Tuesday, February 28, 2012

Ubatnya..

Bila korang tengah....

Lapar
Stress
Mengantuk
Mata pening
Perot keroncong
Rasa nak pitam
Bosan takde kerja
Bos meeting
Lagi sejam nak balik

Time kerja...

Haaaa... Aku mudah je. Waktu-waktu kemuncak gini la aku gunakan sepenuh masa aku melayan menda ni.
Okay bye!

Sampai Bila?

Aku ni kalau korang nak tau, aku keja kat company arkitek. So, bekerja ngan arkitek ni, lain macam sikit. Haaaaa. Bukan terok pon lain macam nya. Cuma paham-paham la kan kerja ngan lelaki ni. Nasib la aku ni ada abng dan memang biasa dikelilingi kaum adam ni. So, terbiasa la kerja pelbagai genre. Hahaha. Kerja pon ada genre kan. Tapiii tu la, satuuuu je yang aku kurang gemar. Dimana, bos aku suka datang opis time aku nak pergi lunch. Dah bersiap sedia nak p makan dah ni tau. Tunggu waktu nak hello kat nasik makcik kedai tu je. Tup tup.. " Elmieah......." Haaa.. mana mak tak stress perot kan. Ha. Tsk tsk tsk.. mak nak p makan ni.. napa ada kerja pulak ni. Halaaaaahai. Mak lapaaar. Then aku pon buat la kerja yang disuruh.. At last, kerja siap lambat, lunch pon skip laaa. Niat kena makan kat umah je la nanti kan. Tapi now??? LAPAR! Apa yang nak aku makan???
Kalau nak tahu, aku rasa aku kerja guna oversea time la. Yela, rutin tugas aku akan mula bizi, after 12noon. Begituu.. So, lunch aku selalu diganggu. Apa boleh buat tooookk. Mak keje bawah orang, kene la ikot cakap orang, ye tooook. Heheh. Tapi yang syok nye bila aku keje terlebih sejam gitu. Bukan lebih suke-suke punya. Yang lebih sebab arahan dia. So, aku dapat la upah nyee.. macam gini..
Asam-garam kehidupan bekerja di tempat orang.. Belajar-belajar la menghadapi nya dengan hati terbuka..Akhir kata dari saya yang tak kurus ni...


L.A.P.A.R

Sekian terima kasih. 

Loading...

Now mood untuk editing takde. Semalam aku kena migrain teruk dek kerana pening tang mata dan juga lapar! ahaha. Motip lapar sampai migrain kan.. Haha. Aku nak edit mengedit ni, tapi mata aku tak mengizinkan la. Biasa la. Dua minggu ni, aku mengedit je keje nya. Mata pon nak rehat juga kan. Sebab terlampau fokus kat cahaya, mata buat perangai. Berdonyut-donyut mintak rehat. HAhah. Aku yang kesian ni pon, hold la dulu kerja-kerja edit buat sementara waktu. Penat mata, maka penat la segala nya. Mana tak nya, bila mata tak berapa stabil, maka pemandangan dan tingkah laku kita akan terjejas. Ceeewah! Hahaha. So, demi mencari kestabilan diri semula, aku terpaksa memaksa keterpaksaan memaksa lagi diri ini rehat. HAhaha. Okay la, nak rehat mata. Nak pandang menda lain... Sebelum tu, meh jamu mata pandang memo cute from my bos,..



IM Hassan Vs LisaYusri



Apa la kaitan nya mereka ni kan. Heheh. Okay la, ceritanya. Dua-dua dah melangkah ke fasa perkahwinan. Tahniah di ucapkan. Okay, aku nak cerita pendek je ni. Bukan apa , saja je sebab kebetulan diorang ni kawin dekat-dekat, so kita cerita je la kan. 

Haaaaa, sebenarnya.. Mereka ni ada kaitan ngan PICC. Alaaaaa. tempat aku praktikal dulu tu. So, aku saja nak bangga la, sebab Lisa and Yusri buat kawin kat situ. Kat Dewan Perdana. Haaa. Betol tak? Haha. Tengok dalam gambar nampak gah betol la Dewan Perdan tu. Pandai betol orang yang set up. HEhehe. Rasa bangga sebab aku dah selalu masuk sana. Korang hado??? Sekali hado la kan. Tu pon kalau hadoo. KAlau tak, memang tak la kan. Heheh. Tu la retis, duit banyak, kalau aku, memang tak mampu nak sewa dewan tu. Jangan kata satu dewan, separuh dewan pon belom tentu aku mampu. Hahah. Tapi tu la, aku just nak kata, aku sukaaaaa gila decoration and pelamin diorang. Sungguh simple and sweet. Berangan nak bunga-bunga macam tuh. Nampak smooth je combination tu. 

Yang Imam Muda Hassan ni pulak, bukan la dia buat wedding kat situ, cuma aku berkesempatan mendengar ceramah dia kat PICC je. Aku pernah buat entry pasal dia kat sini. Haaa.. nampak tak betapa best nya IM Hassan ni? Semua orang nak kawin ngan dia kalau boleh. Kalauuuuu boooleh aku kate. Hehhehe. Tapi jodoh dia ngan wife dia ni laaaa.. Sama cantik.. sama padan.. sama molek. heheh. Teringat dia ceramah dengan alunan suara yang sungguh merdu. Fuuuhhh.. Untung wife dia. Dulu time ceramh punya la dia bagitahu dia takda awek. hehehe. Siap kata, sapa nak kat dia, sila bagitahu. Comel okay. Tapi apakan daya. Jodohmu bukan Milikkku. Acceeehh. HAhaha.. 

Haaa. tu je la post mengarut dari aku. Saja nak cerita tu je. Ni kira kaitan antara PICC je. Biasa la, 6 bulan pengalaman kat sana, macam setahun. Sebab banyak sangat menda aku jumpe. HAhahah. Okay. Rindu dah PICC. Bye!

Baru Tahu Apa Itu Dewasa...

Sekarang dah dekat 3 bulan aku melayari perjalanan sebagai seorang pekerja. Hahaha. Pelik ayat tu. Aku pon tak reti nak susun ayat dah. Yela, ni la life aku selepas habis belajar. Selama ni bukan tak pernah bekerja, cuma time dulu-dulu masih lagi mengharapkan belas ehsan duit dari keluarga kan. But now, fuuuuhhh... Baru la tahu perasaan bila kena cari makan sendiri. Susah rupanya.. Walaupun gaji tu ada, tapi banyak tanggungjawab yang kita kena setelkan, mana kan lagi dengan diri sendiri, pinjaman PTPTN dan MARA lagi, parents, family dan semua laa. 

So, bila waktu lapang je, aku mula termenung pikirkan pasal ni. Macamana la Mak Pak kita boleh jaga kita berenam ni... Mesti lagi susah kan. Aku ni pon mampu beri sedikit je kat parents aku. Malu pulak rasanya.. Hehe.. Yela, dulu time kecik-kecik, aku suka sangat menyusahkan mak pak aku, soh beli itu ini la,, then kalau susahkan time kecik je takpe la juga kan. NI sampaiiiii la dah besaq gabaq ni, aku time belajar dulu, siap doa-doa cepat la habis belajar, sebab aku dah malu nak soh mak pak aku tanggung aku. Yela, memang tanggungjawab diorang, tapi diorang dah tua, so aku macam tak sampai hati nak susahkan diorang, nasib aku baik bila aku sambung Bachelor, bila aku dapat pinjaman penuh dari MARA, so takda la bebankan sangat parents aku nak prepare belanjawan bulanan aku kan. Tapi kadang-kadang termintak duit tu ade juga. Biasa la, time student ni macam-macam nak, sama la macam time kecik-kecik dulu. heheh.

Now, pikiran ni still fikir macam mana nak tingkatkan taraf hidup, keje sekarang ni, cukup-cukup makan orang kata, aku masih lagi pikir peluang untuk buat side business, ye laa.. banyak lagi nak kena fikir untuk masa hadapan. Kata nak tukar status Puan kan, kena la cepat-cepat kumpul duit. hehehhe. MAsih lagi terkonfius, macam mana nak support diri and family sepertimana yang parents aku buat.. Ni nak kena mintak tip kat mak ni. Tapi bila aku tanya, mak kata, meh kasi mak simpan duit tu. Haaaaa.. macam samaa je kalau kita simpan bank kan? Hahah. Atau kalau simpan kat mak, duit tu beranak jadi banyak?? HAhahaha.. Miracle kot.. mana kita tau kan. hehe. Takpe la, now try to slow-slow kayuh, try cari side income kalau ade punca rezeki nya.. tak sabar tunggu habis March ni, Encik Sepet abes belajar.. so, insyaallah.. after March, kami akan pulunnn cari rezeki lebih untuk melangkah ke satu lagi fasa kehidupan. hehe. Doakan kami ye... auuuwwww terasa gedik kejap...heheh
 Muka malu-malu mereka ni..so sweet.. (^_^)
p/s:still wondering macamana mereka tanggung kita sampai sekarang...(@_@)

Monday, February 27, 2012

Angin Berubah-Ubah

Selamat Pagi semua!!! Amacam? Ceria tak pagi-pagi Isnin ni? Okay, aku takda menda nak cerita sangat pon, aku saja-saja nak share apa yang aku buat sepanjang weekend yang panas ni kan.. Kan before ni aku kata hobi aku dok create doodle yang macam-macam tu kan. Then, di sebabkan otak jem. Tak mampu nak create, maka aku terpaksa cari kerja lain yang berfaedah dan berilmu. Heheheh. Puuuunya la bosan kan dok umah sorang-sorang. Terpaksa la mak laju-laju pikir nak buat apa. So, selain dari doodle, ada lagi kerja yang seangkatan dengan nya yang aku boleh buat,.. Apa itu?? haaaaa.. editing picture la kan. Tu pon tergolong dalam lebih kurang je ngan doodle tu. kena fokus dan teliti. hahah. Aku budak baru belajar. Kalau salah tolong ajarkan.. Meh tengok hasil cacamarba aku ni.. Cekidauuttt




Saturday, February 25, 2012

Kenapa Beria Sangat?

Ohh..Selamat petang yang panasss. Panas nye sampaiii la ke tulang. Heheh. Okay, ada orang tanya aku, kenapa aku suka melukis? Haaaaaa. Ini kerana, aku kan dah bagitau ari tu.. Aku puas bila aku buat menda yang aku suka, walaupun sakit otak nak keluarkan idea. Hehehe. Takpe la, janji aku puas dengan hasil yang tak seberapa tu kan. So, sekarang, membuat doodle ni menjadi hobi yang sungguh kuat la. Aku lebih gemar layan doodle ni dari layan menda lain. Haaaa. So, tolong la jangan tanya kenapa aku beria sangat nak melukis doodle apa bagai. Suka hati aku la kan nak buat ape pon. Janji aku tak susahkan sesiapa yang ada. Betol tak? Haaaa. Ni aku nak tunjukkan hasil yang warna warni dari aku. Heheh. Meh layan. Kalau ada sebarang komen  tentang menda ni.. Meh habaq kat aku... (^_^)

Friday, February 24, 2012

Cinonet Yang Menghiburkan

Haaa.. Dah lepas dah masalah rumahtangga dengan jalanraya tadi. Kita beralih pula pada cerita seterusnya. Hidup aku sekarang ni, makin hari makin menyeronokkan. Hahaha. Ditambah pula ada cinonet yang chomel dan aggresif di rumah aku nii. Hari-hari balik tengok muka dia terseeeeeenyum leborr nye menyambut kebalikan(ada ejaan mcm ni) aku. Hari-hari aku penuh dengan keceriaan dek kerana cinonet ni. Hehehe.. 

Kelasakan dan aksi-aksi yang menyeramkan dari dia ni.. Buat aku tersenyum dan ceriaaa je. Thanks ye cinonet.. Sebab bawak keceriaan dalam hidup mak niii. hahaha. Teruskan kecerdikan awak and ceria awak tu tauu.. You make my day beautiful with love.!!! heheh..

Senang nya Dalam Hati..

Selamat Pagi!!! Okay, Selamat Melangkah Ke Tingkat Baru Wahai Lisa Surihani Dan Juga Yusry Abd Halim.. Okay, tu intro je.. Yang cerita betul nya belum mula lagi. Haaa. Meh nak mengadu sikit. Meh dekat telinga sikit. Meh.Meh. Haa. Pagi-pagi Jumaat ni, aku dah ilang seri pengantin lisasurihani aku ni. Kenapa?? Mengapa???


Ini semua angkara Le Tour De Langkawi. Hadoooii la mak dooii. Boleh pula nak di tutup jalan -jalan yang ada kat Putrajaya yang berjaya ni. Tutup sikit-sikit sudah la kan bang.. Ni tidok. Tutup nya semua jalan utama. Boleh pula dia tak kasi notis ke apa ke kan sebelum nak tutup. Benci ai. Kalau kasi tahu awal kan senang. Boleh la aku mintak half day hari ni kan. Panaaaaaasss je hati mak  ni. 


Bayangkan, aku kena lalu jalan yang sama dua kali dek kerana jalan tutup. Mula-mula tak tutup, then dia tutup. Hangiin tau. Sebaik tak kentot-kentot dalam bas tu. Haaa. Bila di tanya pegawai bertugas pasal jalan altenatif lain yang buka kat jalan tu, boleh dia kata tak tahu. Dia soh tanya pegawai bertugas lain yang ada kat simpang sebelah sana. Haaaiisyo. Takkan la awak-awak semua takda briefing sebelum jalan kan tugas kan. Mesti awak-awak semua tahu pasal menda ni kan. Takkannnn la awak-awak semua takda contingency plan kan. Benci okay... Bila di tanya.. Jawapannya "tak tahu". Tak patot awak-awak yang bertugas jawab macam tu tau. Sungguh tak beruniform.Huh!


Aku rasa, hari ni aku dah explore seluruh Putrajaya.Bermula dari Presint 9 ke Presint 2. Dari Presint 2 ke Presint 8. Dari Presint 8 balik semula ke Presint 9. Dari Presint 9 terus ke lalauan highway menuju ke Kajang tu, then amik jalan altenatif ke Presint 12-16. Fuhhh. Mak sabarrr dalam bas hari ni. Nasib baik drebar bas tu dok berborak ngan kami. Kalau tidak... Ish ish ish.. Saborr je la Jumaat ni.. 


Bila duduk Putrajaya ni rasa bangga, tapi tuuu la. Ada je acara ujung-ujung minggu, perkara yang dibenci penduduk adalah.. JALAN TUTUP.! Bosaaaaan. 
p/s: P la buat event kat negeri lain pulakkkkkk... -_-'

Thursday, February 23, 2012

Grrrrrrrrr..


MooD Sangat Marah Hari Ni.!!
Pasal Bill, korang buat aku tension!
Kalau check internet kan senang, tapi bila di tanya pasword, disuruh cari sendiri.
WhatTheHell 
Aku memang kerja kat sini,tapi bukan 10 tahun yang lalu, paham tak..
Mintak buat tu, buat ni, tapi no clues
Cehh!
Dah sah-sah kau tak bayar bill dua bulan,
kenapa nak salahkan TM yang tak hantar bil?
Kalau tahu tak bayar, pergi bayar je laa,
Tak susah pon kan?? 
Kenapa perlu tekan-tekan nak juga tau bil berapa....
Banyak lagi cara lain dari kol center berejam-rejam tak jawab,
Tapi yang paling berkesan adalah:
PERGI CENTER, BAYAR BIL TERTUNGGAK! DONE! SETTLE.!
Tak payah susah-susah nak call bagai. Betol tal???
Kenapa masih nak salahkan bil yang tak sampai bila line kena potong??
Dah memang tanggungjawab setiap bulan bayar on time kan..
Reason bil tak sampai is not accepted!!
Muka senyum ponnnnn, mata tak boleh tipu. 
Nampak?
Hurmm... Mood sangattttttt Down.. 

Wednesday, February 22, 2012

Step By Step

Ehh.. Apa jadi dengan skill aku dalam doodling?? Hahah.. Suka-suka hati panggil doodling. Lain maknanya tu. Haaa. Silap, silap... Aku nak cakap pasal doodle yang aku belajar-belajar buat tu? Haaa.. Sekarang aku dok sibuk create bagi kemas-kemas, tapi aku nengok masih lagi comot. So, aku mesti nak berusaha lagi.. Heheh. Kenapa aku beria benar nak buat menda ni????Buang masa??? Haaaaa, aku selalu  kata kat diri sendiri, kalau kita buat sesuatu yang kita suka dan minat, maka tiada lah istilah buang masa, beria , tak untung atau sebagai nya. Haaa.Paham? Ini bermakna, darah seni yang mengalir dalam diri aku ni, amat kuat dan aku suka sangat buat menda-menda macam ni terutamanya, kerana aku dapat keluarkan idea aku walaupun tak sehebat orang lain. Aku puas dan aku rasa ia bukan buang masa sebab aku akan menggunakan otak aku untuk memikirkan apa lagi aspek yang nak di masukkan dalam sesuatu hasil seni yang aku create. Ia juga boleh menguatkan lagi minda aku supaya mengeluarkan idea-idea bernas dan mengasah minda aku supaya lagi banyak berfikir dan menghasilkan sesuatu yang baru. Menda-menda  ni boleh di jadikan latihan supaya aku mampu mengubah hidup aku. Tak caya?? Insyaallah suatu hari nanti ia mesti berlaku. Hehhe... So panjang lebar aku tulis.. Meh aku tunjuk hasil comot dari aku...


Amacam??? Comei ke comot?? Haaaa.. Ni Yang aku dah siapkan. Yang spek kat atas tu, aku buatkan untuk cousin aku, Tak reti aku nak pakaikan spek nye, tu je yang mampu. Hahahah. So, bila dah siap macam ni, aku rasa nak buat banyak-banyakkkkk lagi supaya ia menjadi koleksi kepuasan aku. Hahaha. Ayat macam lucah.. Oooo..Mesti korang tak nampak karekter lelaki kan?? Haaaaa.. Dalam progress laa.. Perlu berimaginasi lebih nak buat, sebab aku tak tau apa ada pada lelaki(ayatmacamtahi). Hahah. 
Nampak imaginasi yang tahi ni?? Hahaha. Kalau dah siap aku publish okay.Heheh.. So, nampak tak betapa tak rugi nya aku minat dalam menda-menda macam ni, dekat sini aku boleh mengekspresikan apa yang aku sedang fikirkan. Bukan dengan tulisan dan lakonan je  kita boleh tunjukkan emosi kita, dekat lukisan pon bolehhhhhh. Hehehhe. Okay la. Aku nak berimaginasi ni(mati). hahahah.. Bye!


Tips Untuk Ceria

Holaaa selamat pagi semua!!!
Hokey, Amacam hari ni??
Bagus-bagus kan??
Hahahaha...
Hokeyy..today aku just nak share, sedikit tips dari aku yang comel ni..
Tips apa???
Haaaa.. Tips macamana nak sentiasa ceria bermula awal pagi..
Apa kes aku nak kasi tips ni kan.. Ini kerana, ada segelintir member-member aku pelik, bila masa aku marah? Haaaa. Sesiapa yang tak nampak aku 24jam memang la jarang tengok aku marah .. ye dokk.. Ye laa.. Sampai ada yang kata .. " Ko pernah tak senyum ke mimi?" .. Haahaha.. Punyaaa la kan aku ni. Aku pon tak sedar aku ni kuat senyum. Maybe memang dah sifat mulia aku dari lahir kot. Hahaha. Kalau korang tengok muka marah aku. Rasanya, tak nak dah kawan ngan aku sampai tua! Hahaha. Jum layan tip aku bermula dari pagi. Ni randomly la ..


Bangun pagi.. Korang jangan la terus lari-lari masuk toilet.. Korang bangun.. Korang kena duduk dulu, betul-betul kan sendi, then yang paling penting, dengan muka busuk-busuk, sila ke hadapan cermin, tengok diri korang, bersyukur korang masih hidup hari ni, korang belek-belek muka korang apa yang patut, buang la segala tahi yang ada kat korang tu, sambil-sambil tu, korang cuba senyum sendiri kat cermin. Haaaaa. Itu sebenarnya petua aku. Senyum dekat cermin! Senyum sepuas hati korang. Tak salah pon senyum kan. Kalau nak berangan-rangan sikit ke, teruskan. Yang penting korang senyum. Then korang cakap dalam hati/cakap kuat-kuat pon boleh.. " COMEL/CHANTEK/KACHAK/GANTHENG JUGAK AKU NI" Buang tebiat??? Ehh.. Tak la. Senyum dan bermonolog bila pandang diri sendiri tu adalah psychology untuk diri korang, atau kata mudah nya, ubat semangat korang sebelum memulakan hari korang..


Selepas selesai segala menda wajib, jangan terus siap pergi kerja zap zip zup laju-laju tau. Tak kira la bagi laki ke, perempuan ke, mestila berdandan kan.. Kalau laki tu, sisir rapi la rambut gojes korang tu molek-molek, bagi perempuan pulak, touch-up la nipis-nipis bedak segala supaya naik seri dan memberi semangat bekerja/sekolah/etc. So, korang akan duduk depan cermin kan untuk buat segala menda tu kan?? Sekali lagi, bila tengok cermin, time korang dok sebok touch sana touch sini, sila buat dengan senyuman. Senyum lagi?? Haaa. ye la, sebab tadi korang senyum time muka busuk kan.. Ni korang buat untuk muka segar pulak.. Tak mahal pon tips tu, tak keluar modal pon.. Cuba perbanyakkan senyum.  Dan cakap lagi sekali yang korang ni boleh tahan COMEL/CHANTEK/KACHAK/GANTHENG. Dont worry punya, cermin tak kan marah korang, takkan ejek korang. Bila korang senyum, muka yang tak comel akan menjadi comel, abang yang tak berapa kachak, akan jadi kachak, haaaa. nampak tak magik cermin tu??


Haaa. Panjang cerita kan? Padahal, kalau di tambah tolak, aku nak cakap pasal CERMIN + SENYUM + PUJI-PUJIAN. So, conclusion di sini, korang wajib buat menda ni hari-hari start dari bangun tidur. WAJIB tau! Bila kita bersyukur dan gembira dengan diri kita seawal bangun tidur, maka kita akan bawak ion-ion positif tu for the whole day. Insyaallah. 


Senyum tu adalah sedekah kan. So, korang senyum kat diri sendiri, bermakna korang dah bagi sedekah kat diri korang kan?? Haaa. Mulia tak?? Mulia tak?? Haaa. Good. So, untuk memuliakan hari korang hari-hari, sila lah rajin kan senyum, bersyukur dengan diri sendiri yang dijadikan Allah secomel yang ada, bersabar jika berlaku musibah, asah diri supaya kurangkan perasaan negatif(ni aku masih amalkan), bantu membantu dan apa-apa yang boleh membuatkan korang rasa dihargai dan di sukai..


Tak salah kan untuk berubah?? Mana korang nak? Hari-hari muka masam macam @*&^%$^ atau korang nak muka ceria yang akan menyenangi orang-orang sekeliling korang? Haaa.. Pilih! Pilih!!


SELAMAT BERSENYUM CERIA SEMUA!!!!!!
Pengsannn... Hahahaha...

Monday, February 20, 2012

Kayuh Pelan-pelan


This is my first doodle created by myself.! Wooohhoo. Hahaha. Comei dak? Halaaa..first time buat kira comel la kann.. Aku dah lama teringin buat doodle ni sendiri, dok tengok dalam internet cara-cara nak buat.. So, aku dengan tekun nya, berjaya buat even mata dia kecik sebelah. Haaa. Menjadi la tuu. Lepas ni, kena belajar kemaskan la kan. So, hari-hari aku makin menyeronokkan bila aku dah mula naik step by step.. Seronok nyaaaa. Heheh. Okay la. Aku nak buat lagi ni!!!... (^_^)

Ada Yang BAik Hati Tak?

Aku ni payah sangat nak sincere dengan sesuatu barang. Kecuali orang laaa kan. Barang-barang yang aku beli, mesti aku tak pakai lama. Sebab sok-sok aku dah jumpa yang baru. Tapi yang pelik nya, perangai aku berubah sejak tahun lepas, barang-barang yang aku beli, aku pakai sampai jahanam. Dah jahanam pon masih tak nak tukar. Kedekut satu hal, takda duit pon satu hal, tapi yang main point dia adalah, aku sayang gila nak tukar! Itu je sebenarnyaa. Bukan sebab apa, sebab aku rasa barang ni dah bersama ngan aku kemana sahaja. So, aku appreciate la dia kan. Tapi, satu barang ni aku rasa dah nazak sangat, dan perlu di ganti, tapi aku sayangggg, aku memang nak cari ganti, tapi nak cari yang sama. Unfortunately, tak jumpa. =(  .. So, selagi tak jumpa macam seumpama dengan dia, aku memang tak kan ada hati dengan yang lainn.. Bagi la mahal macam mana pon.. Ni la salah satu kesayangan aku yang aku dah guna setahun lebih. Haaa. Sebab apa aku bangga? Sebab selama ni, ak beli pon, aku akan pakai paling maximum, sebulan dua je. Ni dah dekat setahun lebih!Mana mak tak bangge nookk...



Aku mesti kena enter frame skali. Hahaha. Sian korang tengok muka aku.. Aku cuma nak tunjuk bertapa setia nya aku dengan cik Kadot ni.. Haaa.. Takmo cari yang lain laa!!! Tapi kalau ada sesiapa yang terjumpa sesuatu yang lebih kurang macam ni, sila inform okay.. Aku akan cepat-cepat pergi beli!! Pelissssss...



First Time In My Life

Hohoho.. Selamat PAgi semua!!! Hari ni aku lewat pergi kerja!!! Nasib laa opis aku ni takda punch card, kalau takkk mau nya la kena tolak gaji kan. Hahaha. Waktu kerja aku pukul 9.00 pagi. Bas aku tunggu dari pukul 8 lebih, tak muncul-muncul. Period agak nya bas tu kan. Sabarrrr je la. Orang lain pon semua dah berkerut tunggu. Tik Tok Tik Tok.. Masa berlalu.... Bas pon sampai. Dan aku pon sampai ke opis dengan selamat nyaaaa pada pukul...
Sekian Terima KAsih


KAHWIN MUDA ITU ADALAH TERBAIK



Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Sunday, February 19, 2012

Daughter,Wife,Mom = Women




Bertuah nya Menjadi Isteri

Untuk isteri tersayang 

Ø    “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa
     setahun”.
Ø   “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan
     haji dan umrah”
Ø   “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada
     mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
Ø    “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya
      sebagai jihad”.
Ø   “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang
     baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
Ø  “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya
     menggembirakan suaminya”.
Ø    “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam
     syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
Ø    “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa
     pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhak
     lah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"... 

Berubah Lagi

Haaaa. Dah nampak wajah baru blog aku? Hahaha. Sian mata korang acik tengok ubah-ubah kat page aku ni. Aku ni memang tak tetap hati pon. Tak setia. Hahahah. Tu yang suka tukar-tukar tu. Bukan cantik sangat pon. Cuma aku suka tengok menda-menda baru supaya aku sendiri tak bosan ngan suasana yang lama. Haaaaaa. Ni tah berapa puluh kali aku ubah page aku ni kan. Bajet banyak masa pula kan nak ejas-ejas. Takpa la. Ni boleh jadi salah satu pengajaran pada aku. Sebab aku akan belajar banyak menda baru melalui setiap perubahan yang aku buat. Aku sangat minat buat ejas-ejas ni. So, takda masalah kat aku untuk ubah seminggu sekali ponn. HAaa. Okay la. Sila lah layan page ala-ala vintage aku ni yeee.. (^_^)



Untuk Makluman

Selamat Tengahari Ahad Semua!!!! Okay, now aku just nak cakap sikit saje. Kalau ada yang perasan, before ni aku ada post mengenai Zodiac kan. Berlambak-lambak post aku buat untuk tu kan. So, tula orang kata, Tuhan nak tunjuk, Aku nampak petikan ni:
Okay, nampak?? Haaa. Untuk tidak mahu menambahkan dosa aku.. Dan juga secara tak sengaja menambahkan dosa korang, aku dengan lajunya meng remove all the post yang berkenaan zodiac tu. Harap maklum. Terima kasih. 



Saturday, February 18, 2012

Fuuiiyyoooo Kak Melah

Hahahahahahammbooiii kak Melahhh.. Meriah awak kat dalam VC nii. I Looiike!!! Hehehhe. Best gak kan dia nye video. Cuma kak Melah ni agak seksi laa. Tapi takpela. Biar la dia. Dia selesa kan. Cuma video ni di buat dengan baik!! Kak Melah tak segan silu nak rap kat dalam ni. aHAhaha.. Cute okay. HAhaha. Okay la! Layan la video yang OOOOsssshHHEeMM ni !!


Monday, February 13, 2012

Tutorial Untuk Korang

Haaa.. Pernah la dulu-dulu aku kata aku nak share sedikit tutorial berkenaan macamana nak ejas-ejas blog ni kan. So, aku sudah ada kerajinan untuk membuat nya. Aku bagitau awal-awal yang aku bukan nya expert mengenai selok belok IT, tapi aku willing to learn. So, apa yang aku tahu, aku akan taburkan kat Tutorial tu. Apa yang aku tak tahu, aku minta maaf la kan. Bukan daya ku. Dah kata tak expert kan. Kena la kayuh slow-slow to become super expert! Hahah. Okay, click link ni.. nanti dia akan bawak korang ke dunia tutorial.. Bukan ada tutorial saja tau, tip-tip lain pon ada, tapi untuk waktu ini, tak banyak post lagi. Bukan senang nak susun tutorial tau.. So, bersabar dan terus kunjung mengunjungi la kan. Kot-kot aku update sekali sehari ke, dua kali sehari ke, seminggu sekali ke. Mana la tau korang ada waktu nak ejas blog korang, boleh la singgah-singgah. Okay, tak nak cerita panjang. Jum kunjung link di bawah.



Okay.. Selamat Malam!

Tak Tau Apa Rasa

Hahahah.. Sat tadi aku baruuu je terima beberapa rangkap advice dari seorang adik.. Adik kepada Encik Sepet.. Haaaaa.. Terkejut kejap, sebab dia buat permintaan yang sungguh comel.. Heheh. Thanks la adek kecik.. Hahaha... Doa untuk aku menukar status tak putus-putus.. Hehehe.. Sebab terover dengan advice yang sweet dari budak kecik ni.. aku pon buat post khas untuk dia.. Hahaha..
Haaa..kan dah ter publish kat sini..hahahah.. Comel tak adik Encik Sepet tu? HAhah.. Sorry, dia dah berpunya. =_=' .. hahaha.. So korang semua, doakan aku mencapai apa yang aku nak tahun ni. HAhahaha... BERUSAHA!!!


p/s: Maaf jika ada yang menyampah ngan entry ni.. Just want to share.. tak suke tutup mata ..(^_^)

Sunday, February 12, 2012

Semua Ada Ubatnya

Sekarang ni, banyak yang kita dengar tentang gejala sosial remaja di media massa. Banyak kes yang pelik-pelik kita dengar dekat TV, suratkhabar, Internet dan macam-macam la. Makin lama, makin meningkat la kan. Pernah pula kita dengar pasal ada yang ingin membunuh diri disebab kan tekanan perasaan putus cinta atau tekanan hidup. Lagi-lagi bila ada yang bijak sangat mempublish kan kata-kata di laman sosial seperti Facebook yang menyatakan dia ingin membunuh diri. Dan akhirnya dia betul-betul bunuh diri. Haaaaa. ini tindakan yang agak kurang berfikir dari insan-insan ni la kan. At least dia kena tangani masalah dia sebelum melakukan perkara bodoh seperti bunuh diri tu. So, now aku nak share sedikit cara untuk menangani stress yang melanda diri anda itu..
  1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, raka, pasangan atau kaunselor.
  2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.
  3. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.
  4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.
  5. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.
  6. Membentuk pengurusan masa yang baik.
  7. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.
  8. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.
  9. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.
  10. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.
  11. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.
  12. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.
  13. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.
  14. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.

Quote Of The Day

Love is not about finding the right person, but creating a right relationship. It's not about how much love you have in the beginning but how much love you build till the end

Perihal Dan Hukum Valentine Day

Okay, today dah masuk 12hb February 2012. Tinggal lagi beberapa hari untuk ke tarikh 14hb February. Ada apa dengan 14hb Feb?? Mesti semua tahu kan... So, aku bukan nak tunjuk ustazah ke ape ke, just nak share info sahaja, maybe ia boleh di jadika rujukan dan menambah ilmu kita kan. So, sila lah baca article di bawah ni..


Oh hari bunga-bunga cinta sudah tiba. Pasangan muda-mudi Islam juga tak terlepas mengatur program-program 'bulan madu' bersama kekasih hati. Hari kasih sayang itu dianggap sebagai hari yang harus dilalui dengan mencurahkan sepenuh rasa cinta kepada pasangan. Bukan sahaja pasangan suami isteri, malah yang baru menjalin hubungan cinta sehari juga berimpikan perkara yang sama. 14 Februari tersemat di dalam hati, menjadi kenangan yang abadi.
Tunggu! Sebelum terus-terusan kita menjadikan hari tersebut sebagai hari membuktikan rasa cinta yang deminya 'lautan api sanggup ku redah', ketahuilah sejarahnya dahulu. Apa yang selama ini disambut oleh umat Rasulullah SAW, di mana hujung pangkal permulaannya? Jangan kita menjadi manusia yang tuli, mencontohi dan mengikuti sesuatu tanpa kita mempunyai pengetahuan tentangnya. Allah telah menegaskan, "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya". (Surah Al-Isra : 36)

Sejarah Valentine's Day
Terdapat pelbagai sumber yang berbeza-beza menceritakan tentang asal-usul Hari Valentine. Yang nyata, tidak satu pun memberi kebaikan kepada kita sebagai umat Islam dan hamba kepada Maha Pencipta. Sedarkah kita, salah satu sebab kewujudan Hari Valentine ini adalah kerana kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tarikh tersebut. Manakala orang yang menjadi dalang kepada kekalahan itu adalah seorang paderi Kristian, Saint Valentine. Lalu, 14 Februari 1492 dinamakan Hari Valentine dan  dianggap sebagai hari kasih sayang kerana Islam dianggap sebagai agama yang zalim. Bukankah dengan menyambutnya, kita sendiri menghina agama kita yang suci? Kejinya jika kita begitu!
Antara sejarah yang lain pula menyebut, Hari Valentine diambil daripada nama paderi Saint Valentine atas kesungguhannya mempertahankan hak para tentera di zaman pemerintahan Claudius II untuk berkahwin. Ini kerana, semasa Claudius II memerintah kerajaan Rom, beliau menghalang tentera-tentera Rom untuk berkahwin kerana pada pendapat beliau, mereka akan lebih kuat dan tabah untuk berperang jika masih bujang. Namun secara senyap, Saint Valentine telah melakukan upacara pernikahan dan ini mendatangkan kemarahan Claudius II. Lalu, paderi itu dihukum gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Fikirkan
Jika kita menjadikan ini sebagai alasan untuk menyambut 14 Februari, dek kerana kesungguhan seseorang menegakkan hak manusia untuk berkahwin, mengapa pula penghormatan itu harus diberi kepada seorang paderi Kristian? Sedangkan di kalangan utusan Allah semuanya banyak berkorban demi cinta mempertahankan agama. Kenangilah rasa cinta dan kasih yang tak terhingga Rasulullah SAW yang banyak berkorban demi kita, umatnya yang amat beliau kasihi. Sungguh, jangan pernah kita meletakkan penghormatan itu lebih tinggi kepada pemimpin dari kaum kafir berbanding pemimpin teragung kita, Muhammad SAW!
Kita sedia maklum, sesuatu perayaan yang tidak berlandaskan agama Islam pasti mendatangkan sejuta keburukan dan kebinasaan. Lihatlah, berapa ramai anak-anak gadis seagama yang telah terkulai layu di tangan kekasih hati hanya demi membuktikan rasa cinta yang berinspirasikan Saint Valentine? Berapa ramai pemuda-pemuda yang menggalas tugas  khalifah di muka bumi melakukan maksiat dan zina demi tarikh yang dianggap keramat itu ? Segeralah kita membendung sambutan Hari Valentine. Jangan biarkan benih kesesatan menumbuh lalu menjadi pohon yang menutupi sinar iman di dalam hati.
Ingatlah firman Allah, "Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." (al-Baqarah:120).

Budak Pandai

Jam dah menunjukkan pukul 12:55am. Aku dari petang mengadap laptop tanpa rasa segan silu nya tanpa menggunakan pelindung mata. Haaaaa. Pandai kan. Dalam bilik yang gelap, melakukan editing, dengan bangganya merasakan sungguh bagus perlakuan aku. Huh. Aku rasa sok mata ni mesti makin tak nampak. Heeeeee. Punya la malas nak amik spek kat depan kan.. Bila dah terperap depan laptop.. memang tak gerak la aku. So, say hello to penambahan kerabunan.. DAMN!

Saturday, February 11, 2012

Ada Orang Kupas Bawang Ke?


Texas – Savannah Aulger terpaksa dilahirkan awal dua minggu oleh ibunya semata-mata bagi membolehkan bapanya, Mark, 52, yang sedang nazak akibat penyakit kanser dapat memangkunya buat kali terakhir sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Namun pada 23 Januari lalu, selepas 18 bulan menjalani rawatan kimoterapi untuk kanser paru-parunya, Mark Aulger telah meninggal dunia di samping isteri dan lima anaknya termasuk si bongsu, Savannah.
Satu-satunya gambar yang boleh dilihat Savannah apabila dewasa kelak ialah sekeping foto yang menyedihkan di mana dia berada dalam dakapan bapanya selama 45 minit sebelum Mark koma dan tidak sedarkan diri.
Menurut ibunya, Diane Aulger, suaminya amat gembira selepas mengetahui dia mengandung dan sentiasa bercakap dengan bayi berkenaan ketika masih berada dalam kandungan.
Sebelum ini, Diane berkata, mereka menerima khabar gembira bahawa Mark berjaya mengatasi penyakit kansernya itu, namun pada 3 Januari lalu, keadaan berubah sebaliknya malah lelaki berkenaan terpaksa disuntik dengan steroid dan oksigen.
Keadaan Mark bertambah teruk pada 16 Januari lalu dan dia hanya diberikan tempoh seminggu untuk hidup.
“Kami tidak menyangka keadaan berubah menjadi teruk. Doktor bertanya kepada saya bilakah saya akan melahirkan anak, sekaligus membayangkan suami saya tidak akan dapat bertahan lama lagi,” katanya.
Pada hari Savannah dilahirkan, paras oksigen yang terpaksa dibekalkan kepada Mark dinaikkan namun dia masih sempat memangku bayi berkenaan.


“Mark tidak mampu bertahan lagi. Apabila Savannah menangis dia akan cuba memegang bayi ini,” katanya.
Diane berkata, biarpun Mark sudah tiada lagi, namun mereka tetap meneruskan kehidupan malah anak-anaknya sering bercerita mengenai bapanya ketika dia masih hidup.



Betul kan ada orang tengah kupas bawang.. ish ish ishh.. ='(

Sedikit Ilmu Untuk Dikongsi

Petua Mendidik Anak-Anak
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.

(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.



Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi