Sunday, April 29, 2012

Good to know...


Cuti Berderet..

Oh.. Hari ini hari Ahad. Ada apa hari Ahad? Mestilah ada hari yang membosankan kan. Tiada aktiviti yang memberangsangkan. Semalam berlaku satu peristiwa yang boleh di anggap peristiwa setiap tahun. Hahaha. BERSIH. Aduhh.. macam-macam la tengok kat Youtube, FB etc.. Macam-macam pendapat, positif mahupun negatif. Tetapi, aku sebagai mimi, memang tak amik tahu. Hanya mampu lihat dan berfikir sejenak dan let go. Itu sahaja. Politik bukan makanan ku. Hhehehe. 

Sapa cuti esok angkat laptop!!!! '\(^_^)/' .. Tapi aku tak gaji lagi, takde la perasaan seronok bila cuti esok kan. Hehe. Nasib badan. Korang macamana? Cuti ke kerja? 

Okayla, macam banyak nak share, tapi nanti lah aku share.. Bahang betol dalam rumah hari  ni. Takde perasaan nak tulis. =)


Tuesday, April 17, 2012

Love Her Voice Damn Much!

Youtube salah satu punca rezeki bagi insan-insan yang berbakat yang mana nak bakat diorang diketahui umum, dan juga salah satu platfom untuk korang saja nak share bakat atau apa sahaja. So, aku dalam syok-syok dengar lagu tadi, tetiba terclick satu video ni, sambil click tu pergila ke FB jap, pastu terpegun jap aku bila lagu dah start. Ya Tuhan.. Sedap nya suara kau.. 



Itu sahaja, kalau korang nak lebih.. korang p sendiri kat page diorang. Sebab apa aku suka sangat suara dia ni, sebab dia selamba je nyanyi, tapi suara dia awesome!!! Kau mampu?? Kompem la tak, kalau tak mesti korang dah nyanyi kannn. Okayla. Nak layan lagu dia lagi. 
Soooo Sweet this girl. 


Monday, April 16, 2012

.......

Macam-macam hal dunia sekarang ni kan, rutin pagi-pagi aku adalah baca paper dan jadikan perkara yang pelik-pelik sebagai pengajaran.

*tiada mood di Isnin, dek kerana penat keluar semalam. Hope Pkacik aku sihat seperti dulukala dan dapat keluar hospital cepat. Amin.. 

Friday, April 13, 2012

Awak Kena Tahu...


Korang masih ingat???

Hari Jumaat ni aku kasi slow hiburan je la ye.. Heheh. Kalau sesiapa lahir tahun 80-an mcm aku ni, mesti dia pernah tengok video budak ni kan. Femes ! Dah nak dekat 6 7 tahun lepas video ni. Hehehe. She's adorable muah muah!! Hahahah.. Jom layan!

(^_^)

Kenapa Romantik Sangat??

(^_^)

Thursday, April 12, 2012

Zed Zaidi Sakit Apa?

Selepas habisnya Anugerah Bintang Popular, aku pon baca la tentang berita Zed Zaidi yang kurang berpuas hati di atas kemenangan Aaron Aziz untuk hadian utama itu. Time tu aku okay lagi, walaupun membara je dengan status dia tulis tu. Lagipun Aaron Aziz pon dah membalas dah kata dia tak kisah apa yang Zed kata, sebab dia tak matang. Hahaha. Tengok, abang hero aku cool je. 

Then tub-tub hari ni pulak, ada cerita pasal Zed Zaidi buat kenyataan yang dia samakan  artis luar ni macam pembantu rumah je. Halaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahai. Zed ni kan, aku cucuh laaaa putung api kat bulu-bulu dia baru tau. 

Kadang-kadang aku pelik, kenapa Zed Zaidi ni nak marah sangat???? Patutnya dia bangga ada anak MELAYU yang hebat macam Aaron. Tau...Aaron bukan Malaysian, tapi sama je la dengan Yuna yang dapat pengiktirafan dekat luar negara tu, takde pulak jadi isu kan.. Orang luar ade samekan Yuna dengan pembantu rumah? Takdeee... 

Zed ni mentaliti kunoo, yang kelakarnya, setiap kali dia jawab soalan, dia akan kata, 'SAYA SEBAGAI TIMBALAN PRESIDENT PERSATUAN SENIMAN" blablabla... bayangkan setiap kali diajukan soalan, itu ayat yang dia ulang. Ko nak satu dunia nampak ko TIMBALAN tu??Ape celooop bang! Then, dia cakap, dia terpaksa cakap atas desakan osegelintir artis yang kurang puas hati terhadap isu ni gak. 

Dah kata TIMBALAN, gunalah otak, takkan orang kata.. makan taik , ko makan taik. Betul tak?? So, sebelum bagi kenyataan tu, pikir dulu apa yang baik dan tak, bukan ikut otak 'Zed Zaidi' dia, tapi ikot otak 'TIMBALAN' dia. 

Dah.. Aku bukan nak backup si Aaron pon, cuma aku lawak sangat bila Zed ni tak sudah-sudah.. Pelik betul. Dari kau sibuk hal kewarganegaraan ni, baik ko sibuk hal yang lain pasal video lucah ke, pakaian seksi ke, mutu lakonan ko sendiri keeeee.. haaa. gitu kann.. Haiiiii la Zed ~_~

Hai,, Nama Saya Timbalan Seniman Zed Zaidi ~_____~'

Iklan!!!


Hai, nama gua Mimi Miaw...
Tujuan gua buat iklan ini adalah...
Gua perlukan someone yang boleh buat berbincang dengan gua,
hahahah! Eh tergelak. Tengah serious ni,
Gua nak seorang yang boleh gua luahkan perasaan,
luahkan masalah dan bersua muka ..
Gua punya kawan semua jauh-jauh, 
suara je mampu gua bertemu, muka jauhh sekali. Hahaha
Eh.. tergelak lagi. Serious laa..
Okay, Gua gagah perkasa, 
tapi gua tak kisah kawan ngan sapa-sapa, 
janji kena ngan kepala gua..
Gua Serious Ni.

Gua tak kisah la lu sapa,
itik ka, lembu ka, kambing ka,
gua oraite je,
tapi kalau lu pig dan anjing, gua layan jugak,
tapi gua tak boleh pegang lu all,
sebab haram, hhehe..
Oppss, serious.
Okaehh.. Gua nak blah dulu,
kalau ada yang nak jadi partner gua,
hello-hello gua ye,
Y(^_^) peace yo!

Eh..lu punya telinga gabak,
mesti lu orang yang paling sesuai jadi pendengar setia gua kan!

Ilmu Sepanjang Zaman

MAsuk office, lepas cuti semalam, sungguh la takde mood. hehehe. So, dalam bosan-bosan, buka la Youtube.Cari punya cari, apa yang boleh dijadikan hiburan pagi hari ni sambil layan sandwice telor, So.. search..search..search.. thenn... jumpa!!!.. Okay, jom layan video ni, walaupun lama dah 3 4 bulan lepas, tetapi input tu ada.. Jom layann..

Lawak dak?? Tak rugi kan tengok. hehhe. Tengok banyak kali pon tak apa. Sebab ada ilmu dan juga diselitkan sedikit jenaka. Kan best tu. Mengajak kita ke arah lebih baik kan. Hehehhe. Okay, dah habis layan., nak godek-godek video lain pulak. Hehehe. Chiaaaauuwwwww..

Wednesday, April 11, 2012

Huyunggg Hayanggg

Dalam pukol 4 lebih ke pukul 5 petang tadi, time aku syok-syok baru mengadap makanan istimewa buatan aku sendiri iaitu sandwich beger daging cheese telor! Cissss! Ubat tambah lemak je kan tu... Haaaa. Sambung cerita, aku dapat rasa kehuyung hayangan.. aku pikir aku tengah penin-penin ke tadi, aku bukak la pintu umah, tengok ade mende yang luar biasa tak, still tak jumpa, tapi still rasa huyung hayang, tengok air dalam cawan, agak huyung hayang gak, dahhh nampak bukti dah.. tak puas ati lagi, aku amik telur sebijik, letak atas meja, dan bukti kukuh!! telur tu huyung hayang gak.! Ape jadi?????

Aku yang bijak lagi cendiakawan  ni pon, buka la FB, haaaaa...kata berita hujung jari kan, ape kes buka FB kan?? hahaha. Sebab FB je orang update status every second.! So, time log in je, nampak status kawan pasal gegar! Sah.. tiba-tiba teringat 2 3 tahun lepas, time aku kat Shah Alam, time syok-syok lepak dalam bilik, aku rasa huyung hayang, yang ni power punya huyung hayang, aku keluar bilik, tengok botol atas TV dah jatuh, TV pon tunggu waktu nak  jatoh, cepat2 lari kat TV, then panggil kawan-kawan, tanya diorang rasa tak gegar.. Fuuhh!! Time tu jantung tak yah cerita la kann.. Nak tercabut rasa. 

So, tadi aku dapat tau, ade gegaran gempa bumi sebanyak 8.9 skala ritcher dekat Acheh dan juga amaran Tsunami. Ooo... patotla gegar semacam, aku doakan Acheh baik-baik la hendaknya. Ni tadi baruu rasa lagi gegaran, dalam pukol 6 lebih ni, aduuuuu... risau .. dah la duduk sorang-sorang.. Harap-harap malam ni aman dan tiada lagi gegaran. Amin..
Hanya Doakan Sejahteraan Bumi Allah ni.. =)

Tuesday, April 10, 2012

Kurang Gemar

Aku baru je lepas siapkan task dari bos aku. So, time to gedik-gedik with FB,aku pon jengah la gambor Nora Danish and the geng.. As all know, Nora Danish memang la seksi kan.. Nak wat cmne. Dah dia dilahirkan macam tu. Okay, bukan nak cerita pasal Nora Danish sebenarnya, aku nak cerita pasal kekurang gemaran aku terhadap teguran rakyat jelata terhadap industri hiburan dunia. Haaaa.. Macam serius je tajuk cerita dia.. Padahal.. TIDAK.. hehehe.. 


Bukan apa, aku dah lama dah perhati kan certain thing ni. Setiap kali artis post gambar, mesti adaaa je negative comment dari haters. Fiueewww... adala haters tapi dia like page tu.. Fieeuuwww lagi. Hahaha..


Apa aku nak cerita? Tak panjang pon cerita tu, aku just tak suka bila orang comment sesuka hati mulut busuk dia. Okay konon kata sotuasi dia cmni:


1) Nora Danish post gambar pakai baju dedah bahu.
   - haters/mulut busuk memberi komen, " cantik awak ni, ingat kan CRISTIAN, rupanya Islam. 


Nampak tak?? Pada aku, agak la kurang sopan cakap macam tu, agama merupakan isu sensitif. Janganla menilai orang dengan macam tu sekali. Aku bukan apa, memang dia salah pakai baju dedah bahu, tapi kalau betul nak nasihat, tak perlu la macam tu. Geleng kepala aku baca. Lagila yang comment tu pon kalau betol ISLAM sangat, takdenye kau nak CUKUR KENING kan. See, mulut busuk mana perasan dia mulut busuk kan. Ada lagi yang dulu punya isu,


2) AJL bertembung dengan Ceramah Ustaz Azhar Idrus.
   - Time tu memang dasyat haters and fans semua. Tak kirala untuk UAI ataupun AJL. Perggh.. Itu lagi buat       geleng badan aku. Hahaha. Haters AJL kata " Jatuh hukum haram kalau korang tengok AJL dan tak tengok Ceramah UAI"


Siapa awak nak cakap haram halal. Tak kisahla nak tengok yang mana. Habis yang korang duduk buka Fb dan tengok page AJL tu buat ape? Pergilah tengok ceramah UAI tu. Dah kata ada streaming kan, so, kalau la  kami tengok kedua-duanya, apa hukum pulak?? DOSA 50% PAHALA 50%? gitu? Fieeuuww.. Siap cakap pasal solat Maghrib la apa laa.. Padahal dia dok sibuk mengkomen dari atas sampaiii bawah. Habis, awak tu solat Maghrib tak? Seee.. 2 X 5 je kan. Mereka ni suka malukan sesama umat je. 


Konklusinya, nak nasihat, nak tegur, nak memberi pandanga, BOLEH. Tetapi, BIARLAH KENA PADA KEADAAN, DAN LIHAT DIRI SENDIRI DULU SEBELUM NAK MEMPERBAIKI KELEMAHAN ORANG LAIN.


*Aku tak kata aku jahil or baik sangat. Aku cuma annoy dengan orang yang dia sendiri pon pakai ketat mcm nangka lepas tu nak cerita pasal halal haram berpakaian. So, awak pon Kristian la kan... Urrmm.. Kakak-kakak, makcik-makcik di luar sana, jagalah mulut tu, gunakan FB sebagai tempat yang elok, tak suruh jadi alim, cuma, sebelum cakap kat orang, tengok baju kat diri sendiri dulu.. MEMALUKAN DAN MELOYAKAN. Bye.


Tido Lagi Baik. Kroooogghhh...

Monday, April 9, 2012

Corat Coret ABPBH 2011

Aku yakin korang tengok ABPBH malama tadi kan? Jom tengok corat coret dari pandangan mata aku.
  1. Pembukaan yang bosan .. bebelan yang meleret dan mengarut dari Raja Azura.. sungguh buang masa. 
  2. Masalah sound system yang agak kerap.. tak kira la time persembahan, time pengacaraan dan juga time pemberian hadiah
  3. Aku rasa Didiey Alias dah terkantoi time penyampaian hadiah Pencapaian Sepanjang Zaman si Sheila Majid. Aku sure memang ada montage untuk Sheila Majid, tapi dek kerana Didiey terus menyebut penerima hadiah tu, soo.. Jadi hambar. Yelaa.. tiba-tiba sebut pemenang. Sungguh careless Didiey.
  4. Persembahan malam tadi agak menyentuh perasaan. Good Job!. Ditambah pulak shot theater Ombak Rindu.. Sungguh Asyik.
  5. Perbuatan yang tiba-tiba dari Aznil Haji Nawawi untuk menyampaikan hadiah kepada Zizan untuk kategori Pengacara popular sungguh menyentuh perasaan. Zizan deserve that trophy.
  6. Persembahan Ziana Zain, Azlan, Anuar zain, Dayang, Amy Search, Hafiz, Adira, sungguh mengujakan
  7. Suara Najwa Latiff tetap menarik minat aku, tetapi baju dia membuatkan aku rimas tengok persembahan dia malam tadi. Mangsa Fesyen ... =_='
  8. Tahniah Aaron!!! Sungguh suka  bila dia ciom kepala isteri dia bila dapat award. Kalau orang lain sibuuukk nak pelok depan TV kan.. hehehehe.. 
Dah. Jom tengok gambar. Ada sumber dari roti kaya, dan juga scan gagah dari Beritaharian.
The Winner!!!!

Bahagia sunnguh depa ni... NAik badan sudah.. =)
Legend
Lovely Couple Ever After.. hehe
Badan Siti dah naik atau Breast dia je naik?? Pelik. heheh
Eh.. Abang Aaron lagi... (^_^)
Kesian kau dik.. Takpela.. asalkan .. ur voice is superb!!
Ni la  yang buat aku sesak tengok. heheheh
Seperti biasa.. Gorgeous and Sexy
Beautiful bakal pengantin  ni.. hehhe

Menang lagi dia.. hehhee
Patot diberi kepada orang lain pulak.. Sebab dia dah tak menyengat..
Okayla tu Botak.. =)
Memang dia layak untuk award ni.. 
Maybe dia dah terkejut dapat award, tu yang kurang stabil malam tadi.. hahha
Bakal Legend MAlaysia!!!
Orang kampung aku  ni.. nyiahahahahaha.. !!
Sungguh anggun dan sopan.. I minat u. hehe..
Memang takde orang lain yang mampu tanding kau Hafiz oii.. hehe..
Okay, sebelum aku habiskan post aku, jom layan persembahan Ombak Rindu dan detik dimana Aznil menyerahkan Award kepada Zizan.


Okayla..tu je yang mampu nak share.. Hehhehe.. Tak suka toksah layan k.. heheh.. Bye!

Kita Still Muda

Jom layan lagu ni.. Hahahha.. Abaikan tajuk yang gila tu.. Aku bagi 2 version lagu, pilihla version mane korang minat. 


Semoga pagi isnin korang happening juga!!!
(^_^)

Thursday, April 5, 2012

Seperti Biasa

Post aku mesti bosan. Hahaha. Okeh, apa kabar semua... Aku hari ni ada dua cerita pendek. Tak tau la ia boleh dikategorikan sebagai cerita atau pun sampah. Haaa gitu. 

Cerita Pertama:

Semalam aku balik rumah aku naik bas.. Bas No.500 menghala ke Putrajaya Sentral. Aku mula-mula melangkah ke tangga, aku dah tak suka dengan drebar bas ni. Aku bukan kata semua orang kena suka aku. Aku cuma kata, aku tak suka drebar bas ni jee. Okay. Toksah panjang cerita. Aku dah agak drebar bas ni someting. So, dalam perjalanan, berhentilah di destinasi Kompleks A tak silap, ada seorang kakak yang muulussss kulitnya datang ke pintu bas dan bertanya.. " Pergi 14 tak??" .. Lepas tu dengan selambanyaa, drebar tu buat tak tau. Kalau nak kata drebar tu tak dengar, TIPUU BESAR. Sebab aku dengar sangat jelas dan sungguh kuat akak tu cakap. drebar tu lama tunggu, akak tu ulang banyak kali. Drebar tu tak pandang pon. Pastu dengan selamber badak, drebar tu jalan dan tutup pintu. SUNGGUH KURANG HAJAR! Aku nampak muka drebar tu kat cermin, aku pandang slek kan dia. Dia perasan, pastu dia bawak bas sambil geleng kepala, bajet akak tu nampak keeee kalau ko geleng kepala sekarang?? BINGAI. 

Yang aku tau, ni drebar bas baru, sebab langsung tak pernah tengok dia bawak. Orang kalau baru-baru ni, mana nak tunjuk otai. At least cakapla "tak"  ke, " sentral" ke, "geleng time tu" ke .. ape ke biadap sangat. Terok la orang macam tu. Muka tak kacak pon, makin tak kacak aku tengok bila dia buat camtu. Berlagak samseng. Sumpah aku berdebar-debar tahan marah semalam. Sebab selama ni, takde la berlaku depan aku, drebar kurang ajar macam ni, buat tak tau, blah, tutup pintu. Kakak tu terkejut je aku tengok. Mesti dia dendam dengan orang tu lepas ni. Sedangkan orang-orang lama pon, pandai hormat penumpang, ni yang baruuu ni pulak yang kurang hajar. Sekali lagi aku nampak dia buat macam tu, aku report Perbadanan. Huh.

Cerita Kedua:

Sekarang ni aku agak 'bizi' sebab keje lagi, dating lagi, tidur lagi, main game lagi.. hAaaaa.. banyak tak kebizi an aku tu. So, dalam bizi-bizi aku ni la kan, aku mampu lagi kemas rumah! Aku takde pulak manjakan diri aku, dek kerana tak melekat kat umah, so tak payah kemas umah. Haaaa.. Paham ayat aku? Tak paham ye, heheh. Baguuss. sebab aku pon tak paham.. -_____-' .. Makne aku adalah, aku ni pon kerja, balik kerja, dah nak dekat Magrib, duduk lepak-lepak, bontot tak panas, dahh kene keluar dating. Hahahaha. Macam berat je dating tu kan. So, balik dah malam, nak tidur. Nampak kan di situ aku bizi?? TETAPIIIII , dalam bizi aku tak letak bontot kat rumah, aku masih mampu curi waktu kemas rumah. Sampai siap dengan package, menyapu, mengemop, memberus bilik air. Ha! .. 

Aku pelik dengan orang yang dok rumah tapi tak nak kemas rumah. Aku pelik. Kalau dah duduk rumah sewa. Kemas la rumah tu sekali. Jangan la terlalu angkuh kemas bilik sendiri je. Jangan terlalu mengharapkan orang lain jadi bibik. Kalau semua orang nak kemas bilik sendiri je, memang la rumah tu jadi rumah sampah sedunia! .. Begituuuu... Orang yang ada ank ponnnn ada masa sapu rumah.. Ni kan lagii yang tak beranak. Saya pelik. Saye pelik. Ni bilik air berkarat lagi,dan lagi, dan kompem orang yang sama juga akan meggarasnya lagi dan lagi. Pantang betol la aku tengok bilik air berkarat.

Kalau la ada juga yang tak mahu berubah, aku doalaaaaa, in future ada family sendiri, jangan la dia buat macam tu, huduh benar perangai. Ni aku nasihat diri aku juga la nii.. Jadikan pengajaran. Hurmm.. Betul la orang kata, kalau menda-menda macam ni tak dipupuk dari sekarang, macam-macam boleh berlaku in future.. 

*kisah benar di suratkhabar: pasangan suami isteri nyaris bercerai dek kerana si suami tak tahan dengan perangai si isteri yang tidak kemas rumah dan tidak menyediakan makanan pabila dia pulang dari kerja. Si isteri hanya surirumah, 8jam dirumah hanya duduk sahaja tanpa mengusik kerja rumah langsung.. 

Kalau rasa menda kecik seperti kemas rumah ni tak jadi hal kan korang, korang silapp ye perempuan-perempuan, lelaki ni walaupun ada yang suka sepah-sepah barang semua, tetapi.. dia MEMANG mengharapkan korang dan aku juga yang perempuan-perempuan ni, untuk mengemas dan meringankan beban mata dari kesepahan itu.. Ada paham?

Haaa.. ini sahaja cerita pendek aku nak sampaikan. Pendek kan? Pendek la tuu.. Asal ada input.. Dah.. Nak buat kerja ni.. Ngantuk okay.. #_#

Wednesday, April 4, 2012

Fenomena

Ustaz azhar Idrus (UAI), Merupakan fenomena remaja zaman kini. Ha. Sapa yang tak kenal dia, memang dia datang dari kutub utara. Begituu.. So, aku ni kadang-kadang layan laa himpunan screenshot UAI ni, apa yang aku nampak, dia merupakan orang yang penuh ilmu didada. Korang bagiiiila apa pon soalan, sura UAI ni jawab. Tapi yang penting, apa saja penyampaian dia, unsur jenaka mesti tak ketinggalan. Hehehe. So, meh aku share screenshot yang pelik-pelik a.k.a lawak dari UAI. heheh.. Layan je la ye.. 











Macam-macam kan.. Yang UAI pon melayan.. tu yang orang kata dia ni ustaz sempoi.. Semua pon boooley.. Tu belom korang tengok lagi dia jawab untuk bab-bab selain agama, macam entang kamera ke, tentang tips penjagaan muka ke, tentang macam-macam la. Senang cerita, ustaz ni serba booooleh belaka. Hahaha. Saya tabik awak ustaz.Hehehe.. 

*kalau nak tengok yang pelbagai lagi soal-jawab tu, korang rajin-rajinla cari page print-screen UAI ni.. cariks sendiri laa.. hehehe.. 

Post Bosan

Aku makin lama makin liat nak update. Hehe. Awak-awak semua ape khabar?? Cuaca tak menentu kan sekarang. Ia membuatkan mood aku pon tak menentu mengikut cuaca. Hehehe. Awak-awak semua sihat? Hahaha... 


Okayla, buang tebiat kejap. Sat g kalau ada menda nak diucapkan, aku post la. Biase laaa. Mak ni bizi.. 


=)