Friday, December 30, 2011

New Year Bakal Tiba

Lagi beberapa hari je lagi nak countdown new year kan. Excited?? Me also excited till infinity. Heheh.. 2011 .. Sungguh banyak memory suka dan duka, gelak dan tawa.. 2011 membuat hidup aku makin matang dan makin tahu menjadi manusia. Rasa sedih pulak nak tinggalkan tahun ni, yelaa. cepat sangat waktu tu nak berlalu, next year umoq aku dah nak masuk 24. Ohh.. Time to change my status.Hahahah.. Tapi, tu laa.. banyak lagi nak kena capai sebelum tukar status tu. Ohh.. Semoga dipermudahkan. Okayla.. jum tengok apa memori yang bakal aku tinggalkan di tahun 2011 ni:


1. MSU


Ohh.. tahun ni merupakan tahun akhir aku bergelar siswazah. Genap awal bulan 11 baru ni, habislah tanggungjawab aku sebagai pelajar MSU. Then sekarang menunggu waktu untuk graduate tengah tahun depan. Huh. Macam tak percaya je kan. Heheh.. Seronok giler belajar kat MSU ni, tak tipu.. lagi-lagi sekarang. Bangunan baru, facilities baru, cikgu emsem baru, bangunan lawo, masjid lawo, kantin banyak makanan, dan banyak lagik la yang menarik. Silalah datang kalau nak tahu.. Aku nak tunjuk sikit apa yang aku timba time MSU tu kan.. Eh silap.. apa yang aku lalui sepanjang di MSU bersama kawan-kawan.


 Sukaneka Hospitality Department

The End



See.. I said before that 'she' will read my post. Thank god. Senang cerita, even you have your own problem either big bigger or biggest pon.. Dun let other people involve dalam trouble you tu. Other people also got their own problem ma. Don't say that you the only one who have biggest ever problem.  Nonsense. Senang cerita, u can message, call or even FB message us kan kalau you got problem. Betul tak? We are human yang berfikiran, if you tell us that you have biggest problem before this, we will think about it. But, now ... Sudah sekian lama kami menunggu respon, baru  nak beri. Just because of my post ke? If yes, Alhamdulillah la.. Hope it will make you understand on our situation. We are same dear. Our life just begin..


Aku tak marah pon, aku hanya kecewa bila jadi macam ni. Tak rasa pon apa kami  buat salah. Langsung tak. Kami tak cari kau kalau kau bagitau kami situation sebenar dari awal kami cari kau dulu. Kan senang. Semua orang ada masalah sendiri, semua orang ada waktu susah nye. Tapi nak buat macamana, ni tanggungjawab. Kalau kami salah, just bagitau kami. Next month, kami yang akan tanggung masalah sendiri tau. So, please consider it. Pada aku tak jadi isu pon menda-menda ni, cuma please think about your responsibility. If you put your self in our situation, APA YANG KAU RASA? Think about it dear.


Kepada kawan-kawan, sini aku nak nasihat sikit, bila kita ada problem, carilah solution nya. Bagaimana? Cuba lah share dengan kawan-kawan ke, mintak  pendapat kawan-kawan ke, mintak tolong family ke, janganlah simpan sorang-sorang diri. Sapa yang susah nanti? Awak sendiri la yang susah. Lagi lah kalau problem tu bakal melibatkan orang lain, urrmm .. susah nanti tu. Senang cerita, kawan tu bukan sekadar tempat gelak ketawa je, kawan tu tempat untuk semua.. buruk baik pon, tetap kawan kan. Berfikir sebelum bertindak. Jangan nak terburu-buru buat keputusan, padah menimpa diri nanti. Susah kan.. Dah cukup banyak aku melalut sorang-sorang, so.. Kawan-kawan semua.. hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. Sucikan diri, lembutkan hati. Ceeeeeeeewah. Hahaha..(melalutbagaiustajah)




Sekian..

Thursday, December 29, 2011

Terasa Macam Nak Ceramah Pula

Ohooiii... Bila mata bertentang mataaaaaaa... Hati gembira bagai nak gilaa... Ohooiii .. Hahaha.. sudah mulai menggila dengan seseorang ni. Aish.. Message, Call, tak dibalas nye. Semua menda tak dibalas. Tapi bila dilihat pada FB, sedang aktif je bekerja di situ. Apa la kes nya kan? 


Ingat sikit wahai manusia, bila kita dilanda kesesakan, diminta tolong.. menolong lah, dah bukan nye melolong .. Hahaha.. Aku tak tahu nak luahkan apa yang aku rasa dalam hati aku ni. Sebab hati aku tengah suci lagi sekarang  ni, masih di ambang bulan. Sebab ubat aku masih available buat masa sekarang, so emosi aku masih boleh dikawal. Sampai minggu depan masih lagi hamba Allah ni buat tak tahu juga dengan message dan call... Adalah pembalasan yang diterima nanti. 


Just simple way la kawan-kawan semua, kita sebagai manusia ada hak untuk meminta hak yang sepatutnya. Tak salah meminta hak yang halal, bukannya meminta hak yang haram. Lagipun, bila kita dalam kesusahan, berharap la juga ada pihak yang membantu, tetapi sampai sekarang masih tiada jawapan. Apa sudah jadi? Kami meminta sesuatu yang memang patot diminta. Bukannya meminta sesuatu yang tak patot di minta. 


HuaaaarrggHHHHhhhh... !!!!! 


Sumpah tak tahu nak kata macamana dah. MENGAPA JADI BEGINI? Apa masalah dia? Apa yang salah kami? Apa nya kami buat salah ke? Apa salah kami minta apa yang sepatutnya? 


AKU TENGAH PELIK KENAPA DIA TAKMO BALAS MESSAGE, JAWAB CALL, AND SOOOO ON. FOR 'SHE' ... WHEN YOU READ THIS ENTRY, PLEASE GIVE YOUR REASON, WHY YOU ALWAYS TRY TO 'LARI' FROM US?  REALLY NEED YOUR REASON. 


Dunia ni kecik je, lari mana pon akan ketemu jua. Happy ending!


p/s: post kali ni agak serabot tak kene tempat. Mintak maap.

Face It Everyday

Haaaa..... Can u read this???!!


This is what I need to face almost every day lah!!! Soo sengsara okay.. Strees my mind and eyes also maaa... Tak sampai setahun ni, mao nye menambah power mata ni.. TERBAEK...

p/s: kepada bos-bos, sila prihatin terhadap tulisan anda.. Kesian kat pekerja yang tekun mengkaji tulisan bos ni ..=_=

Wednesday, December 28, 2011

Manisss Sangat Kan?

Korang perasan tak background music blog aku ni ade lagu? Lagu sape? Laguuuu tu laaa, si ape tah namenye, Christina Perri tu, .. heheh.. Ni disebabkan penangan mereka yang comel ni . Meh kita tengok MV original dia yang best ni!... 


Jum hayati lirik yang super sweet from her!

Coffee Itu Sangat Indah

Haa.. Siapa yang suka minum kopi.. Angkat Laptop! .. Okay, now aku  nak share je apa yang aku ketemu. Penghasilan seni lukisan halus melalui air coffee atau lebih dikenali dengan panggilan Latte Art. Macamana rupe bentuk dia? Jum kita lihat bersama-sama..




Comel tak?? Bagus kan hasil nye. Nak minum pon tak sampai hati. Hehehe.. Okay, jum kita lihat lagi banyak hasil yangmenarik yang dikaryakan di atas secawan kopi ini..

Mereka Pon Ada Kebijaksanaan Juga

Setiap makhluk Allah dalam atas Bumi ni ada kelebihan masing-masing. Tak kiralah, manusia atau pun haiwan. Ole itu, tidak hairan lah haiwan pon mampu buat sepertimana manusia buat. Macam melukis ke, menari ke, ketawa ke, dan yang paling baru aku tengok ni, adalah BERMAIN GAME DALAM PHONE. Kau mampu?? Jom kita lihat kehebatan nya... (so clever la)





Pandai bukan??? Hurm.. Tu la, jangan ingat manusia je bagus dalam dunia ni, haiwan pon tak kurang juga. Hehe.. Lepas ni cuba korang try kat haiwan peliharaan korang, mesti fun punya!

Tuesday, December 27, 2011

The Variety of Mukabuku Version

Sekarang ni, macam-macam yang kita  boleh lihat kat Youtube kan. Nak apaaaa pon boleh, just search and find it! Mudah kan? Haaa.. Dan Youtube juga merupakan tempat dimana para pengkarya menngkongsikan hasil karya mereka. Dan pabila karya mereka dikenali di serata dunia, dengan serta merta mereka dikenali sebagai Artis Youtube. Okay, takmo melalut panjang.. Jum kita lihat salah seorang Artis Youtube yang makin meningkat naik ni, Si budak mukabuku, Najwa Latiff. Okay, aku tak nak cerita perihal peribadi dia ke apa ke, cuma aku nak tunjukkan betapa banyak nye versi Mukabuku yang diberi nafas lain. Hahahaha.. Dalam erti kata lain, mukabuku versi pelbagai laaaa...  First kita lihat yang original virsion punya,


Rupa-Rupa nya Dia..

Korang ada pernah tengok cerita Tihany kat TV9 tak? Yang slot hari Isnin dan Selasa tapi sekarang dah digantikan dengan cerita Karma.


Sapa pernah tengok, mesti pernah dengar lagu OST dia yang mendayu sedap tu kan. Haaa... Aku tak tau pon sapa tuan empunya penyanyi tu. Then  bila aku dengar kat radio, rupa-rupanya.. salah seorang penyanyi dia adalah.... Kila Fairy, ... Haalaaaa.. Anak Rohana Jalil tu la.. Kenal kan? Si bibir montok tu (montok ke?). Okay.. Walaupun aku kurang gemar appearance dia, tetapi.. aku sukaaa gila bila dia nyanyi lagu ni. Suara dia SEDAPPPP!!!.. So, pada aku better dia menyanyi dari berlakon. Sebab kalau dia menyanyi nampak originality, bila dia belakon nampak menda lain. Haha.. Okay, Jom hayati lagu ni.

Thursday, December 22, 2011

Saidina Baru

Haaaa... orang lain dok sibuk cerita pasal mata wang baru Malaysia yang baru semalam di publish kan kepada rakyat jelata. So, untuk menabag kesibukan tu, aku pon nak join sekali menyibukkan nye. Korang dah tengok dah duit tu?? comel kan. Macam permainan Saidina yang kite main zaman kanak-kanak dulu (now saya dah remaja). Heheh.. Budak-budak kalau nampak mesti dia nak koyakkan, sebab comel sangat color die. heheh.. Mari kita tinjau matawang kita sekarang:


Dah nampak dah penuaan bermula. That why la bank keluarkan matawang baru. Hahahah.. Goodbye kepada otai ringgit pada Julai tahun depan (insyaalah). Dan silalah, Say hello to ringgit-to-be yang comel ni :

J-Pop

Aku baca Blog Serius, Then ada entry pasal ni. Hahaha.. Aku hanya senyum je la tengok performance diorang. Mereka memang sukakan kelainan. Bagus la tuuu (kot). Adaaaa je menda nak buat yang nak tarik attaention orang luar kan. Hahaa.. Okay la tu.... Endon Apa Pon BOOLEEEHH...


Amacam? Nice ke? Great ke? Anda tentukan sendiri ye. 

Wednesday, December 21, 2011

Free And Easy

Hari ni, aku takdak kerja langsung melainkan aku betulkan mistake surat yang aku buat semalam. Huh. Kembang pungkoq aku dok kat kerusi comel  ni. Fuuuhh... Today mood aku adalah mood MOMO. Hahahah.. Nak cuba jadi macam dia lah. Nak letak gambar syok  banyak-banyak kat sini. Hahahah... Jum layan mood bosan aku cepat!!


Video Of The Day

Assalamualaikum! 
Duduknya saya disini adalah untuk menceritakan satu cerita yang amaaaaaaaaaaat menarik. Silalah melihat video yang kelaka + kesian + bengap sikit . Situation ini terjadi kerana, mereka tidak pernah merasai kenikmatan menaiki menatang  ni.. Tangga bergerak ini baru diperkenalkan disana, Oh Kesian! (Sequence dari Oh Bulan!) . Then, ini lah yang berlaku bila mereka mencubainya. KESIAN MEREKA. BANGGA LAH MENJADI RAKYAT MALAYSIA.

Tuesday, December 20, 2011

Terharu Sekejap

Hahahaha... Saja nak share mende ni. Walaupun takde apa sangat, tapi pada aku... "Romantik gak mamat ni" .. hurrmm.. hehehe.. 


Aku baru perasan ada nama aku . Hahaha.. Aku bukan nak poyo-poyo ke ape, memang sebab si Sepet ni bukan minat nak expose-expose macam ni, dia sungguh pendiam. Bila dia kuarkan kata-kata hikmah yang berilmu tu, dia masukkan nama aku gak..Aku rasa.. apa yang kau rasa... hahaha (melalut).. okay la. saje nak share jek. suke tengok, tak suke pejam. =)

Monday, December 19, 2011

Korang Perasan Tak???



Haaaa.. bukan nak perli korang perasan. Cuma korang perasan tak aku nye ada sikit-sikit berubah dari segi rupa bentuk. Hahah.. Macam hapaa je kan. Puji blog sendiri. Nak kata lawa tu tak la. Cuma aku ada letak sedikit penmbahan dari segi :



  • FB like button
  • Aku scroll kan title bar aku kat atas nuuun kat atas tu, 
  • Macamana aku letak energy saver nye .. 
  • Camne aku block right click. 



haaaaaa... Nanti next-next time aku buat entry khas tutorial okay. Nanti aku ajarin kamu-kamu semua gimana mahu transform kamu punya blog content. Tunggu kemunculan tutorial nye okay. Kalau suka, korang jenguk la selalu blog aku. Kalau tak heran, korang jenguk la juga .. Heheheh ... Okay bebeh semua. Tunggu aku rasa enak badan, aku ajar okay. Mudah dah lazat ( tetiba) .

Fakta Berilmu


Kadang-kadang, aku letakkan la juga entry yang berilmu supaya orang yang membaca blog aku lagi cerdik dan bijaksana (motif??). Okay, now aku beri sedikit fakta yang agak menarik yang dimana sometime korang tahu, sometime korang tak sedar dan sometime korang akan kata " eh! betul la.. " .. hehe . Selamat menjamu mata.

............................
  • Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

  • Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

  •  Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

  • Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

  • Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

Dah Lama Aku ...

TAK MENGGEDIK!!!


Hahah...Aku tak tau nak buat entry ape kan, bukan WAJIB pon nak buat entry baru. Tapi aku ni dah takde mende nak buat. So, aku buka je la ape yang aku rasa interesting nak buat. Blog, FB dan Youtube. Tu je yang mampu. Aku rasa macam nak membebel, tapi aku tak tahu  nak bebel ape. Tibe-tibe aku teringat satu gambar yang aku amik pagi tadi before pergi kerja. Haruslah muka FRESH dari ladang kan. Baru bangun tu.. Then yang penting. AKU DAH LAMA TAK AMIK GAMBAR GEDIK MACAM NI... Hehehhe... 


AMARAN KERAS!! HANYA TATAPAN BAGI YANG  MEMPUNYAI IMAN YANG TINGGI
(sediakan baldi yang besar)

Quote Of The Day

Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it.

Kerjaan Pak..

Hallo semua (ramai kan??) .. heheh . Today first day aku masuk kantor kerjaan. Amacam?? Okay-okay la .. standardla first day kerja kan. Baru nak mengenali apa itu kerja. Haa.. Takde ape nak update sangat tentang kerjaan aku ni. Meh aku tunjuk syurga tempat aku mencari rezeki..


TaDadA...!!

Abaikan baldi dibelakang tu. Hahahah .. Bye

Manisnye Mereka

Tsk Tsk Tsk ='( ... Hohoho.. touching selepas  melihat video ni. Simple video but meaningful! Mesti ada diantara korang yang dah tengok kat FB sebab kawan-kawan korang pon minat dengan video ni kan. Jum kita hayati video yang super duper cute from TheMissDena.


Hope both of you will happily ever after!!! Insyaallah..Amin.

p/s: kalau nak en sepet buat macam ni okay gak kan? =_='

Friday, December 16, 2011

Pelajar Tajaan PETRONAS

Haaiissshh.. apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang kan. Cerita hangat sekarang ini adalah mengenai pelajar tajaan PETRONAS, Ariff Alfian Rosli yang belajar di Dublin. Bukann nak cerita pasal dia punya pencapaian akademik.. Cuma aku nak ceritakan tentang pencapaian GAY nya! Haaaa.. Apa kes la ni kan.. Yee.. dia ISLAM .. Melayu kita. Apa yang menghangatkan sekarang adalah.. Dia melangsungkan perkahwinan dia dengan pasangan nya iaitu .. Jonathan. tengok nama pon dah tahu Lelaki kan. Hahahah...



Dasar BANGANG

AKu tenagh syok tengok Galaksi ni. Then ada promotion tentang filem Suatu Malam Kubur Berasap..

Songlap

Review cerita songlap yang aku dah tengok semalam. Haaaa.. Bagaimanakah ceritanya?? Best ke?? Ermm.. Pada sesiapa yang tidak suka menonton filem yang memerlukan anda berfikir, baik jangan tengok. Tapi bagi sesiapa yang nak melihat filem yang berlainan dari filem-filem tahun 2011 ni,, 
ANDA WAJIB TENGOK!!

Thursday, December 15, 2011

Mari Melayan Asmara ...









Kanak-Kanak Pasti Tak Sabar Ke Sekolah

Haaaa.. heheheh .. lagi beberapa minggu nak buka sekolah kan. Mesti ada yang first timer budak-budak comelness yang baru nak masuk tadika ke, taska or apa yang seangkatan dengan nya kan. Haaa.. Aku rasa kerajaan Malaysia harusss melakukan perubahan ini supaya meng"attract" budak-budak sekolah supaya suka ke sekolah. Iaitu dengan konsep melakukan transformation dari segi kenderaan. Ramai budak-budak sekolah sekarang suka menaiki bas kan, ataupun van khas sekolah kan. Makanya, mari kita menyetujui suggestion dimana kita cuba amik contoh dari Jepun dimana mereka mencipta bas sekolah yang mempunyai pelbagai rupa. CUTE dan BRILLIANT! Jum kita lihat ...



Sifat Melalui Huruf Pertama Nama Anda


A – Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan    selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B – Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C – Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D – Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

Wednesday, December 14, 2011

Rentetan Hari Ini

Dalam pukol 12.30 aku naik bas. Bas lammmmbat 10 minit. ( lain kali toksah tulis bas express) .. Then masuk- masuk je, tempat aku diambil oleh mamat jual karpet tu (apa tah bangsa depa) . Then, aku cakap tu tempat aku. Then dia pon menjawab " tempat awak ke? awak sorang ke? " .Aku angguk la. (rimas gila bila orang dah berpusu-pusu masuk macam bas tu nak lari kan) . Then mamat jual karpet tu pon kata " awak duduk sini la (dia tunjuk arah depan dia) , itu tempat saya. Awak duduk la." . Last, aku jeling kat dia then aku terpaksa harung orang yang masuk tu sambil kata " SORRY" .. Duumm! Aku duduk la di tempat mamat bangla tuh...


Kisah bersambung ketika di tempat duduk pulak, dimana time aku nak duduk, dah ada sorang duduk di seat satu lagi. Aku pon duduk je la kan. Then akak yang duduk sebelah aku ni pandang tak paus hati. " Aku tak kisah la hang nak makan aku pon, asalkan aku ada tempat duduk" (kata aku dengan sopannya di dalam hati) . Then, bas pon jalan dengan gagahnya diiringi bunyi enjin yang maha KUAT. Demmm.. Dalam tak sampai setengah jalan, aku terasa sakit kat tangan yang menahan penghadang seat tu setiap kali bas ke selekoh belah kanan. Setelah dikaji baru lah aku paham... KAKAK SEBELAH NI TIDUR BAGAI DI TILAM.. DENGAN MENGIRING NYE.. DENGAN  BADAN PLUM NYE.. DENGAN MULUT TERNGANGA NYE.. CANTIKNYEEEEEWWWWW... Patotla aku rasa sempittt gile  tempat duduk aku. Rupa-rupanya die dah amik suku empat duduk aku.  " Kak, kita sama-sama DEBAB (walaupun akak 2x ganda debab dari saya) heheh.. so consider la kak.. Saya pon nak tidur jugak... =_=' ) . Bas dah la jalan macam dah boleh masuk umah orang-orang tua, buat aku nak muntah je.. Dugaan sungguh la. At last sampai di Pekeliling, aku saja bangun lambat, kasi orang belakang semua habis turun dulu, then akak tu dok pandang-pandang aku tanda soh aku bangun cepat. Hahaha .. Ada aku kisah? Hahah.. Kalau hebat, cubalah keluar kat depan aku ni. (kata aku dalam hati) . Hahahah ...


I Found This!! GOOD ...

Hahaha.. apatah yang menjumpai nye tu? Hurm. Jum kita selami nasib anak muda zaman sekarang. Hehehe. Dah macam makcik kepoh dah aku ni kan. Haaa... Ahad lepas (berabuk da cerita ni) .. Aku balik Raub (baru ingat umah =_=') ..then aku pergi ke KL Sentral atas sebab peribadi (sangaaat) .. Then aku naik monorel untul ke Titiwangsa . Aku perlu melalui jalan yang berliku untuk ke monorel tu. ffuuuhhh berpeluh ketiak. Then, time aku nak jalan ke monorel tu, aku nampak pasangan muda berlia bercinta tengah menunggu nak melintas sama-sama aku. Apa yang membuatkan aku terpesona lihat dia adalah kerana UNDERWARE PINK dia. Fuuuhhh ... hahahah ... Ap ke gila budak tu pakai spender kat luar?? (kata aku dalam hati) .. hahah ... ohh.. rupa-rupanya dia pakai spender kat dalam, cuma seluar dia sungguh putih suci murni bagai tuannya, sehingga menampakkan SPENDER PINK YANG TERLIPAT SIKIT! (paham-paham la kan) .. Hahahah ... nak tengok? (Sorry kuality gambar tak berapa bagus..tapi masih nampak digambarkan)

Friday, December 9, 2011

Alhamdulillah

Betul la yang diperkatakan, Bila kita bersabar menempuh dugaan, maka akan adalah habuannya untuk kita. Sat tadi aku baru habis menghadiri interview borak-borak di salah satu syarikat architectural. Maka selepas borak-borak mengenai kelayakan dan sebagainya.. maka dengan dup dap nya aku menunggu jawapan yang keluar dari mulut bos .. "CONGRATULATION" .. FuuuHHH.. hahahah ... Amin! Tu je yang mampu aku luahkan. Nak kata happy sangat sampai nak lompat pagar tu tak la kan. Cuma macam nak nanges bila penat lelah mencari kerja akhirnya membuahkan hasil. Minggu ni minggu rezeki bagi aku. Bila tempat-tempat yang aku apply semua kol minta datang, tapi tempat yang bakal aku kerja minggu depan ni merupan pilihan. Hehehe.. Acececehh.. hahahaha..'



Muka penat tak dapat tidur lena malam tadi plus muka lega sebab lepas ni berehat dari mencari pekerjaan. Now, focus to next mission, FUTURE .!!Bye semua. Time to sleep! 

Tazkirah Tahun Baru

HAri ni hari Jumaat, seperti biasalah kan. Kita bersua kembali di laman Tazkirah. Haaaa.. Okay. Hari  ni tazkirah di jumpai di laman iluvislam lagi. Heheh .. Jum kita menghayatinya.
..............................................

MUHASABAH DIRI ITU LEBIH BAIK

Bila tibanya tahun baru, tidak kira tahun baru Islam mahupun tahun baru masihi, masing-masing antara kita sibuk untuk menetapkan azam baru dalam memperbaiki atau mempertingkatan mutu mahupun kualiti dalam kehidupan kita.

Namun kebanyakan kita selalu terlupa untuk muhasabah semula kembali azam-azam itu yang lepas.Diulanginya setiap perkara negatif yang menjauhkan kita dari mencapai azam yang di tetapkan itu.Muhasabah ini hendaklah dilakukan selepas setiap amal yang dilakukan agar hatinya tenteram bahawa dia tidak menyeleweng dari ketetapan Allah dan sentiasa mematuhi arahan dan meninggalkan larangan-Nya.

Mengikut Ibnu Qudamah:

"Pengertian muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat."

Ibnul Qaiyim pula berkata:

"Muhasabah ialah membezakan antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya. Setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya. Dia seolah-olah seorang musafir yang tidak akan kembali."

Kepentingan bermuhasabah

Aku Tengah Teruja!!! Tak Tipuu

Hahahaha... Aku baruu je tengok senarai “Fastest growing Pages and most popular media in 2011" . Tiba-tiba aku ternampak ...


PATRICK STAR!!!!
HAhaha.. Aku tak sangka Patrick ade FB.. =_=' .. hahaha ... Then aku terus like facebook die dan berharap die akan nampak kehadiran aku kekasih nye.. =_=' .. Hahahah (merepekpagipagi)


Cute kan?? Haaaaa... Heheheh .. aku sebenarnya kepala tengah wengweng ni . Pagi-pagi dah ada orang kacau. Aku tak ley tidor  malam tadi .. makanya baru nak topup pagi ni. Then ada orang ganggu, makanya.. TERUS TAK LEY TIDUR ... Oh Jumaat .. Please be nice with me.. (^_^)/'

Thursday, December 8, 2011

Andai Lelaki Tahu




Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Tuesday, December 6, 2011

Apa Credibility Yang Diperlukan ?

Sejak menjak ni.. gigih aku mencari kerja.. Bulan Disember bukan bulan yang LUCK bagi aku. Apa kes? Haaaaa...uwaaaa...uwwaaaa... Hahaha... Tapi apa yang best nya.. apabila aku cari kerja.. Setiap kali aku kol.. minta kerja.. Dia akan tanya qualification.. Then the best part ni bila.. ada satu tempat aku minta ni dia tanya .. Apa kelulusan awak? Aku cakap la aku Diploma. Then tau ape dia cakap? Maaf, saya nak lulusan SPM je. FuuuhHHH.. Kadang-kadang terpikir gak. Rugii je blaja tinggi-tinggi kalau tau lulusan SPM lagi mudah nak dapat kerja! Aku sentap sangat sebab gaji masyuk ooo.. (untuk permulaan la) RM 1500.00 !! .. Tak banyak tu?? Ko ade awal-awal orang nak kasi RM1500.00?? Haaa.. Last-last.. SPM je dia nak.. Apa dia ingat budak Diploma Degree ni demand sangat ke?? Haduuuu... Kadang-kadang pelik juga ngan orang-orang  ni.. Bila kol bermakna kita berminat nak kerja la kan, Then tanya soalan. Awak minat ke kerja macam ni? Awak boleh ke kerja macam ni?? Hadoooiii ... Most of them is MELAYU BERLAGAK! .. Macamana nak maju ni ooii.. Cuba cakap, hantar resume dulu, then kami akan semak . Kan sedap sikit bunyi nye.. TAHI laa.. Senang cerita most of aku kol kat Putrajaya ni sangat berlagak okay. MELAYU!!! DOnt racist sangat la!!! Pliss la. Nak pekerja BUMIPUTRA je.. Aku kesian kat kawan aku yang lain bangsa sebab takde peluang nak cari kerja. Alasan.. " Maaf, kami nak Bumiputera sahaja" .. Ada ke patut? Aku marah sebab aku bukan racist! Aku nampak 1Melayu je kat sini.. 1Malaysia aku kurang jelas! WHY? KErja kosong tu banyak, tapi sikap segelintir masyarakat tu akan mencalarkan segala-galanya.. SEKIAN ..


Aku bukan la marah gile-gile ke. Paham la manusia ni macam-macam perangai. And this is the first time for me mengharungi experience mencari kerja dengan seriusnya. Hahah .. So, pelbagai ragam dan perangai manusia aku jumpa. DOAKAN LAH AKU JUMPA PEKERJAAN YANG COCOK DENGAN DIRIKU OKAY. AMIN.. 

Monday, December 5, 2011

Anehnya Dunia Sekarang Kan?

Aku kan suka belek-belek blog si Beautifulnara ni. Then hari ni punya kes agak menyampah aku baca. Hahaha .. (Boleh gelak pulak) . Hurm .. Bukan apa, aku jadi menyampah baca pasal Si Jailani ni. Laki kepada Raja Azmi si pengarah panassss tu. Jom baca kisah penuh nya : Creadit pada Beautifulnara..
..........................................
Membaca BiPop semalam membuatkan Abang Nara menggelengkan kepala. Mana taknya, pengakuan berani mati seorang ahli perniagaan yang bernama Zaleha Mohd Khalid, 47 tahun tentang hubungannya bersama Jalani Sidek dan perhubungan ini diketahui pula oleh isteri Jalani, Raja Azmi. Gila tak gila lah kan?
jalani sidek

Tarikh Lahir dan Sifatnya


no.1
—-

Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2

—-

Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3

Friday, December 2, 2011

Manusia Akhir Zaman

Anda hakimi sendiri ...







Hurmm.. Apa anda fikir??? Soo BAD rite? 

IBU YANG GERSANG + BODOH + GILA Vs ANAK YANG LURUS + TULUS + BANGANG ...

Ini yang dikatakan dunia akhir zaman. Kadang-kadang bila jadi macam ni, kita terfikir, bencana besar macam Tsunami, yang menimpa negara jiran kita kan, mungkin ni salah satu sebab nya dimana manusia sudah tidak tahu bezakan halal haram. Ayat last yang aku tak ley terima dimana, "YANG PENTING SAYA TIDAK BERZINA DENGAN ORANG LAIN, TETAPI ANAK SENDIRI" . DEMMMMMMMmmmMMMmm

Thursday, December 1, 2011

Sungguh La Teruknya

Haaa..Apa lah yang teruk nye kan tuh. Heheh.. Aku baru tengok cerita FULL HOUSE!!! Comel tak aku?? =_=' .. hahaha ... Aku bukan apa, aku kurang tahu cerita-cerita Korea ni, cerita yang aku paaaaaaling suka adalah My lovely Sam Soon .. Haa.. tu je aku tau. Then, aku terbukak channel NTV7 , dalam pukul 12 , ada Full House, tengok gitu-gitu je la.. Then .. Terpikat .. Hahahah .. Bila dah terpikat, kenalah cari cerita ni dari episod pertama until the end kan! So, aku pon gagah la menonton di Maaduu.com .. Dan habis dah. Hehehe.. Patut la orang tengok banyak kali cerita ni, COMEL GILE OKAY. Ni part yang aku gelak gile, lagu 3 bear yang dinyayikan oleh si Rain ni..


Hahahah... Aku tak ley lupa la die buat aksi comel ni.. Hehehe..Serius comel..


Ni last episod ... Sweet je kan. Heheh.. Kalau nak tau sweet ke tak, p la tengok sendiri..

Okay.. Itu sahaja review cerita ni. Bukan review mana sangat pon kan. Hahahah ..Yang penting, cerita ni menarik bagi aku. Sama menarik dengan cerit My Lovely Sam Soon.. Meh tengok ramei-rmei... (^_^) -------> Mata Rain Bi =p

Apex Situ Sana Sini ...

Hahahah.. Takdela cerita artis yang popular sekarang ni.. Sekarang Apek je yang popular.. Kalau Apek boleh dikategorikan dalam Anugerah Bintang Popular taun ni .. Hurrmmm.. For sure la APek merupakan pemenang yang utamanya. Hahahah!! Betul tak??


Dari awl tahun. Sampaiii la sekarang, tak berhenti cerita skandal Apek ni haaa.. Nak kata hemsem?? Tak ponn .. Mantop tu ye la... =_= .. Hahah .. Nak kata bergaya dan berusia.. Tak pon .. Adik-adik aku jeeee.. (Lupa lak umo die berapa) ..hahahahaha ...haaaaammpess.. Maybe die banyak duet kot kan.. hurmm ... Sekarang trend skandal ngan pemain bola sepak dahhh jadi popular. Hurmm .. ni mesti kes terkenan dengan Ayu Raudah dan Zakuan ni kannnn =_= .. (merepeklagiakumalammalamni) ...


Bermulaanya kisah cinta dia dengan Milia ... 

Dengan Milia .. yang semua maklum seperti pinang dibelah-belah.. dan juga sudah melangsungkan pertunangan.. Tetapi apakan daya .. Jodoh tak panjang selepas bertunang selama beberapa bulan ... 

Seterusnya dengan Dahlia Teck no .. Hahahah

Ini merupakan girl yang dikatakan merupakan punca keputushan si Fahmi sama itu Milia.. Hurmm... Cantik-cantikkk je si Fahmi ni nak kan .. Hahahah .. Akhirnya apa cerita ini budak berdua?? Macam-macam cerita negatif la yang didengar kan.. Pasal mereka celebrate birthday dan minum arak jua.. Ohh .. itu tak baik .. aku tak tau la itu betul atau hanya sekadar hiasan semata-mataaa... 

Last scandal (for this time been la) ..

Haaa.. Si Shida Harmi .. Bukan adik beradik Irma Hasmi ... =_= .. Haaa.. tiba-tiba muncul gambar-gambar ini pabila skuad harimau muda tewas ditangan bahrain baru -baru ni ,,, Fuuuhh .. Nampak nauuu la semua cerita scandal ni hanya konspirasi bagi menjatuhkan mat kelate ni .. Hahah .. Bukan aku sokong si Fahmi ni .. Cumaaa.. kenapa nak keluarkan gambar peribadi ni bila berlakunya kekalahan or ketewasan Team Malaysia.? Nak salahkan Fahmi ke atas ketewasan Malaysia ? Tak looogik okay .. Hahah .. lagipon sian kat budak pompuan ni (sian ke?) ..sebab die nak kaweeen da ngan jejaka pilihan dia. Tup tup keluar gambar ni .. haaaaaaaa... susah nak jangka apa akan berlaku kan. Heheh .. Si Fahmi ni dah jadi macam Cristiano Ronaldo agaknye kan .. scandal beratur ... hahahah.. tak kisah la kan.. janji dia tak menyusahkan mak pak dia.. hurmm ..


Takpe la dik.. Lepas ni kau nak pasang 10 pompuan pon takpe.. janji ko harumkan lah name Malaysia ni selalu ..Biaq p la depa nak kata apa kan.. Janji ko yang kaya.. (takdekenemengene) ..

Apa Itu Tanam Anggur?

Tanam Anggur means :

MENGANGGUR = TIADA PEKERJAAN = TIDAK TERURUS = TIDAK KURUS (??)

Now I know the feeling of people who have no work to do.. Betul ka pronunciation tuh?? SUmpah tak best. ! Hahahaha... Aku bukan manusia yang suka duduk sajaaaa. So, ini merupakan symptom yang paling dasyat pernah terjadi pada diri aku. hahahah .. Sumpah aku stress bila aku hanya elanguk depan laptop dan mencari-mencari .. dan keluar mencari .. dan bertanya kawan mencari ... dan duduk diam mencari .. mencari .. dan mencari ... DIMANA BAKAL TEMPAT MENCARI REZEKI AKU ... Hurmm...  


Di sanakah??


Di sinikah??


Di luarkah??


Di dalamkah??


Hurmm... Semua sudah tertulis dimana-mana.. Maka, tugas aku sebagai hambanya.. Hanya berusaha mencari ..walaupun terdapat pressure dikeliling, hadapi dengan senyuman sajeee la hye .. Hehehe ..(^_^) Doakan pencarian aku ye semua.. *peace ..

Wednesday, November 30, 2011

Merindu

Sekarang baru je 30 hari menghabiskan praktikal.. Lebih kurang gitu la.. Then hampir 7 bulan meninggalkan MSU tersayang, maksud aku tidak menghadiri kelas di MSU sudah hampir 7 bulan. So, sekarang timbullah kenangan yang best-best time kat MSU dulu. Fuuuhhh.. SADIS okay.. Bila kita dah tak  buat apa-apa ni, maka termuncullah segala mak datok kenangan kat otak ni.. Kadang-kadang tergelak sorang-sorang bila teringat cerita lama. Hahaha.. Syok kan.. Ini lah kenangan aku kat MSU dulu-dulu.. zaman kegemilanagn Diploma daan juga Degree aku.. MSU dihati... hehe


DIPLOMA YANG HARU BIRUUU...


Zaman kegemilanagn di sambutan hari raya di KUTPM ( now known as MSU)

Duet Itu Sangat Penting


Sekarang KENTUT pon dah ada nilai tau.. Herrrmmmm.....=_='

Next Mission

Hari ni cukuplah 30hari aku menanam anggur dengan jayanya !!! Korang mampu? Mesti tak mampu kan? hHahahah,... Setelah frust dengan kerja yang aku hadap before ni selama 3 hari sahaja, aku hanya mampu menganggur je laaa.. Sekarang masih gigih mencari kerjaan.. Kalau ada sesiapa yang sudi amik aku yang comel lagi berkarisma ni =_=' .. Sila angkat tangan okay.. Okay la!! Nak cari kerja...nak cari kerja..nak cari kerja..nak cari kerja...

Thursday, November 24, 2011

Kesabaran

Aku tak boleh tahan sabar 3 hari ni. Kerana.... Aku selalu dipertikaikan.. Eh dipertikaikan ke?? Ermm... Aku dimarah la ayat senang.. Haaa.,Tak sedap gak.. Senang cite.. Ade manusia ni meninggikan suara terhadap aku, Bilamana aku tanya sesuatu yang aku tak tahu. Then manusia ni memberi penjelasan pada aku dengan jawapan seperti aku dah kerja 10 tahun kat situ!! Ohhhh... Soooooo..GoooooooDdddd.. Contoh nya macam ni.. 


"Adik .. macamana kiraan gaji saya kalau saya masuk 21hb ni... "


"Kau kan  masuk 20hb kan! Kau punya gaji masuk attendance baru la! Kau nanti dapat 2ohb gaji gak la.!Aiiisshhh!Ko paham tak?! Eyyyyy"


Haaa... mana la aku tak sentap okay. Tapi aku tahan je ayat-ayat kotor yang nak kuar dari mulut ni. Malas nak layan orang-orang macam ni.. Annoying okay. Aku ni bertahan je la ni. Kenapaaaaa la nasib aku macam ni kan. Sebenarnya hamba Allah ni bukan sekali cakap kasar ngan aku, malahan selalu.. Fuuuhhhhh ... Dia selalu tegur aku dengan gaya hebat dan juga marah aku seperti aku tau segalanya di kawasan kejadian. Terimasss sangat la kan. Sedih okay. Aku tawakal demi mencari sesuap nasi ... Sumpah aku bersabar. Dah lama sangat aku tak marah orang ni. 


SENANG CERITA... AKU PERLUKAN ENVIRONMENT YANG LAIN. BETUL KATA ORANG... DULU LAIN,, SEKARANG LAIN.. I WANT NEW ENVIRONMENT PLISSSS!!!!! 


p/s: I make wrong decision ...my bad.. hope it gonna be short period only.. amin.. 

Tuesday, November 22, 2011