Thursday, June 28, 2012

Dugaan Apakah Ini?

As u know.. Bajet artis punya ayat. hahaa. Haaa.. sejak seminggu ni aku dok rajin train satu kakak a.k.a makcik yang nak kerja disini kan. So, Aku yang tak berapa pro tetapi pro bab-bab computer dan IT ni pon memberilah tunjuk ajar yang sepatutnya kepada kakak tersebut. Sehari dua aku masih mapu tersenyum bila dia lupa apa yang aku ajar. Masuk hari ke 3 4 5 6 7 .. SUMPAH aku dah hilang kewarasan. Ajar dengan sungguh la tak ikhlas nye. Sebabnya, apa sahaja aku ajar, dia lupa 100%. DEEEERRR.. Orang waras pon boleh hilang akal tau. 100% missing data tu kenapeeenye. Kalau ada at least 20% pon aku bersyukur. Ni non adoo. Sedih nye makkkk.. ='( .. Lepas tu bila dia dah stuck.. dia boleh kata " adik tak ajar lagi kan?" ... DEEYYYYYYY YENNNADEYY.. Aku nak pengsan. 

Disebabkan aku dah fedup nak  mengajor, aku pon nekad sediakan manual tentang step-step dari zero to hero. Haaaa. Hebat tak? Tapi kesan dan akibat yang aku dapat amat mengecewakan. Aku tak paham la orang yang macam ni. Time mula-mula masuk, gila excited nak belajar la apa laa. Tapi bila di ajar, mengeluh sana, mengeluh sini, potpet sana, potpet sini, tu sebab la ilmu yang aku ajar semua terbuang.. Banyak buang kat mulut tu haaa. Sometime dia suka buat pandai nak mengajar aku pulak.. pengsannnnnn.. Manual yang aku kasi tu, dia hanya nak tengok gambar je, baca nye tidak note-note yang aku tulis tu. Lepas tu tanya aku macam mana nak buat tu dan ini. Aku disebabkan hilang sabar dah., aku cakap je, " kat kertas tu kan dah tulis, cuba baca betol-betol' .. Then aku blah. Sumpah aku memang fail jadi cikgu@pengajar@tutor. Tapi ni first time aku hilang punca macam ni tau. Selama ni aku mengajar, aku masih boleh mengawal segala gerak geri aku. But sekarang, no more kesabaran. First time jumpa orang yang takda basic, zero, but beria-ria kata tau buat kerja. Akibatnya.. Menyusahkan aku !!! Hilang seri aku bila stress-stress macam ni.. 

Wednesday, June 27, 2012

Sempat Lagi Ke?

Selamat pagi yeee kawan-kawan.. Apa cerita? Hehe. Ehh.. aku kan nak konvo dah bulan depan kan, dengar je bulan depan, bukan nya jauh pon. Minggu depan je pon kan. So, dalam masa seminggu lebih ni, mampu ke aku menurunkan berat badan aku walaupun sedikit??? Halamakcceekk, malu pulak nak jumpa member-member bila badan dan overweight ni. Alaaaa.. memang la selama ni overweight, tapi ni overacting okay. Hahaha. Melampau mencanak-canak naik deerrr. SEDEEEH aku. hahaha. So, misi aku  nak turunkan sedikit laa, at least tak nampak sangat la aku naik mendadak secara jayanya hanya dalam beberapa bulan sahaja kan.. Jatuh la reputasi ai. Hahahaa. Doakan saya berjaya yeeee... 
Dasyat tak?? Hahahahah!!! Selamat Bergemuk Semua!!!!

Tuesday, June 26, 2012

Kenapa Penuh Dugaan??

Alkisah.. dah dalam 4 hari juga aku menjadi tutor kepada  seorang bakal pekerja di dalam office aku ni. Umor nya dalam lingkungan 40-an, dimana aku harus memberikan balik memori lama beliau keatas basic Microsoft Office dan segala mak datuk function di dalam office ni. Sesiapa yang mengenali diri aku, mesti tahu aku ni macamana.. Sungguh la kurang sabar orangnya. Ni kira bagusla aku sabar lebih dari dua hari. Tapi now, aku memang dah hilang sabar.. Hari-hari aku mengajar menda sama, TETAPI!!!! dia lupa hari-hari. Apa kesss toooqqq.. Aku nak nanges!!! Yang aku baru ajar tak sampai seminit pon dia boleh lupa. Haaaaaaaaaa.. nak guling-guling ni haaaa.... Aku fikir dia dah berumur je aku ni sabar dan boleh kawal perkataan aku. Dalam sabar-sabar tu pon, kadang-kadang terkeluar juga nada yang agak kearah sinis menyampah.. tapi nak wat camne kan. Aku memang bercita-cita nak jadi pegawai Human Resource yang  berjaya, tetapi kenapa takda pekerja yang usia setara ngan aku yang patut dilatih. ='(  oohh... tersiksanya dakuu... Kalau umur macam-macam aku dok buat perangai macam ni, mahu aku bantai dah.. nasiblah ni mak orang, aku masih waras.Fuh.
*dia balik umah agak-agak dia telan semut ke?? 

Monday, June 18, 2012

Mereka Kembali Ke Pangkal Jalan..

Ohhh.. Selamat pukul 11 Pagi semua! .. Apa cerit akorang hari Isnin yang indah ni??  So, now aku nak review cerita yang aku baruuuu tengok semalam. Jalan Kembali Bohsia 2. Seperti sedia maklum, jika Shamsul Yusuf yang mengarah, memang jarang yang mengecewakan kan. Sebab tu aku berani tengok walaupun dah banyak kali dikencing oleh cerita melayu yang syok sendiri sebelum ni. Tapi seriusly, kalau cerita Shamsul Yusuf, memang aku tak pernah fikir dua kali. Hahaha. Dulu, time Khurafat keluar pon, aku and kawan-kawan ramai-ramai p tengok wayang. See! Apa saja cerita dia, memang tak rugi bayar RM10.. hehe..

Sebelum ni Bohsia 1, memang best kan. So,a ku dengan tanpa pikir panjang, memang nak tengok Bohsia 2 sebab trailer macam best. So, p la tengok semalam. Okay! Tak rugi tengok! Cuma pada aku kalau dipanjangkan lagi waktu siaran tu, mesti banyak menda menarik dia boleh selit kan. Sebab tak puas tengok cerita ni tau.. Semua element dia masukkan, aksi, kelakar, ketuhanan dan macam-macam la. Shamsul pandai main emosi penonton untuk mana-mana cerita dia. 
Babak filem Jalan Kembali Bohsia 2

Babak filem Jalan Kembali Bohsia 2

Babak filem Jalan Kembali Bohsia 2
Penampilan baru seperti Zizan, Sofi Jikan dan Makcik apa tah dalam ni.. hehe.. memang menjadi okay. Zizan yang super lawak! Sofi yang super gila! Dan makcik yang super gengster! Babak yang buat aku ngilu adalah...
Babak filem Jalan Kembali Bohsia 2
Babak ni.. Perrgghh.. satu panggung diam tau. Sebab babak ni dimana, si Salina Saibi ni kene rodok dengan berus jamban kat tuuttt dia. Fuuhh!!! NGERI!!! Makcik ni memang gengster legend!! hahaha.. Dan senang cerita, dari awal sampai akhir cerita ni, memang best! Takde masa nak lelap sekejap pon sebab rasa semuanya menarik. Sapa rasa nak tengok jangan segan-segan dan jangan pikir dua kali. Sebab memang best! 

Friday, June 15, 2012

Melangkah ke satu tangga...

FINALLY!!!
My name dalam list!!! hahha..
Lamanyaaaaa tunggu sesi ni, lega rasanya dah tersenarai untuk konvo ni.. (^_^)
But still menyampah sebab tak dapat apa-apa detail dari MSU,  dah nak dekat akhir bulan dah ni, tapi tak tahu lagi berapa amount kena bayar and bla bla bla.. Lambat-lambat ni kang takda duit nak bayar baruu tau.. hurmm..
Tapi apa-apa pon, alhamdulillah akhirnyaa nak graduate dah aku.. (^_^)/'

Kata Hati..


Tuesday, June 12, 2012

Kenapa Mereka Begitu..

Kenapa sekarang budak-budak remaja pompuan terutamanya,,, suka sangat letak gambar pakai  lens  color-color dan besar-besarkan mata???? Macam gambor di bawah ni. Hehehe..
Haaa..tapi gambar aku ni aku edit je. Sebab aku tak retilah nak dandan mata aku jadi macam ni kan.. Haa. Berabalik ke cerita asal. Kenapa ye mereka suka buat muka bajet kembung-kembung pipi lepas tu besar-besarkan mata, pakai lens dan bermulut itik.! Hahaha. Rimas aku tengok  nyee. Cer tunjuk gambar sebenar. Kan ke cantikk.. Ni tak, aku  nengok.. habis semua album gambor cenggini. Hahaha. Maybe mereka-mereka terlalu K-Pop kot kan.. Sungguh besar pengaruh K-Pop ni di negara ni kan. Rosak.. =p .. Tang pakai lens la aku paling geli perut. Mana tak nyaa. awak tu Melayu, kulit itam manis, tapi nak pakai lens biru.. Padayappa betol la kann. Muka lak melayu tulin. lagiii laaaaa.Cer tengok macam aku.. biar natural.. calit sikit-sikit sudah.. baru la nampak kite yang sebenar. Baru la orang tak tertipu di sebalik muka ala-ala Barbie doll korang tu kann. Bukan apa, ni kan ciptaan Tuhan. Dah Tuhan kasi mata kaler itam.. itam la dia.. dah tuhan bagi mata sepet.. sepet la dia.. dah Tuhan kasi pipi cengkung.. cengkung la dia.. kann.. hahahaha... 

Yang makin rimas bila, ada caption gambor tu mcm ni.. " ni muka cedihhh kiteeww.. tak pakai makeup powwn.." . Tapi kat mata ade celak tebal. Hahahaha. Budak-budak sekarang. Dahagakan sungguh puji-pujian dari semua orang. Bukan dapat apa pon dek. Dapat tambah dosa lagi ada. haahaha..Yela kan. Bila dia buat caption cmtu, nanti ade la yang comment " ehh.. tak mekap ke.. cantik nye awak yeww,, cute jewww.."' .. pompuan memang suka kalau orang puji comel-comel kan... Sapa tak suka tu TIPUUUU BESAR. Then nanti budak pompuan tu pon kata la.. " eehh.. mana adeeww, mukeew kiteww biaseww-biaseww jeeww, tak comel powwnn"... =_='

Geli kan? Hahha.... Suka jual muka kat orang ramai. Hahaha. Tau la awak sorang jewww mampu beli lens kaler biru tuww.. hahah.So, nasihat saya kepada adik-adik di luar sana.. nak bergaya boleh, nak bermekap boleh. But please besederhana. Toksahlaaaaaaah seronok sangat jual muka kat FB tu.. Kalau cantik betul takpa jugak. Cantik mekap tebal buat apa kann.. kan.. hehehe.. Cuba jadi macam akak nii..
Nampak? sikit-sikit sudah.. Tuhan dah create comel dah muka kita kan.. Cuma kene pandai jaga je la. Gambar ni la aku guna untuk edit jadi seperti gambar di atas. Hahaha. Caya tak aku edit?? Elmieah kannn.. hehehehe.. 
*semua orang nak tiru muka kiteww yang cute nii.. hurrmmm..

Sunday, June 10, 2012

Gila K-Pop

Ahaaaaaaaa... Sekarang ni K-Pop betul-betul dah menghantui aku. Sunggup tidak mengikut arus zaman kan aku ni. Orang lain dah berzaman minat. Aku baruuu la sekarang ni nak minta kan. Hahaha. . Ni la cerita-cerita Korea yang aku dah tengok . Tak la banyak nau macam korang tengok.. tapi okayla... 
My Lovely Sam-Soon
Best Giler cerita dia.! Nila satu-satunya drama yang aku dah tengok lebih dari 3 kali! Hahaha. Romantik + Kelakar + Sedih semua complete! hehehe.. Yang penting hero dan heroin nya Hyun Bin dan Kim Suna sungguh ade chemistry. Haha. Nak tengok LAGI!!!!!
Boys Over Flower
Lagi satu drama menarik giler!!!!! Watak Geum Jan Di, Gu Jun Pyo, Yoo Ji Hoo, Soo Woo Bin dan So Yi Jung sungguh-sungguh fantastik!! Cerita ni aku nengok macam aku negok cerita hindustan. Banyak nau nanges nye! Hahaha. Tersedu-sedu nanges. Hahaha. Ni pon hero dan heroin dia sungguh menjadi. Boleh nampak Jun Pyo dan Jan Di mempunyai chemistry sendiri. Sebab bila Jan Di bersama lelaki lain, tak nampak chemistry tu. Hohoho. Ni pon wajib tengok lagi sekali.! 
You are My Pet
Cerita yang cute dan miut! Hahahaha.. Tapi hero dan heroin takdeee la nampak sungguh ada chemistry tu. Hehhe. Nampak macam kakak and adik je watak dia. Tapi cute la cerita ni. Dan Jang Keun Suk berjaya la juga bawak watak sebagai 'seorang' anjing yang sungguh cute. Hehehe. Cerita ni kalau tak tengok lagi pon takpe. HAhaha.. Sebab takda la terlekat sangat kat hati aku. 
100 Days With Mr. Arrogant
Lakonan Kim Jaewon dan Ha Ji-Won okay-okay la. Jalan cerita macam biasala. Cerita Korea memang macam tu kan. Cuma pengakhiran cerita yang agak konfius dan membuat orang tertanya-tanya apa jadi kepada mereka berdua ni. Hehhe. Dan cerita ni aku pon taknak tengok kali kedua. hahahaha..

Hokey, now aku nak gagah kan diri nak tengok cerita Secret Garden pulak..Sebab dengar-dengar nya sangat best! Dan yang paling penting aku nak tengok dek kerana Hyun Bin yang hemsem lagi bergaya tu berlakon. Sapa taknak tengok kannnn. Hehehe..
Okey Secret Garden!! Wait for me okay. Aku akan tonton kau sampai puas. Hehheeh. (^_^)


*kepala terbayang-bayang lagi cerita Boys Over Flower.. OOhhhh Jun Pyo... *lovelove

Review Filem Lagi..

Selamat Malam.. Apaaa kabar? Okey, aku takda menda nak post sangat.. Cuma aku just nak review filem-filem yang baru aku tengok baru-baru ni. Okey, minggu-minggu yang lepas, aku pergi jalan-jalan kan, so aku pon menonton la wayang untuk mengisi waktu lapang. Ni la filem yang aku tengok minggu-minggu lepas. 
MANTERA
So, cmne cerita dia?? SEDIIHHHHH. Hahaha. Bajet awal-awal cerita nak buat ala-ala hollywood. Erm.. Cerita ni mengarut pada aku. Dan aku rasa orang yang buat cerita ni memang kaki game dan imaginasi game tu dah mempengaruhi pengarahan dia. Skrip yang SEDIHHH, teknik CGI yang SEDIHHH, SEDIIHH segala-galanya. HAhaha. Sian Tomok dijadikan bahan dia kan. Kalau sesiapa yang tengah stress, jangan tengok cerita ni, takot ada pulak pawagam yang kena bakor. Hehehe. Disebabkan dua kali berturut-turut kami ditipukan oleh cerita-cerita Melayu, so baru-baru ni kami menonton wayang, dan berjanji tidak akan menonton cerita Melayu dipawagam lagi. Tengok sajalah di Youtube ataupun download. Ayat perosak industri Malaysia memamng macam ni. Hahaha. Siapa soh buat filem SYOKK SENDIRI je. PAdan la muka kan. hahaha. 

Ni filem yang baru aku tengok minggu lepas. Pergi time kerja memang tak ramai orang la kan. hahaha. Kantoi. 
SNOW WHITE AND HUNTSMAN
SYIIOOOKKKKK GILER! Pergi la tengok sekarang! Semua watak menjadi. Si Mak tiri tu memang laaaa jahat betul-betul. Snow White yang sangat cantik walaupun serabai dan huntsman yang sungguh macho walaupun serabai juga dan si Willian yang hemsem sangatt. Hahahaa. Cerita aksi yang penuh suka dan duka. Comel-comel dan jalan cerita yang menarik.!! Rasa macam nak tengok lagi .. =)

Okeyla. Ini la cerita yang baru aku tengok. Korang kalau nak tengok, buat la keputusan yang benar. Haha. Yela.. asyik kena tipu je dengan promo filem yang bajet gempaq, tup tup bila cerita sebenar.. SEDIHH. hahaha.. Adios!

Thursday, June 7, 2012

Perginya Seorang Embah..

4 Jun 2012, 7:30am.. satu-satunya embah aku yang tinggal sudah meninggalkan aku.. =(  .. Aku nak kata rapat, agak rapat time kecik-kecik dulu, selalu lepak umah embah aku ngan sepupu sepapat aku.. Bila dah besar ni je jarang jumpa. Last aku jumpa sebulan yang lepas dengan family aku. Itu pon dia dah sakit tak boleh nak berjalan sangat. Dan moment yang aku tak kan lupa bila dia tanya, " mimi buat apa sekarang?" aku jawabla.. "dah kerja kat Putrajaya" .. Dia dengan tak berapa larat dan tak berapa nampak tu hulur tangan  kat aku cakap" tahniah..tahniah... kerjo elok-elok, kerjo sungguh-sungguh.." . Dan aku tak sangka itu last words yang aku dapat dengar dari dia ='( .. Last week dia mula sakit.. aku tak dapat pergi sebab aku kerja and memang aku pikir nak pergi weekend. Then dengar-dengar cerita embah aku nak kena transfer ke Raub.. then aku balik Raub alang-alang boley tengok parents aku sekali kan. Tapi rupa-rupanya embah tak jadi di transfer. Aku pon pikir macam nak pergi dalam minggu ni. Tapi.. sesampainya aku di Office hari Isnin tu, apak and mak aku kol, cakap " Embah dah  meninggal tadi .."  

.....................................................

Time tu tak sedih pon lagi, tapi bila dah gelabah-gelabah nak kemas beg nak kena naik bas balik ke umah cepat-cepat.. time tu la bergenang air mata. Tiba-tiba time tu laaa keluar semua memori aku ngan embah. Teringat time dia jaga aku time mak aku takde p Haji dulu. Teringat kenangan kat kampung. Teringat semua. RALAT sangat bila tak dapat tengok dia time sakit. Sangat Ralat. Tapi aku sabar hati aku ni. 

Dah dalam perjalanan ke kampung, rupa-rupanya baru aku tahu, jenazah embah dah dikebumikan.. Makin luluh hati aku. Ni la padah nya pada aku agaknya. Putrajaya ngan Klang bukan jauh pon. Kenapa la aku tak pergi lawat dia time dia sakit tu. Bodoh aku ni. Tapi apakan daya. Itulah takdir aku. Aku berharap dapat ciom dia sebelum dia dikebumikan. Tapi tu pon tak tercapai. Sedih dia hanya Tuhan yang tahu. Tapi aku tahan.

Sesampai di tanah perkuburan, time tu dah baca-baca doa dah. aku duduk jauhhhh dari tempat pengebumian. Tak sanggup rasa hati. Time tu sebak je dada. Nak nangis tak mampu dah. Sebab ralat yang teramat sangat. Aku cari-cari mak aku and apak aku. Diorang ada kat depan tu. Dah habis doa. AKu pergi kat mak aku. Aku salam dengan mana-mana yang sempat je. Aku tengok je orang siram tanah embah aku. Aku nak pergi tapi aku taknak. Sebab aku takot aku tak mampu kawal perasaan. Aku act seperti takde ape-ape berlaku. Teruk kan aku? 

Then aku beransur pulang.. 

Ralat, tetap ada sampai sekarang. Tapi aku hanya mampu berdoa je la supaya segalanya selamat dan embah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah. 



Friday, June 1, 2012

Cara Buang Stress

Sesiapa pernah dengar dengan mitos menyatakan, jika kita ada masalah, kita kena gunting rambut.! Haaa. Pernah dengar? Aku memang pernah dengar. Sebab tu, kalau aku ada problem ke, aku stress ke, mangsa pertama aku adalah, rambut! Tak kira la aku nak potong sikit ke, potong banyak ke atau apa sahaja dengan nya. So, semalam ada lah melayangnya sisipan di pintu rumah aku. So, aku tengok la ape kebenda nya kan. Muslimah Hair Saloon. Cut.Wash.Blow. RM 28 .!

OKEY!!! INTERESTING!!!

Aku apa lagi, dek kerana jiwa agak kacau dengan sekeliling, aku pon tekad nak gunting rambut.Fuh.Nekad.Nekad! bukan Naked! =_=' . Kalau ikot hati, aku malas nak potong rambut, sebab dah panjang giler sampai tanah(silapercaya), tapi disebabkan panjang sampai ke tanah ni la, aku jadi tak boleh tidur, tak selesa dengan cuaca, dan blablabla..Dan sebelom maghrib tadi, aku search la hair cut yang comei-comei buat muka bulat macam saya ni kan. So cari punya cari.. YES!!

Terus pergi ke kedai, tiba-tiba disambut oleh kakak yang agak bengis. SO, dah lama sikit keluar akak yang molek.. dia la tukang dandan aku. Nasib aku tak dapat yang bengis tu. Fuh. Aku sebenarnya bersyukur sebab selalunya aku ke kedai gunting rambut, aku selalu dapat orang yang betul-betul dapat hasilkan rambut yang seperti aku nak. Aku pon tunjuk kat kakak tu gambar rambut yang aku nak. Dia kata..SET! .. Fuh.. Nasib dia tak kisah. ahhaha.

Gunting punya gunting, basuh punya basuh, urut punya urut, blow punya blow, akhirnya siap.. '\(^_^)/'. Akhirnya style rambut aku yang diidamkan pon tercapai..!!
Kepala ringan!! Stress berkurang!! Muka nampak lagi muda(tipu)!! Ohh.. Indahnya!! hahaha

*salah satu sebab mengapa orang memotong rambut dikala stress or seangkatan dengan nya adalah, kerana selepas kita gunting rambut,muka kita akan berubah. Kan? So, muka kita yang kita nampak time stress tu sudah tiada. Macam aku la, time mengahadapi stress yang melampau, rambut aku panjang kan. So, aku amik keputusan drastik potong sependek-pendeknya bagi menghilangkan wajah stress yang mengdilemakan aku tu. Fuh.! Berjaya 88%. =)