana nak tengok??

ADAM DAN HAWA (ASTRO)

SALURAN TV: Mustika HD

HARI: setiap hari Isnin hingga Khamis
MASA: 10 Malam
EPISOD : 80 Episod



Haaaa... mengadap la korang kat TV 24jam.. hahaha.. bagi sesiapa yang takda Astro macam aku ni haaa.. korang jangan risau. Korang masih lagi mampu tengok online(selagi Astro tak block la..heheh) .. dimana??? disini laaa... 

Kalau link dia mati jangan marah yee..hehehe.. korang wajib tengok!! Aaron tetap membuatkan penonton seperti aku ni, cair dan terus meliuk lentok dengan kehemsemannye dan keromentikannya.. Ohhhhhhh Aaroon.. hahaha.. Nadiya Nissa pulak seperti biasa.. mampu menambat hati penonton dengan lakonan yang mantap!! Dia ni bakal jadi primadona ni ..sebab lakonan dia kat mana-mana pon menjadi.. ni pulak dengan Aaron.. fuuhh.. Hahahah.. Love both of them!!! Mampu ke layan sampai 80 episod tu?? Jangan mengarut-ngarut sudah laaa macam Budak Setan tu kann.. haha.. tapi aku rasa insyaallah tak mengarot kot..sebab ayat-ayat dia sejibik dalam novel tu.. hahaha.. Layaaaannnn.. 


Just few minutes




Selamat hari raya!!! Hahahaha.. Raya dah habis kan? ke ade lagi ye? Lama benau tak update blog nii.. Almaklumlaaa.. hidup sekarang kurang teratur.. Apa yang aku nak ceirakan dekat sini hari ni, waktu ni, dan di kala ini adalah.. Tahun 2012 adalah tahun yang kurang bertuah bagi aku.. itu yang aku fikirkan untuk beberapa bulan sebelum ni la kan.. tapii itu lah.. kita takkan jangka, bak kata-kata ni:

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

Kata-kata tu sangaaat betul! Ini berlaku pada diri aku untuk tahun 2012 yang bakal nak berakhir lagi beberapa bulan ni kann. Yela, meh aku cerita.. tahun ni agak penat sangat sebab aku banyak berusaha untuk mencari sepinggan nasi. Kerja yang aku lakukan di salah sebuah firma dah berakhir. Berakhir dek kerana kurangnya tanggungjawab seorang bos terhadap pekerja nya yang setia ni. Sampai laaaa ni aku masih tak dapat payment aku. Berserah kepada tuhan je la..

Laa ni, sedang berusaha mencari sesuap nasik melalui perniagaan online aku.. iaitu MIJA Selection ... Menjual pelbagai barangan wanita/lelaki yang terbaru dan termurah dipasaran! Haaa.. sempat promote tuuuu.. hahahaha.. ye laaa.. nak cari sesuap nasik kan.. hehehe.. 

Online shop bukanlah mata pencarian utama aku.. sebab tu aku masih lagi mencari kerja yang sepatutnya bagi aku... kalau diikutkan hati aku, memang aku nak menjerit.. nangis, nak marah stress dengan kehidupan aku ni.. memang kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang.. baru tahu makna sebenar kehidupan.. duit tu memang tak penting, tapi duit tu juga la perkara penting untuk hidup.. betul tak??

Walaupun banayk ujian dan dugaan yang timpa aku sekarang ni, Tuhan Maha Mengasihani, dia datangkan pelangi yang indah pada aku.. Sesuatu yang mampu mengubah hidup aku.. Insyaallah aku harap minta dimurahkan rezeki lagi selepas ini.. AMin..