Sunday, July 22, 2012

Dalam Fikiran Ketika Ini..

Ada ke...

  • Lelaki yang annoying dalam dunia ni lagi??
  • Lelaki yang busy body 24hour tentang hal perihal kawan dia yang juga seorang lelaki??
  • Lelaki yang bajet-bajet amik peranan girlfriend dimana dia nak amik tahu segala hal dan marah bila kawannya tu tak inform mana dia pergi, apa dia buat dan sebagainya?

Haaaaa.. Ade ke wujud lelaki macam tu?? Puuhh... Kehidupan aku sekarang ni boleh jadi tak hepi dek kerana lelaki itu.. Kalau BFF pon, rasanya tak perlu la nak busy body dengan kehidupan peribadi kawannya. Ye kan?? BFF bukan bermaksud, kene tahu segala macam pasal kawannya sampaikan cerita dalam spender pon nak tau kan?? Betul tak?

Aku banyak kawan lelaki, tak pernah pulak aku jumpa jenis lelaki yang super annoying macam yang aku jumpa ni. Berapa lama aku boleh tahan dengan perangai memualkan ini aku belum tahu lagi. Kalau dia melampaui batas kesabaran aku, aku memang  tidak semena-mena akan memangkah, mengcaras dan memancung diri dia. hahahaha. 

Sempena bulan puasa ni, aku akan cuba menahan nafsu amarah. Aku akan tukarkan amarah aku kepada perbuatan yang bijaksana. Apa yang bijaksana tu, aku tak boleh nak rungkaikan dekat sini, banyak cara boleh guna, asalkan guna akal dulu baru melakukan perbuatan tu. Yang penting, pandai bermain dengan psychology. 

Apa yang mampu aku katakan dari kes lelaki annoying ni adalah... Dia kekurangan kasih sayang. Itu je. So, pada pandangan aku, sehebat mana kita, secantik mana kita, semacho mana kita, sekaya mana kita, sepandai mana kita, sepopular mana kita, kalau jiwa kita tidak dipenuhi dengan kasih sayang dan amalan yang sepatutnya, APA PON TAK BOLEH... Ada segala menda tapi jiwa kosong.. Alamatnya, jika tidak bijak kendalikan perasaan dan emosi, kelak akan menghancurkan diri sendiri.. Jangan disebabkan sifat iri hati, orang sekeliling menjadi mangsa nya kan. 

Nak story banyak pon tak guna kan, kalau aku tengok time Ramadhan ni perangai dia masih begitu, itu membuktikan diri dia yang sebenarnya. Jika time Ramadhan ni dia berubah, itu bermaksud, dirinya sebelum ni adalah dikuasi oleh jin dan syaitan. So, aku mampu berdoa dan memerhati sahaja sehingga sampai waktu yang sesuai.. =)

Wednesday, July 4, 2012

Impikan Kulit Yang Cantik??

Hohoho.. Selamat petang semua!!! Aku sengaja nak amikk kesempatan ni nak kongsikan dengan korang satu produk  ni tau.. Haa.. aku dah amik produk ni dekat sebulan, dan hasilnya, Alhamdulillah.. Menakjubkan. Apa yang aku pakai??? Meh aku tunjuk. 
Inilah Vitamin C organik, dimana produk yang aku kirakan sangat-sangat bagus untuk sesiapa yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, kusam, kesan parut, dan seangkatan dengan nya. Hanya dalam masa 2 minggu sahaja, aku dapat rasa sendiri perubahannya seperti:
  • Kulit menjadi lembap, sebab sebelum ni kulit aku memang kering dan cepat luka bila garu.
  • Parut 'chicken pox' aku dah beransur pulih walaupun bukan sepenuhnya.
  • Muka licin dan parut di muka hilang dengan jayanya.
  • Mencerahkan kulit walaupun sedikit, biasalah kan.. aku memang dilahirkan berkulit gelap. Takkan la dalam sebulan boleh putih gebu. Betul tak?
  • Muka menjadi warna pink. * menunjukkan peredaran darah bergerak lancar
  • Kulit gelap di bawah lengan berkurangan, *tak payyah la nak guna deodorant yang hanya memberi janji kosong tu. hehe
  • Kulit menjadi lembut seperti bayi yang baru lahir .. wahhhh.. hehehe.. ni aku tak tipu.. Kulit jadi betul-betul lembut. seronok je pegang.
So, kepada sesiapa yang mempunyai masalah kulit, aku memang highly recommend Vitamin C Organik ni. Ramai yang dah menggunakannya dan tak menyesal pon. Malah lagi nak pakai adelaa. 

PRODUK TERLARIS MASA KINI!!
HARGA BERPATUTAN!!
100% TERBUKTI BERKESAN!!
100% HALAL
RUMUSAN TERHEBAT DARI HOLLAND
SIAPA YANG INGINKAN KULIT MENJADI CANTIK, SILA PM SAYA YE.. (^_^)

Ramai yang dah mencuba dan mendapat keberkesanannya..


Kalau rasa nak mencuba nya. Sila bagitahu aku ye. Aku akan cuba dapatkan untuk korang. 100% original. Orang kata, menda baik elok kita kongsikan kan. So, aku memang suka kongsi menda yang baik dan mengembirakan ramai orang ni. (^_^) Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk ni, korang boleh klik di sini ye.. ----> Mija Selection.
Di atas ni testimoni aku sendiri la kan. ni muka takda mekap. Just celak . liptip pon malas nak pakai. Hahaha..Kalau sesiapa boleh perasan, muka aku agak kusam, berbijik-bijik dan kalau di zoom kan memang nampak menggerutu macam kulit biawak!. haha. Tapi selepas penggunaan Vitamin C ni, wajah aku nampak wow! ahahhaa.. Ni takde edit-edit okay, just edit letak caption je. So, sekali lagi kalau korang berminat, hello-hello aku ye.. Insyaallah, akan ku sediakan Vitamin ini untukmu.. hehhe ..Adios.

Jodoh Dari Tuhan Memang Cantik..

Rasanya macam tak terlambat aku nak wish Selamat Pengantin Baru kepada Irma Hasmie dan Husbannya Redza. Bermula hari mereka dinikahkan sampailah hari ni, aku tak jemu langsung tengok gambar and video diorang. Fuuhh.. Tu la kan, jodoh bertemu depan Kaabah. Sungguh terharu dan aku pon teringin dapat jodoh di depan Kaabah. Bestnya la kan. Hehehe. Meh sini nak share gambar yang cantik-cantik dari official photographer mereka ni.. The Kliker. Banyak gambar yang cantik gila!! 






Indah kan????? Bertuah nyaaaa diorang ni .. hehhee. Suka sangat!!! Sama cantik sama padan! Moga jodoh berpanjangan until Jannah. Amin..Sebelum menghabiskan entry aku ni, meh layan video pr-wedding dan majlis resepsi diorang. 

Puas tak tengok diorang?? Tak kan.... same la macam aku. Sungguh seronok tengok keikhlasan cinta diorang keluar dari mata. Kann.. Best! Best! Best! Dan sungguh sebak bila lihat video-video ni.. Happy for them. Jodoh dari Tuhan itu Memang Indah dan Sempurna. ..