Friday, September 30, 2011

Khutbah Jumaat

Source : I luv Islam

Untuk hari Jumaat yang mulia lagi riang gembira ni, Aku tak lupa nak post renungan di petang Jumaat. Korang bace je lah kisah ni. Aku tahu ada yang dah baca mengenainya, tetapi aku sahaja me repeat kannya kerana ianya baik untuk pedoman semua..

BISMILLAH
Ada seorang wanita tua yang taat beragama tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu membuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa dimulai dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya sentiasa mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-kejap Bismillah. Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari, suaminya berkata, nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu".
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini".
Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpan di tempat yang selamat. Disamping itu, suaminya telah melihat tempat yang disimpan. Kemudian dengan senyap-senyap dia mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian, dia memanggil isterinya dan berkata : "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan". Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat itu dengan membaca Bismillah.
Dengan kuasa dan bantuan Allah, duit itu berada di tempat simpanan tersebut.

Alangkah terperanjatnya si suami.

Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja. 
---- 
Semoga kisah tauladan ini mampu mengajak kita untuk mengamalkan ucapan Bismillah sebelum melakukan apa jua perkara.

Hati Berbunga Riang

Dari semlama lagi hati aku berbunga riang tau. Aku tak tahu kenapa. Aku walaupun tinggal Rm20 dalam dompet, tapi masih boleh tersenyum riang dan hati berbunga-bunga.Haaa.. Maybe kerana :

j Mak and pak aku nak datang sok, Rindu mereka tau..
W Tiba-tiba teringat ngan semua memory BHMT .. Miss them much!k
U Merindui Encik Sepet tak henti-henti (perlukebagitau?)l 
N Memperbodohkan diri bercerita mengenai kisah silam dengan Syazana. Bodoh Gile! Sakit  perot gelak okay.. tulis dalam mail pon ley bayangkan. Hahahah!!! BAGHALL ..L 
h

Ini Boleh Jadi 12 Million?

12 Million bersamaan 12 Ringgit?? 12 Rupiah?? 12 Dolar?? 12 Sen?? Hehehe ... 12 Million bersamaan 12 Juta ye semua... heheh.. 

Makanya, bila disebut 12 Juta, semua rakyat jelata mesti tahu aku nak cerita pasal sapa kan? Mestilah pasal Memey and Norman tu. Dimana pihak Refflesia taja 12 Juta kat majlis resepsi mereka berdua ni. Bertuah?? Hermm... boolehla. Rezeki mereka kan.. Nak tengok 12 Juta punya majlis??

Thursday, September 29, 2011

Cuba Teka Dimana Saya??

R Cube teka saya dimana???  DV

Berperikemanusiaan kah Mereka??

Di pagi yang sakit perut ni, aku nak korang lihat lah apa yang aku dah jumpa ni. Mari kita sebagai manusia, berfikir seketika, jangan disebabkan terlalu taksub dengan keuntungan wang ringgit, kita lupa bagaimana sikap kita terhadap haiwan-haiwan yang hampir pupus ni. Korang pernah lihat circus? Yang ada haiwan buat pelbagai aksi tu la.. Singa lari masuk dalam corong api,  haa.. Korang rasa haiwan- haiwan tu semua tiba-tiba pandai or di pandaikan?  Hurrmm .. 

Dulu time visit Chiang Mai, aku berkesempatan pergi ke elephant farm. Then bila ke sana, kita boleh la tengok aksi gajah-gajah yang cerdik dah ada super skil yang woww!! Mereka pandai melukis. Haa.. Pandai memberi hormat dan pandai-pandai la. 

Wednesday, September 28, 2011

Budak-budak pandai..

Masterskill College ada reheasal hari ni. Makanya.. Pandaikah mereka?? Haruslah pandai kan.. Master tu ... hahahha.. Oppsss sorry Dato' .. Bukan nak ngutuk student you.. Just nak Kutuk segelintir student sahaja. Kenapa? Ceritanya..

Pabila waktu makan bermula, Lunch la tuh.. bermulalah kisah yang dinanti-nantikan. 

ZoooMMmm.. semua student berpusu-pusu ke cafe untuk mencari sepinggan nasi. Makanya, bermulahlah drama-drama swasta yang sungguh tragis. Sebelum itu, mari aku ceritakan situation di kawasan cafe. Di luar setiap pintu utama cafe terdapat stand signage dimana tertulis .. " jualan makanan dan minuman " dan ada simbol anak panah di situ yang menunjukkan ke arah kanan. Tidak cukup dengan stand signage, kami juga meletakkan signage di pintu iaitu " ahli/urusetia Masterskill " ... Okay, now situation haru biru nya bila, student-student yang sungguh cerdik yang tahu membaca dan mengeja masih lagi melalui laluan yang ditanda ahli/urusetia itu!  Dalam pemikiran aku , budak-budak ni tak paham Bahasa Malaysia kerana terlalu sangat belajar Bahasa English. Sejak-sejak Enlish education ni penting, maka Bahasa Melayu tak penting la.. Kannn ... Hurrmm..  Then .. itu sudah menunjukan ke dungu an mereka tu.. 

Jari Jemari Gemok !

Petang-petang yang bosan ni, aku sungguh la bosan . Hahahah ... Bosan ngan sikap manusia-manusia yang belajar tinggi-tinggi tapi dungu. Huh. Eh.. sat g aku cerita okay. Now meh aku nak share sikit mengenai jari jemari kita ni. Adakah korang tau bahawa nak potong kuku pon ada cara nya?? I mean cara yang disarankan dalam Islam la. Sebab ni kiranya sunah Nabi la. Aku memang dah lama guna cara ni. Lagipun aku memang tahu ini cara yang lebih afdal bila kita potong kuku. Takdelah pakai hantam saja kan. See, betapa Islam itu indah, potong kuku dalam cara yang betol pon boleh ada pahala sunat tau. heheh ...Juma tengok susunan pemotongan yang betul okay. 


Ini merupaka figure nya dimana mahu mulakan pemotongan . Ikutlah dari nombor 1 ke 10 tu ye, jangan ada yang songsang pula kan... Hurmmm... Ni aku dapat article dari Facebook. And aku nak korang baca-baca lah ye. Jadikan pedoman dan tauladan. Aku malas nak tegur-tegur orang yang kuku panjang ni. Nanti kata buat-buat pandai pulak kan.. So bagi tak nak buat pandai.. Meh kasi korang pandai sendiri ye.. 

Ceritanya bermula...

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang

Tuesday, September 27, 2011

Weird Meh??


Cuba tengok Dato K and Tok Ti ni.. 

Dato K = Lupa nak shave jambang sebelum datang situ (atau imej baru nye??) ..looks older la Latookk..

Tok Ti = Makin tak paham ngan fesyen tutup kepala nya. Tapi muka dia serupa Jim Carry dalam cerita The Mask.. Tak percaya?? See this!


Hahahah !! okay bye!

Happy Birthday!!

Happy 13th Anniversary 
GOOGLE!!!

And Also Happy Birthday To Encik Sepet. Yang ke 23 tahun. Eh eh eh.. Encik Sepet, Tak sangka awak sama anniversary dengan GOOGLE! Cuma pangkat awak abang je la kan.. Hurrmmm ... Hahha.. Hope u will happy till the end.. Amin.. 

Just simple song for you dear... 

Monday, September 26, 2011

Bila Dia Beralih Genre ..

Korang dah dengar lagu baru Stacy?? Takde la baru mana pun. Dah lama jugak keluarnya. Cuma baruu la dari Stacy kan. Herrmmm.. So, touch my heart. Best kan. Really love it. Inilah baru dipanggil penghibur yang sejati, dimana dia boleh bawa semua genre lagu, tak kiralah slow ka, rancak ka.Semua menjadi. Haaaa. hehehe ... Meh kita hayati lagu terkini Stacy .. "KISAH DONGENG" ....


\

Lirik lagu :Kisah DOngeng  -Stacy


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Selamat Jua Mereka Kan .. Bagus lah..

Ap yang terhangat minggu ni?? Hangat tahi ayam?? Ohhh mestilah tidak... Hangatnya Asmara??... Ohh.. sipi-sipi la... Hangatnya mentari.??.. Ohh... Dahhh ... Jauh dah meleret nye.. Okay now.. Kisah hangat dan panas adalah : Memey Dan Norman Hakim:

Seperti sedia maklum, mereka adalah pasangan dua secoli  yang menggegarkan industri seni suatu ketika dulu. Dimana mereka ditangkap khalwat ketika di opis nya si Norman. So, dah jodohnye, Kawenlah mereka kelmarin. Biarkanlah segala negatif yang dulu-dulu tu dilupuskan dari pikiran orang Malaysia ni. Shhuusshhh ... Nak tengok cantik ke dop?? 

Jom Joget-Jogetannn... Ewaahhhhh

Sebelum aku take rest sebentar, Mari kita bersama-sama melakukan gerakan badan bagi membetulkan tulang belikat kita yang dah menetap diatas kerusi dari tadi pagi! Haaa.. MAri berjogett... Ewaahhh.. Ewahhh... 
Haa...Aku rasa aku dah post video ni dulu-dulu kan?? hehhe.. Biaq p la.. Lagu ni jugak yang buat aku gerak-gerak badan.. Hehhe.. Nak ikot aku joget-joget tak?? JOM!!!! lalalalal ....
Rasa Sayang Sayang Sayang Sayang Hey!! 
Rasa Sayang Sayang Sayang Sayang Hey!!

Bila Dah Kaya, Semuaaaa Pon Bolleeyy

Papa Rich! Haaa... bukan nama kedai makan tau. Hehehe.. Aku beri gelaran ini kepada Encik Will Smith sorang ni. Hehehe .. Semua sedia maklum yang pakcik kayo ni mempunyai sebuah trak yang mempunyai isi dalam yang maha mengagumkan!! Korang mampu?? Jangannnn harap la.. Aku rasa PM kita pon tak berani nak beli mende ni, kang kena boikot susahhh mak nak jawab . Heheheh... Dek kerana terlalu kayo pakcik ni, dia mampu mempunyai sebuah trak yang mempunyai dua tingkat yang mewaaahhh gile dan mempunyai isi dalam yang sangat best!! Mak nak satuuuu oooii.. Will you marry me Mr Will Smith?? agagagaga... hehehe.. Jum cekidauuutt apa yang mewaaahh sangat trak pakcik kayo ni.. 



Cawan Kertas Berharga RM 69.19 ??


Adakah anda percaya bahawa harga sebutir  cawan kertas atau lebih dikenali sebagai Styrofoam cups dijual dengan harga RM 69.19? Haaa... Kenapa nak jual mahal-mahal ni.. Korang tak pelik ke?? Mende tu kalau beli se bundle pon tak sampai RM10 pon kan? hurrmm ...Apa kes ni haa... 

Kenapa Menda Alaaaaah Ni Takde Kat Malaysia?

Sesuatu yang menarik dan tertarik seperti lukisan yang menakjubkan dan hasil seni yang mengkagumkan, Kita susah sungguh nak jumpa kat Malaysia kan? Kenapa ye? Apa yang aku dah jumpa kat Malaysia ni hanya Graffti art je. Alaaa.. yang lukis-lukis kat dinding tu. Itu yang paling Awesome yang aku jumpa .. ( atas pemerhatian aku laaa....) . Ini merupakan salah satu artwork yang aku damba-dambarkan supaya berada di Malaysia. 3D street painting. Apa yang aku tahu, lukisan atas jalan ni dah banyak berada di luar negara seperti England, Austria, dan macam-macam negara lagi (macam-macam can describe for negara ke?) . Ni hasil yang aku jumpa di website-website.. Mai lihat kekretifan mereka ini .. 



Sila lah Percaya Akan Hasil Lukisan Real ini..

Anda percaya pada kelebihan seseorang?? Anda tak mampu.. Tapi ada lagi insan yang mampu melakukannya. Fuhhh! Aku respect sungguh pada insan-insan yang mempunyai tangan seni macam ni. Aku jealous, sebab aku memang minat seni dari kecil, tapi apakan daya, aku tak berkemampuan meneruskan impian dek kerana kekurangan kelembutan jari jemari mengahsilkan sesuatu yang awesome. Setakat simple art saja aku boleh hasilkan.. Heemm.. Soooo unlucky person meh...  Sebagai penambah semangat, aku suka search sesuatu yang quite awesome for me, yang boleh mebuatkan aku try to create the same thing nanti.. (insyaallah.. i hope soo). Jum cekidauutt now the realistic painting yang dihasilkan oleh pengkarya yang fantastic dimana mereka boleh menghasilkan sesuatu yang sungguh real ,padahal itu hanyalah lukisan yang menggunakan water color!  


Cekidauuttt !!! Cekidauuttt !! Cekidauuttt!!!


Monday's Art ..

Hari ini adalah Isnin.. Makanya.. semestinya Monday blues tu akan ada even 10% sekalipun.  So, disebabkan hari ini sungguh tidak bermaya tambahan lagi hari ni perut comel ku meragam dari pagi. So, aku akan keluarkan hasil-hasil kreatif yang boleh membuatkan korang senyum dan kagum diatas ke kretifan nya! ... Dont ask me why I put all this things because what can i say is.. This is my blog.. Suke ati aku la nak letak ape pon kan... =)


Dunia Fesyen London

Bersempena dengan ulangtahun ke-100 Westfield Stratford City, maka terciptalah video shot yang menarik mengenai perubahan fesyen dari 100 tahun sebelum, 13 September 1911 sehingga sekarang, 13 September 2011. Ia adalah shot video revolusi fesyen yang sungguh Wow!! Heheh... Dalam tempoh 1 minit 41 saat sahaja ia boleh menunjukkan perubahan nya. Selain daripada itu, ia juga merupakan perayaan menyambut 100 tahun revolusi fesyen, muzik dan tarian di Timur London .. Kesemua shot sungguh Awesome dan ia mengambil masa 4 hari untuk penngambaran dan menggunakan beratus jenis costume di sekitar Timur London. 


Hayatilah !!


Great Video In just 4 Minutes

Jom kita menikmati 4 minit persembahan yang ditunjukkan melalui tranformation style rambut dari zaman awal permulaan manusia ( i guess) sehingga sekarang. In just 4 minutes, video ni dah create sesuatu yang awesome! I like okay.. Super Duper Creative .. ! Have fun guys!


One and a Half Month To Go..

Sob..Sob..Sob.. Bila dibilang-bilang.. Sekarang dah nak akhir bulan September. Then, Bulan Oktober, Then November... November 4 2011... The time to say good bye to PICC ... SOb..SOb..SObb.. kira-kira dalam sebulan seminggu gitu. Hoh. Pejam celik, sekejap je nak masuk enam bulan intern kat sini. Awal-awal dulu konon dok kira-kira bilaaaa la nak habis intern. At last, bila dah sayang kat semua orang kat sini, tup-tup waktu makin hampir ke penghujungnya. Aduuhh ... Slow kan lah waktu nya... =(

Saturday, September 24, 2011

Next Rumah Ternganga Pliss..

Okay, now takmo buat kisah duka lara dah. Jom cerita apa yang aku lalui hari ni. Pagi-pagi dalam pukol 8.00am, tut tut .. Henset aku berbunyik.. Aduu.. Kacau okay pagi-pagi Sabtu nak message-message bagai. Tak tau ke aku nak guling-guling ni. Nak tak nak kena tengok. Takot la mana la tau emergency ke kan. Tengok-tengok je, Tiba-tiba ada message berbunyi begini.. " Mimi pergi tak umah Bonda Bondi nanti?" .. Hoo.. Sape yang hantar message ni?? Mata bangun-bangun tidur bukan lah clear benar kan. Kecik-kecik kan mata sat, then.. Ohh.. Abang Fendi rupenye.. heheh ... Aku pon message la bla..bla..bla... Then... Dalam kol 12 lebih kami berkumpul di PICC. Ada pulak kes dimana kesemua tak mahu membawa mak angkat tumpang kereta .. Kami nak pergi konvoi ke open house bos-bos kat PICC ni. Satu kat Dengkil, Satu kat Seri Kembangan. Pergi konvoi la baru best kan. Then mak angkat Abang Fendi pon naik la kereta Abang Fendi... Hahah .. Oppss..jahat la pulak aku kan.. Heheh.. Tak baik..tak baik.. Ishh .ish.. Okay.. Hari ni hari perot ketat. Hah ! Macam lucah ayat tu. Bukan, bukan.. Ni nak habaq.. Makan kat open house ni kemain la banyak nye. Perut mang sah-sah kosongkan. Tu yang bila sampai ke rumah bos pertama makan bagai nak rak. Semua jenis amik!! Tak ke gila.... Makan sampai kekenyangan la.. Bukan rasa kenyang je, malahhhhan ... seperti nak muntah! Tu baru umah pertama...

Mood Sungguh Tak Boleh Blah..

Mood aku sekarang sungguh tak boleh blah sekarang.. Rasa marah..sedih..nak nangis.. Tu je yang aku rasa sekarang ni. Disebabkan kejadian calar balar kereta kawan aku tadi, disebabkan kawan aku luahkan perasaan sedih dia tadi.. Aku automatik jadi amarah. Bukan aku amarah ngan kes dia. Secara tiba-tiba every single thing yang duka waktu dulu muncul semula. Kisah-kisah yang menggoreskan hati aku, kisah-kisah yang membuatkan aku benci manusia benama kawan, kisah-kisah yang orang yang cuba menjatuhkan aku, kisah-kisah orang yang tak puas hati ngan aku dan kisah-kisah orang yang tak senang dengan kebahagiaan aku. Kenapa aku?? Muka aku nampak riang gembira. Tapi didalam, hanya tuhan je yang tahu.

Kenapa aku masih boleh tersenyum?

Sebab aku diajar supaya buat semua orang senang dengan kita. Jangan sesekali susahkan orang, jangan sesekali dengki dengan orang, jangan sesekali jatuhkan orang, jangan sesekali amik hak orang dan jangan sesekali cemburu dengan kebahagiaan orang. Jadinya, aku akan sebaik mungkin buat orang senang dengan aku walaupoun orang tu dah menyakitkan hati aku. Aku tak pandai menangis depan orang. Aku tak pandai luah kisah duka aku kat orang. Aku tak pandai menengking-nengkin depan orang. Walaupun aku nampak tabah dari luar, tapi aku masih manusia, yang tahu sedih, menangis, marah, senyum... Bukan senang jadi aku sebenarnya. Waluapun umur aku dah 23, pengalaman duka dalam hidup aku dah banyak sangat aku lalui aku rasa. Tuhan terlalu banyak menduga aku ngan dugaan yang kadang-kadang buat aku sakit. Tapi aku belajar macamana nak manage situation. Aku try to avoid dari ingat apa-apa yang buat aku ingat balik kisah duka dulu-dulu. 

But now... Banjir.. I cant stop my tears.. it really hurt when all the SHITT turn out my mind.. Really SHITT!!! Blah la ko dari hidup aku.. Aku tak nak fikir pasal mende bodoh ni dah.. Blahh la.. 

Luahan Rasa Hati Yang Duka ='(

Sambungan dari entry sebelum ini, Hurrmm.. aku ni mudah naik marah bila ada kawan aku kena pedajal. Aku tak tahu kenapa. Aku ada satu sifat yang agak negatif iaitu Panas Baran. Aku sungguh pantang bila ada orang buat sesuatu yang aku kurang senang. Sebab aku tak kacau orang yang buat aku kurang senang tu. Huh.


Makin tahun, makin menjadi-jadi amarah aku. Makin menjadi-jadi sifat kurang percaya pada orang sekeliling. Even dia kawan aku sekalipun. Aku hanya akan bersama dengan orang yang aku senangi sahaja. Bukan senang aku nak terima ajakan orang yang aku kurang senang. Ini kerana, hidup aku selalu didengki oleh orang sekeliling even KAWAN sekalipun. Huh! Sungguh dasyat. Sumpah aku kata, dulu aku adalah seorang yang sungguh suka cari kawan baru, nak kenal ngan orang baru, nak tambah kawan baru. But now, aku tak berminat 0.01% pun. Jika ada didepan aku, aku senangi, automatically dia akan jadi kawan aku. Jika tidak, aku akan buat tak tahu sahaja. Perjalanan hidup aku dulu ngan sekarang sangat berbeza. Aku sekarang lagi senang duduk sendirian, sambil mengadap laptop. Bukan tak suka bergaul ngan orang sekeliling, cuma aku akan keluar jika aku rasa ia akan menyenangi diri aku. Jika aku rasa aku keluar hanya untuk tidak senangkan hati aku..jangan harap aku akan keluar. 


Tahu sebab apa ia berlaku???

Celaka La Kau !


Dengki mendengki amalan Syaitoonn.. Dengki ni ada dua jenis. Dengki yang positif dan dengki yang negatif.

Dengki positif : Ia berlaku untuk mereka yang dengki yang baik-baik sahaja. Maksud aku yang        berniat baik. Tak paham juga apa aku sampaikan?? okay. Aku kasi situation dia okay. 

Example : Aku bagi aku nya situation dimana aku sungguh jeles bila orang lain ada kerja untuk dibuat manakala aku hanya melanguk depan screen dah mengsenam erobikkan tangan aku kat keypad laptop ni .. Haaa.. So, aku pon menggunakan blog sebagai platfom untuk meluahkan kata-kata tidak patot dan merasakan aku ada hak untuk dapat sama dengan apa yang orang lain dapat. Haaa.. So, nampak kat sini yang aku jeles ngan orang atas sebab yang positif. 

Google

Google suka ubah logo kat main page tu kan. Hehehe ... Hari ni logo dia CUTE GILA okay.. Heheh .. Jummm ...

Cute Huh?? Ni logo bersempena besday si pen'create' siri puppet terkenal iaitu Jim Henson. Dia ni la yang mewujudkan Sesame Street yang kita dok tengok pagi-pagi zaman bayi-bayi dulu tu. Haaa.. Ingat tak???

Friday, September 23, 2011

Cara Meningkatkan Metabolisma Dalam Badan

Pagi-pagi Jumaat yang sejuk dan nyaman. Dijauhkan lah perasaan marah dalam diri ini hari ini. Fuuhh~ Mood agak ngantuk sekarang kerana cuaca diluar sungguh mengasyikkan. Haa.. jum kita hayati pula informasi seterusnya yang diberitahu oleh Kevin Zahri, iaitu fitness coordinator di Malaysia ni. Ini menarik minat aku kerana ia merupakan cara aku dapat megurangkan berat badan dengan baik dan sempurna. Bukan senang nak diet ye korang. Aku dah menghadapi waktu susah itu ye. 3 bulan tak hadap nasi dan makanan berminyak.! Huh. Sungguh susah untuk diamalkan bagi food lover macam aku ni. Tapi disebabkan azam yang tinggi, ku gagahi jua. hahaha ... ayat poyo pulak pagi-pagi ni. Then, after dah turun, korang ingat senang nak maintain?? Ohhh tidak okayy , mintak maaf la.. Berat aku cepat naik kalau aku makan terlebih sikit. Huh. Masakk!! Tapi alhamdulillah la, berat aku sekarang maintain balik ke berat yang turun dua tahun yang dulu, 

Renungan Pagi Jumaat

Source: i luv islam
Manusia :
Aku dicipta untuk satu tujuan. Menjadi khalifah di muka bumi ini. Berbuat kebaikan untuk diri sendiri dan sekian mahluk ciptaan-Nya. Aku dilahirkan bogel tetapi tidak ternilai. Aku ibarat kain putih yang perlu dicorak dengan nilai-nilai tertentu. Nilai-nilai yang mungkin warna-warna elok dan terang sedap dipandang tetapi mungkin sahaja terselit warna-warna muram dan kehitaman yang comot.
Pemilikku adalah ibubapaku tetapi kami sekeluarga dimiliki-Nya. Aku tidak kekal sama tetapi membesar secara fizikal dan mental dan berhijrah dari semasa ke semasa. Kuasa ku terdapat berbagai-bagai bentuk. Ada kuasa terletak pada pengetahuan, fizikal atau kedudukan. Tetapi walau bagaimanapun besar kuasaku, aku tetap hamba pada-Nya. Walau pun kekadang aku terlupa atau sengaja buat-buat lupa amanah-Nya padaku.
Duit, kau membuat ku bekerja untuk mendapatkanmu. Supaya aku mampu memiliki yang lain melaluimu. Kebanyakannya berbentuk lahiriah. Dan dari lahiriah inilah kekadangkan boleh memberikan aku kepuasan batin, kesenangan dalaman atau memenuhi santapan jiwaku. Salahkan aku kalau bercita-cita untuk mendapatkan seberapa banyak duit?

Apa Jenis Blog Ni??

People asking me one question... "Blog ko ni di klasifikasikan sebagai blog apa??? Sat ada info , sat ada cerita peribadi, sat ada tips la, sat ada feeling-feeling la, " 

Okay la. One thing yang aku nak sedarkan korang semua.. Cuba korang baca balik header aku. Cer tengok betul-betul, Cer eja betul-betul, Cer paham betul-betul. 

Thursday, September 22, 2011

Kenapa Ia Berlaku?

Sejak beberapa menjak ni, Kenapa aku sungguh free update ber entry-entry? ALmaklumlah, kerja takda kan. Goyang kaki and jari jemari je la. Nak update report, takkan la nak perah the whole day kan otak ni. Kesiann dia, nanti kang lapar pulak aku ni, susahh jadinye. Heheh .. 

Seronok ke takde kerja??

Mestilah tak syial.. Hurmmm.. uhukk !! eh silap.. Mestilah tak ... Apaalah yang aku nak letak dalam daily report aku nanti .. ye dop?? Takkan nak lebaq kan pungkoq ja kat sini kan. Mestilah aku nak kerja yang boleh dibuat dan dibizikan. Tetapi apakan daya, aku bukan insan terpilih olehnya.. Ohhh .. Mengapa?? Mengapa?? Mengapa?? Takpa lah, tak jadi terpilih pon takpa la, at least dalam gape time yang aku ada ni, aku boleh buat master report aku.. ye dop?? No need to disappointed sangat la kot kan. Maybe ada hikmah disebaliknya. 

Kenapa aku takda kerja? 

OooCheeemmmM!

Heheh... Badan tengah penat, mata dah ngantuk. Keje takda.. Otak penat, Apa lagi lepas ni nak penat?? Hurrmmm ... Bila kerja takda, tangan mestilah kena cari kerja juga kan. Makanya, pabila tangan yang comel ni mencari kerja, terjumpalah sesuatu yang OOoocccHHemmM sekali!! Kalu dapat ni, haruslah aku terjun kan badan aku ke situ. Wahhh .. Love it!! Love it !! Love It!! Cekidauutt!!!


Just A Simple Word

  • Not all kind of joke you can play with 

  • Alert wherever you are

  • Never judge people by it's physical, pretty or ugly is not the key for success

  • Be careful while you speak out, once you do a mistake, forever you lost
     
  • As a leader, you cannot have biased in you! This is uncivilized attitude

  • Hey grasper! You can grab whatever in front of you but aware with others who also need it too

  • Don't try to play with the silent people, once you make an error,he will grunge with you until the end of your life 

  • Show off, can be describe as a prostitute that need more attention from criminals outside  


Penghijrahan Yang Positif...

Malaysia, makin lama makin maju. Walaupun makin maju, artis-artis dinegara ni makin bersikap positif. Makin ramai pula yang berubah imej kearah lebih positif. Alhamdulillah. Ni antara artis yang sudah berubah ke arah yang lebih cantik iaitu berhijab .. (^_^)




Aida Khalida

Dalam Logo Ada Cerita

Hey Hey Hey !!.. Monin la semua.. Bersua di entry terbaru pula, setiap organization atau apa-apa lah business ke mesti akan create satu logo yang merupakan lambang identiti bagi mereka kan. Macam-macam logo dah wujud di muka bumi ni, ada yang mengarut, ada yang mencarut dan ada juga yang bagus. Hehe .. Meh kita cekidauuuttt logo-logo yang awesome simple but meaningless. Sila hayati gambar dengan kesenian mata okay. Tak nampak, maknanya ko buto... 


Tup Tup .. Baru Lagii ...

Facebook bertukar wajah kembali. Apaaaa la kan. Sat g kalau tukar lagi aku tak tahu la kan. Haduu .. Sedih tau. Aku dah la tak suka nak baru baru bagai ni ... heheh ...



Awat tak tukaqq color terus kan!!! Haiyaa...  Tukaq font ka. Tukaq bahasa ka haiiisss...

Perangai Orang Gomen ! Hermm

Sesiapa yang terasa, sila angkat kaki. Sesiapa yang tak terlibat, sila buat tak tahu okay.. Perangai orang gomen ni sepeseeennn je bila ngadap makanan. Aduu.. Yesterday ada Jamuan Aidilfitri untuk JPM. Ada PM datang tadi. Aku bukan nak cerita pasal PM, aku just nak cerita pasal perangai orang gomen, exspecially perempuan, makcik-makcik, kakak-kakak dan adik-adik. Huh ! Punyaa la macam apa kan... 

Ceritanya macam ni... 
Yesterday's event include all the organization under JPM.. Kiranya kenduri JPM la kan. Itu tak jadi hal,apa yang jadi hal nye bila time nak amik makanan. Haaa... 

Ceritanya macam ni pula.....

Wednesday, September 21, 2011

When Two Heart ...



Suatu hari seorang  guru bertanya kepada murid-muridnya, Mengapa ketika seseorang sedang  marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali

“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak  berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut  mereka. Namun tiada satu pun  jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam  kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun  secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka  menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?

Kisah Sang Lelaki LOOSER

Benci? Cinta? Sayang? Kesian? Hipokrit? Cemburu? 

Huh, dalam otak aku just fikir kenapa lelaki yang kononnya sangat penyabar dan sungguh setia (kononnya), tiba-tiba beralih arah ke wanita lain. Then, pabila sudah beralih kepada wanita lain, sang lelaki masih lagi menunjukkan kehadirannya kepada wanita terdahulu  ( masih tergantung tak bertali rapia). Kenapa? Lelaki tu still sayang ke pada wanita terdahulu tu?? Or dia hanya kesian kepada wanita terdahulu tu? Or dia cemburu bila wanita terdahulu dikelilingi lelaki lain yang memang kurang macho nya. Huh! Sudahlah berkasih lagi satu dan menduakan wanita terdahulu, dan berkata-kata seperti wanita terdahulu itu tak perfect. But, sang lelaki juga apa kurang nya?? Tidak matang dan hanya tahu berkata-kata bagai juara. Fuhh ~ Lelaki macam ni, untuk dibuat suami insyaallah akan direject, untuk dibuat kekasih, insyaallah mungkin akan ditolak, untuk menjadi kawan, insyaallah, mungkin akan difikirkan. Hurrmm .. Sang lelaki mungkin memikirkan bahawa dia merupakan jejaka idaman semelaya. Mungkin itu lah yang menyebabkan dia masih terkinja-kinja seperti hilang maruah. Aku sebagai pemerhati hanya mampu tersenyum dan menggelelngkan kepala dan berkata " LU MEMANG BODO LAH JANTAN!!! KALAU RASA TAK RETI NAK JAGA HATI SORANG PEREMPUAN, JANGAN BERANGAN NAK TAMBAH PEREMPUAN LAGI SATU.. ADA PAHAM? 

Tuesday, September 20, 2011

Mimpi Semalam Punya Cerita


Dek kerana lecturer visit hari ni, aku bolehh pulak bermimpi lecturer tu malam tadi. Huh! Sila jauhkan negatif okay.. Saya hanya mimpi kering, No basah-basah at all. Fuuh ~ Kenapa dan mengapa boleh munculnya cerita didalam mimpi aku, hanya Tuhan saja yang tahu.. Nak baca betapa bodohhnye aku punya mimpi?? Jumm skodengg... 

p/s: ini salinan asal yang telah dihantar oleh aku kepada sahabat aku melalui gmail pagi tadi.. Sila baca dengan penin kepala.Setiap nama dan watak didalam ini bukan rekaan semata-mata cuma kesemua aksi sahaja hanya rekaan. Kepada sesiapa yang ada nama didalam ini, termasuklah mangsa utama, Sir Fizi, saya mintak maaf, jangan salahkan saya, salahkan mimpi saya. Harap Maklum .. Ada diantara ayat yang terpaksa di ** kan kerana terlalu bahaya untuk tontonan umum. Sekian Terima Kasih. Selamat men entah apa-apa kan diri.. =)
..........................................................................

Assalamualaikum Syazana,

Adooii.. aku nak cite ngan ko sekarang gak. Sebab ko tak online-online kan. Huh !  ...